Perisai Kalis Peluru Daripada Bahagian Pokok Kelapa


Malaysia  Gazette
 Jaket kalis peluru daripada lapisan helaian kulit bahagian pangkal pelepah kelapa KUALA LUMPUR – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan perisai pelbagai lapisan (MA) kalis peluru daripada lapisan helaian kulit bahagian pangkal pelepah kelapa  (CNS) yang boleh menggantikan fabrik Kevlar pada jaket kalis peluru, tanpa menjejaskan prestasi balisiknya.
Ketua kumpulan penyelidik itu, Dr. Mohammad Jawaid berkata, inovasi yang diberi nama Techno Economic Hard Body Armour itu digunakan pada jaket sebagai jaket kalis peluru, dan memenuhi spesifikasi keperluan standard National Institute of Justice (NIJ) tahap III.
Ujian balistik dilakukan menggunakan peluru 7.62mm kaliber sebagai peluncur tenaga kinetik tinggi, dari jarak 15 meter, dengan halaju tembakan 838±15m/s.
Ujian dijalankan di Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE) Selangor.
Hasil ujian mendapati kedalaman ukuran trauma ketumpulan  baju kalis peluru pelbagai lapisan berasaskan CNS adalah 26.51mm, iaitu lebih rendah daripada had masksimum ‘blunt trauma limit’ 44mm yang dibenarkan mengikut standard NIJ.
Dr.Mohammad yang juga Felo Penyelidik Kanan (Profesor) di  Laboratori Teknologi Biokomposit, Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) UPM, berkata ia juga menjimatkan 44 peratus kos fabrikasi berbanding MA yang berasaskan Kevlar.
Menurutnya, secara umumnya MA terdiri daripada seramik (SiC), komposit (Kevlar/epoxy) dan logam (Al). Namun hambatan utama menggunakan komposit berasaskan fabrik aramid atau Kevlar sebagai lapisan kedua dalam dalam MA ialah ia mahal dan boleh mencemarkan alam sekitar.
“Oleh kerana sifatnya yang bukan-biodegradasi, ia boleh mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan eko-sistem, dan disebabkan fabrik aramid lebih mahal, ia akan meningkatkan kos keseluruhan pembuatan MA,” katanya.
Beliau juga berkata, jaket kalis peluru monolitik yang diperbuat daripada fabrik aramid atau keluli memerlukan tahap ketebalan yang agak besar, yang boleh menjejaskan pergerakan dan keselesaan pemakainya.
Justeru, katanya, penyelidikan dan kajian yang dilakukannya adalah bagi menggantikan aramid fabrik/Kevlar dengan bahan semulajadi (cocos nuciferea sheath/epoxy composite) yang mudah diperolehi dan mesra alam tanpa menjejaskan prestasi balistik.
Katanya, Techno Economic Hard Body Armour menggunakan lapan kepingan MA, dengan masing-masing empat di bahagian depan dan empat di bahagian belakang jaket untuk menjadikannya jaket kalis peluru.
Berat Techno Economic Hard Body Armour adalah kira-kira 5 kg.
Ahli lain dalam kumpulan penyelidik itu ialah pelajar PhD Jesu arockiam Navreen, Prof. Madya Dr. Edi Syams Zainudin, Prof. Ir. Ts. Dr Mohamed Thariq Hameed Sultan (semua dari UPM), dan Dr. Ridwan Yahaya dari STRIDE. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/perisai-kalis-peluru-daripada-bahagian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Para Penyelidik Upm Membangunkan Perisai Kalis Peluru Menggunakan Bahan Daripada Pokok Kelapa

Para Penyelidik Upm Membangunkan Perisai Kalis Peluru Menggunakan Bahan Daripada Pokok Kelapa

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 401 hits
Apabila bercakap mengenai perisai kalis peluru diantara nama pertama yang akan keluar daripada minda orang ramai pastinya Kevlar Baru baru ini penyelidik dari Universiti Putra Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka telah mencipta sebuah b...
Kea Pemindahan Anak Pokok Kailan Ke Bekas Hidroponik

Kea Pemindahan Anak Pokok Kailan Ke Bekas Hidroponik

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 504 hits
Assalammualaikum dan Selamat PagiBaru lepas pindahkan 9 anak pokok kailan dan satu pokok pak coi
Pokok Stress Draf Dan Kebiasaan

Pokok Stress Draf Dan Kebiasaan

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 650 hits
1 Kebiasaan tak semestinya betul yang tak biasa tak semestinya salah Bila aku dengar lagu pertama kali mungkin rasa tak minat tapi bila diulang ulang rasa cenderung kepada minat pulak Sebab tu bahaya hal hal yang boleh mempengaruhi kita sec...
Menteri Menteri Jokowi Tukar Cawan Emas Jadi Batok Kelapa

Menteri Menteri Jokowi Tukar Cawan Emas Jadi Batok Kelapa

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 325 hits
Oleh Arief Gunawan PARA pembesar kolonial dulu menyebut Indonesia sebagai Netherlands Overseas atau Netherlands In The Tropics karena mereka menguasai kekayaan alam Nusantara Kekayaan dapat dikuasai karena para penguasa pribuminya sycophant...
Pokok Air Mata Ibu

Pokok Air Mata Ibu

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 1262 hits
Pokok air mata ibu Semacam tak percaya ada nama pokok macam tu Cari punya cari maklumat dalam internet memang betul lah nama pokok ini air mata ibu Perasan lama dah pokok air mata ibu ni kat rumah mak Bukan 1 pasu bukan 2 pasu Ada berpasu p...
Nanas Tebu Air Kelapa Bukan Penyebab Wanita Keguguran Doktor Senaraikan Ini Antara Punca Ia Berlaku

Nanas Tebu Air Kelapa Bukan Penyebab Wanita Keguguran Doktor Senaraikan Ini Antara Punca Ia Berlaku

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 534 hits
Masyarakat kita memang sering dimomokkan dengan pelbagai mitos yang ada ketikanya mendatangkan kerisauan Seperti juga dalam bab kehamilan dan keguguran sering kali kita dengar makanan seperti nanas air tebu dan juga air kelapa perlu dielakk...
Merasa Juga Buah Betik Dari Pokok Sendiri

Merasa Juga Buah Betik Dari Pokok Sendiri

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 654 hits
Pengikut setia ana di social media dan blog ni pasti tahu sangat kan selain blogging hobi ana adalah berkebun Belakang rumah tanam pokok herba dan depan rumah dah sarat dengan pokok bunga Ada pokok berbunga ada pokok hijau Isi masa lapang b...
Sapu Tangan Qistina Bahagian 1

Sapu Tangan Qistina Bahagian 1

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 612 hits
Apa masalah kamu Qistina tanya Timah Masalahnya aku ni tak cukup sapu tangan Ada sikit je sapu tangan dalam almari Qistina menganggap Timah faham bahawa kekurangan sapu tangan adalah satu masalah Tapi Timah sendiri jarang guna sapu tangan D...
Pokok Fittonia Juga Ada Berbunga

Pokok Fittonia Juga Ada Berbunga

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 585 hits
Sana sini pencinta pokok bunga hidup kini memburu fittonia Ana sendiri diam tak diam dah ada 6 variasi fittonia di rumah Seronok sangat bila batch pertama hari tu 3 pasu hidup subur mekar dan sedang membesar dengan jayanya Baru baru ni tamb...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Kesan Kopi Jantung Berdebar Setelah Dua Tiga Teguk

Panda Gergasi Terakhir Japan Mengucapkan Selamat Tinggal Yang Emosional Di Zoo Tokyo

Asus V600 Aio Kini Boleh Didapatkan Pada Rm3599

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g