Peringatan Untuk Diri Ku Jua




Umur 35 tahun – 40 tahun ialah umur dimana kebanyakkan kita mula diuji.. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian) atau dari pasangan hidup (penceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
Memang bermula umur 35 tahun – 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepada Nya.  Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.
Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya.  Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti. 
Orang kurang bijak tetap leka dan langsung tidak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak-anak.
Usia 35 -40 ini menjadi lebih menarik apabila Al-Quran di dalam surah Al-Aqraaf ayat 15 ada menyebut tentang itu.  Allah berfirman yang bermaksud
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung  susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.  Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.  Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun berdoalah ia dengan berkata “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepada ku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.  Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)”
Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun malah 70 tahun masih memikirkan kereta sportnya, tanaman duriannya, ternakan kerbaunya, harta-hartanya, anak-anak dan cucu-cucunya.  Alangkah baiknya jika apabila berumur, masa diisi untuk mendengar kuliah agama, ibadat di masjid, umrah, haji dan sebagainya.
Ada yang masih merasakan diri muda belia.  Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata.  Sibuk mencari cinta diluar sedangkan rumahtangga yang halal dibiarkan berantakan.
Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat-sahabat, sedara-mara ramai yang sudah meninggal , kadangkala tanpa disangka.  Itu semua hanya menjadi bahan cerita “ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..”
Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Nafsu memang tak pernah tua, Ia sentiasa muda dan galak.  Yang makin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita
Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang
Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Allah.
Kita hidup di dunia tidak lama.  Rasulullah telah bersabda
“Umur umatku antara 60 hingga 70 tahun dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut
Kalau sekarang kita rasa 35-40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzah atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN
Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita
Oleh kerana itu, lihatlah diri kita, sudahkah kita mempersiapkannya ?
 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://norainimemories.blogspot.com/2021/07/peringatan-untuk-diri-ku-jua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Nik Amar Nak Membodek Atau Membodohkan Diri

Bila Nik Amar Nak Membodek Atau Membodohkan Diri

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 326 hits
Hamdan TahaCuba bayangkan PM kita bukan MuhiddenDan bayangkan juga Pas bukan dalam kerajaan ketika iniBarangkali masa ni PM malaysia adalah dato NajibAtau pun PM malaysia adalah Anwar IbrahimAtau pun Tun Dr MKes covid 17 ribu dan kerajaan y...
Jaminan Polis Kawal Ketat Kawasan Pkpd Tiada Peluang Penduduk Untuk Larikan Diri

Jaminan Polis Kawal Ketat Kawasan Pkpd Tiada Peluang Penduduk Untuk Larikan Diri

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 292 hits
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali KOTA KINABALU Polis Sabah tidak lagi memberi ruang kepada penduduk untuk melarikan diri kawasan yang diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan yang dipertingkatkan kata Pesuruhjaya Polis Sa...
Pagar Gaib Asmaul Husna Untuk Perlindungan Diri Keluarga Dan Properti

Pagar Gaib Asmaul Husna Untuk Perlindungan Diri Keluarga Dan Properti

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 1010 hits
Pagar gaib adalah pagar tak kasat mata yang bertujuan untuk melindungi kita dari bahaya makhluk tak kasat mata maupun nyata seperti perampok maling dan sebagainya Ada banyak sekali jenis pagar gaib yang bisa dipelajari dan gunakan salah sat...
Positif Berdamai Dengan Diri Sendiri

Positif Berdamai Dengan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 444 hits
Positif Berdamai dengan Diri Sendiri Kadang kadang tak dapat bertenang Rasa nak marah diri sendiri bila ada sesuatu kesalahan yang telah dibuat Pujuk hati dan berdamailah SENYUM SAJA
Modul Pdpr Bahasa Melayu Prasekolah Kebersihan Diri

Modul Pdpr Bahasa Melayu Prasekolah Kebersihan Diri

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 633 hits
Modul PDPR Bahasa Melayu Prasekolah Kebersihan Diri Modul ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar ketika perlaksanaan PDPR bersama kanak kanak prasekolah Modul ini mengajarkan kanak kanak mengenai cara menjaga kebersihan dir...
Hilang Diri Mawar Rashid Positif Covid 19

Hilang Diri Mawar Rashid Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 366 hits
Pelakon Mawar Rashid 26 mengesahkannya dan keluarga positif COVID 19 Menerusi pendedahan dalam Instagram Live Mawar mengakui mereka sekeluarga dijangkiti COVID 19 baru baru ini Ia sekali gus menjawab persoalan mengapa pelakon yang mencipta ...
Hiburan Ini Bukan Drama Petang Lana Nordin Gesa Dg Hisham Undur Diri Ini Respon Balas Pu Amin

Hiburan Ini Bukan Drama Petang Lana Nordin Gesa Dg Hisham Undur Diri Ini Respon Balas Pu Amin

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 460 hits
Pelakon Lana Nordin baru baru ini menyelar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah supaya berhenti berbohong kepada rakyat Malaysia mengenai situasi semasa Covid 19 Lana dipercayai turut menggesa Ketua Pengarah Kesihatan me...
Polis Buru Lo Hin Khiong Pesakit Covid 19 Melarikan Diri

Polis Buru Lo Hin Khiong Pesakit Covid 19 Melarikan Diri

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 263 hits
LO Hin Khiong diburu polis FOTO ihsan polis Kota Kinabalu Polis sedang memburu seorang lelaki disahkan positif Covid 19 yang melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Pusat Kuarantin Likas di sini kelmarin Dalam kejadian jam 5 45 petang itu...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer