Peringatan Buat Ibubapa Di Terengganu Kes Hfmd Meningkat Dan Tular Di Taska


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Peringatan Buat Ibubapa di Terengganu Kes HFMD Meningkat dan Tular di Taska . Tular mengenai kes HFMD yang menyerang kanak-kanak kecil. Di Terengganu, sejumlah 782 kes jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD)  sehingga 5 Mei lalu. Ini merupakan satu situasi yang tidak  baik berada di persekitaran kita.
Difahamkan,penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) telah menular di 19 taska dan tadika di seluruh negeri itu.
Menurut pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong telah berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak 723 peratus berbanding hanya 95 kes yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya tiada premis yang ditutup kerana keadaan masih terkawal.
“Jangkitan tertinggi berlaku di Kuala Terengganu dan Setiu dengan masing-masing merekodkan sebanyak lima kes diikuti tiga kes di Marang dan Hulu Terengganu.
“Di daerah Besut, sebanyak dua kes HFMD direkodkan manakala satu kes direkodkan di Kemaman,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Gerak Gempur Cakna Ubat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu di Terengganu pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, Kasemani meminta supaya pengurusan pusat jagaan kanak-kanak serta ibu dan bapa peka dengan situasi tersebut.
Katanya, semua pihak perlu memainkan peranan bagi mengekang jangkitan HFMD di negeri ini.
“Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak menghantar anak-anak yang mengalami gejala ke pusat jagaan untuk mengelak ia merebak kepada kanak-kanak lain.
“Pihak taska pula disarankan untuk tidak menerima kumpulan kanak-kanak berkenaan bagi mengelak jangkitan,” katanya.
Kes HFMD di seluruh negara dilaporkan melonjak 12.8 kali ganda daripada 1,752 kes kepada 22,463 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, wabak berkenaan banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak dibawah usia enam tahun iaitu sebanyak 21,508 kes (96 peratus), diikuti umur tujuh hingga 12 tahun iaitu 729 kes (tiga peratus) dan selebihnya melibatkan individu berusia lebih 12 tahun.- sumber Sinar Harian
 Apakah Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD)? HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh enterovirus.  Dua (2) jenis virus utama penyebabnya adalah Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71).
 Siapa yang berisiko mendapat jangkitan HFMD? Sesiapa sahaja pada semua peringkat umur boleh mendapat jangkitan HFMD tetapi golongan kanak-kanak berusia di bawah lima (5) tahun mudah mendapat jangkitan. 90% kes HFMD berlaku pada kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.
Penyakit HFMD, Ibubapa Perlu Main Peranan Dalam perkara ini, melibatkan penyakit HFMD, Ibubapa perlu peka dan ambil cakna persekitaran kawasan dan keadaan anak kecil. Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu ibubapa ambil cakna untuk bersama mengatasi masalah penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD):
Peka kepada sebarang perubahan dan dapatkan nasihat doktor – Letih dan lesu Tidak mahu minum atau makan Muntah berterusan 2. Jika bergejala , pastikan anak terus kekal berada di rumah.
3. Cuci tangan dengan betul menggunakan sabun dan air bersih selepas menguruskan anak.
4. Cuci alatan dan permainan anak dengan sabun dan air bersih.
5. Tidak berkongsi peralatan makan dan minum serta barangan peribadi antara anak – anak.
6. Kerap bersihkan lantai rumah dan tandas.
7. Buang lampin pakai buang dalam tong sampah bertutup.
Penyakit HFMD, Ayuh Bersama-sama Tingkatkan Penjagaan Kebersihan Untuk Anak-Anak Kepada Ibubapa atau penjaga anak-anak, anda diminta untuk peka dengan penyakit HFMD yang tular dibeberapa kawasan. Hal ini adalah membimbangkan kerana penyakit HFMD ini boleh memberi mudarat kepada anak-anak. Sehubungan itu, kerjasama Ibubapa dan penjaga amat diperlukan bagi mengurangkan risiko terkena penyakit HFMD kepada anak-anak.
Peringatan Buat Ibubapa di Terengganu Kes HFMD Meningkat dan Tular di Taska
Mr Mizan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2022/05/kes-hfmd-meningkat-di-taska.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
907 Kes Penyakit Hfmd Di Terengganu Sejak Januari Lalu

907 Kes Penyakit Hfmd Di Terengganu Sejak Januari Lalu

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 160 hits
Sebanyak 907 kes penyakit tangan kaki dan mulut direkodkan di Terengganu dari Januari hingga semalam kata nbsp Pengarah Jabatan Kesihatan negeri nbsp Datuk Dr Kasemani Embong Beliau berkata kebanyakan kes HFMD nbsp yang dilaporkan itu nbsp ...
Wabak Hfmd 18 Kes Dikesan Di Taska Di Johor

Wabak Hfmd 18 Kes Dikesan Di Taska Di Johor

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 170 hits
Sebanyak 18 wabak nbsp penyakit tangan kaki nbsp dan mulut dikesan di taska di Johor sehingga Minggu Epid 19 2022 sekali gus menjadikannya lokasi utama penularan penyakit itu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri nbsp Ling T...
Tangkapan Kes Tular Ke Atas Seorang Lelaki Di Bandar Baru Samariang

Tangkapan Kes Tular Ke Atas Seorang Lelaki Di Bandar Baru Samariang

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 314 hits
KUCHING Pihak Polis mengesahkan menerima satu laporan berkenaan satu posting tular di laman FB yang memaparkan perbuatan buli ke atas seorang lelaki gelandangan Kes berlaku di Bandar Baru Samariang Petra Jaya Kuching Dalam kejadian ini klip...
Bersalam Bersentuhan Punca Kes Dijangka Meningkat

Bersalam Bersentuhan Punca Kes Dijangka Meningkat

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 210 hits
Bersalam bersentuhan punca kes dijangka meningkat Bersalaman dan bersentuhan dikesan menjadi punca kes jangkitan Covid 19 meningkat selepas sambutan Aidilfitri awal bulan lalu Pengarah Eksekutif Divisyen Kesihatan Medicom Dr Mohd Syafiq Wah...
Semakin Ramai Pasang Dashcam Sejak Kes Kemalangan Penipuan Tular

Semakin Ramai Pasang Dashcam Sejak Kes Kemalangan Penipuan Tular

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 344 hits
PETALING JAYA Permintaan untuk kamera papan pemuka dipercayai semakin bertambah menurut pengusaha aksesori kereta susulan liputan meluas isu kemalangan dan penipuan di jalan raya mutakhir ini Pemilik KWL Audio Accessories yang hanya mahu di...
Kes Covid 19 Di Kelantan Tak Meningkat Meskipun Ramai Perantau Pulang

Kes Covid 19 Di Kelantan Tak Meningkat Meskipun Ramai Perantau Pulang

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 166 hits
KOTA BHARU Bilangan kes Covid 19 di Kelantan tidak menunjukkan peningkatan meskipun dengan kepulangan begitu ramai perantau menyambut Hari Raya Aidilfitri baru baru ini Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan negeri...
Selangor Lepasi Paras Amaran Kes Hfmd Catat 6 748 Kes

Selangor Lepasi Paras Amaran Kes Hfmd Catat 6 748 Kes

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 232 hits
Selangor lepasi paras amaran kes HFMD catat 6 748 kes Sebanyak 6 748 kes penyakit tangan kaki dan mulut dilaporkan di seluruh Selangor dengan bilangan kes mingguan melebihi paras amaran setakat 7 Mei lepas menurut Pengarah Kesihatan Negeri ...
Terengganu Records Over 900 Hfmd Cases

Terengganu Records Over 900 Hfmd Cases

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 226 hits
A total of 907 cases of hand foot and mouth disease was recorded in Terengganu as of yesterday compared to 782 cases on May 7 Terengganu Health Department director Dr Kasemani Embong said the HFMD cases involved 19 nurseries and kindergarte...
Penularan Hfmd Kerajaan Selangor Bincang Penutupan Taska Tadika Pusat Jagaan Harian

Penularan Hfmd Kerajaan Selangor Bincang Penutupan Taska Tadika Pusat Jagaan Harian

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 147 hits
Kerajaan Selangor akan mengadakan pertemuan khas bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berhubung kemungkinan penutupan taska tadika dan pusat jagaan harian di negeri itu susulan peningkatan kes mingguan penyakit tangan kaki dan mulut Me...
Terowong Kereta Api Terpanjang Di Asia

Tyka Zatyka Cahaya Chord

Ceo Intel Warga Malaysia

Gutsy Siti Kasim Defends Secularism In Malaysian Law Fraternity Nobody Is Forcing Anybody To Bottoms Up

Ize Suliman Izy Harun Akid Aly Qaseh The Guzzbuzz Project Kecoh Ragam Raya Chord

Luahan Terbaik Seorang Pelukis

Master Periksa Mata Di Hospital Putrajaya

Amalan Seperguruan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Betul Ambil Pil Kalsium Dengan Berkesan

Neolamprologus Pulcher A Cichlid With An Unusual Lifestyle Practical Fishkeeping

Hukum Zakat Uang Kertas Penggabungan Dengan Emas Dan Perak Untuk Melengkapi Nisab

Penjawat Awam Terima Habuan Hingga Rm15 000 Bagi Setiap Sijil Kelahiran

Sebuah Realiti Gelap Dalam Keluarga

Adik Masak Ayam Gepuk