Pokok Stress Draf Dan Kebiasaan
1. Kebiasaan tak semestinya betul, yang tak biasa tak semestinya salah. Bila aku dengar lagu, pertama kali mungkin rasa tak minat, tapi bila diulang-ulang rasa cenderung kepada minat pulak. Sebab tu bahaya hal-hal yang boleh mempengaruhi kita secara luar sedar, lebih-lebih bila kita tak perasan dah hadam makanan-makanan jiwa ni. Kalau baik okeylah, tapi kalau dah biasa yang tak baik pun rasanya baik ye dak.
2. Dont trust the influencer.
3. Biasakan buat baik, supaya buat baik dapat diteruskan dan buat jahat tidak menjadi normal atau kebiasaan.
4. Bila difikirkan balik, mungkin sebelum kita tinggalkan dunia ni, kita tinggalkan benda baik, contohnya kita amalkan perkara baik supaya ianya jadi kebiasaan untuk masa-masa mendatang. Kalau kita masing-masing tinggalkan perkara tak elok, takut jadi kebiasaan lalu masa-masa akan datang benda tak elok adalah kebiasaan yang menjadi rutin. Perbuatan , lisan , hati.
5. Aku percaya pokok juga perlukan masa untuk membiasakan diri dengan sekeliling. Macam manusia, aku bila berada di tempat yang bersepah, memang akan stress dan rasa nak cari escapism untuk meredakan stress, pokok pun begitulah bila dibawakan ke tempat baru, atau ditukarkan pasunya, ada yang jenis mudah nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru dan ada yang perlukan masa, tapi pokok bukan macam kita yang boleh keluar pergi jalan-jalan atau naik basikal untuk menangani stress, nak tak nak pokok kena hadapi stress, kalau beyond dia punya capacity untuk adapt memang dia akan murung, layu dan mengikut aturan alamnya - mati.
6. Kita manusia kalau stress biasanya memang keluar rumah buat aktiviti yang sedikit sebanyak mengubah perspektif dan neutralize graf stress, asal stress je pergi bercuti, asal stress pergi bercuti, bila hilang stress balik rumah, stress lagi pergi bercuti, padahal mungkin apa yang kita perlu buat adalah mengemas rumah kita atau mengelak rumah daripada menjadi sumber stress. Tangani sumber stress, kalau tidak ditangani stress takkan habis pun..melainkan dah tak boleh nak ubah punca-punca tu, maka boleh cuba jadi pokok, adapt biasakan dengan suasana...bersepah atau bising, mengikut kapasiti masing-masing.
Draf-draf ni adalah hal yang aku boleh terang dan jelaskan, tapi aku banyak kerja lain nak buat masa ni..kalau disimpan lama-lama draf ni akhirnya dia akan jadi draf selama-lamanya, jadi aku terbitkan je la draf. Dah nama pun notapurba.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.notapurba.com/2020/08/pokok-stress-draf-dan-kebiasaan.html