Perikatan Nasional Tuntut Tindakan Tegas Tanpa Sebarang Kompromi Ke Atas Penceroboh Tanah Di Pahang




KUANTAN: Aktiviti pencerobohan tanah di Pahang wajib ditangan secara tindakan tegas dan sebarang kompromi tidak dapat diterima, kata dua pemimpin Perikatan Nasional (PN) negeri hari ini.
Dalam kenyataan bersama dibuat Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Haji Rosli Abdul Jabar, serta Timbalan Ketua BERSATU Pahang, Dato' Jasri Jamaludin.
Menghargai perhatian dan tindakan yang diambil Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, dalam isu berkenaan, mereka berkata kemelut pencerobohan haram tanah di negeri ini sudah berlarutan selama berdekad-dekad.
Ketegasan dan keberanian Al-Sultan Abdullah, kata mereka, adalah manifestasi sebenar seorang pemimpin berdaulat yang mempertahankan kedaulatan negeri serta maruah undang-undang.
Rosli merupakan ADUN Tanjung Lumpur manakala Jasri pula ADUN Kuala Sentul.
Menurut Jasri pembangkang berasa kesal kerana jumlah keluasan tanah diteroka secara haram di Raub adalah lebih besar berbanding ketika dibentang dalam sidang DUN Pahang yang berakhir 24 April lalu.
"Insiden yang terbongkar di Raub apabila angka sebenar kawasan yang diteroka secara haram jauh melebihi angka dibentangkan dalam titah rasmi tuanku menimbulkan tanda tanya yang amat serius terhadap ketelusan dan integriti pihak berkuasa negeri.
"Apakah maklumat diberikan kepada tuanku telah dimanipulasi? Apakah angka-angka ini sengaja dikecilkan untuk melindungi pihak tertentu?
"Lebih mendukacitakan, hingga kini tiada satu pun tindakan tegas dikenakan terhadap penceroboh tanah yang nyata bersalah," katanya.
Rosli pula beranggapan sikap berdiam diri dan gagal bertindak oleh pihak pentadbiran negeri bukan sahaja menghina titah sultan, malah mencemar nama baik institusi raja dan menggugat keyakinan rakyat terhadap prinsip keadilan.
"Kerajaan Pahang harus menjawab secara jujur siapa yang melindungi peneroka haram itu? Siapa yang mendapat manfaat dari penanaman musang king di atas tanah kerajaan dan hutan simpan kekal?
"Adakah terdapat campur tangan politik, termasuk daripada parti komponen tertentu yang dikenal pasti secara terbuka membela penceroboh, sehingga menyebabkan tindakan tidak dapat diambil?," katanya.
Mereka turut menegaskan sebarang cubaan memperlekeh atau mengkhianati titah Al-Sultan Abdullah adalah tindakan tidak berperlembagaan dan tidak boleh dimaafkan.
"Ini bukan soal politik kepartian. Ini soal maruah negeri, keluhuran perlembagaan, dan kedaulatan undang-undang.
"Jika kerajaan negeri tidak lagi berani mengambil tindakan hanya kerana tekanan daripada sekutu politik, maka langkah terbaik adalah untuk menilai semula komposisi kerajaan sedia ada," kata kenyataan bersama itu lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Rosli dan Jasri menjelaskan PN bersedia memberi sokongan penuh kepada kerajaan Pahang agar berani bertindak adil dan tegas terhadap penceroboh, tanpa takut atau tunduk kepada ugutan politik.
"Kita tidak boleh membiarkan pengkhianatan terhadap negeri ini terus berlaku atas nama kompromi politik.
"Jangan sampai suara raja, suara rakyat dan kedaulatan negeri ini menjadi bahan permainan angka dan retorik kosong semata-mata," kata mereka. #Malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/05/perikatan-nasional-tuntut-tindakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Psap Gesa Kerajaan Pahang Tolak Sebarang Skim Pemutihan Rundingan Dengan Penceroboh Tanah

Presiden Psap Gesa Kerajaan Pahang Tolak Sebarang Skim Pemutihan Rundingan Dengan Penceroboh Tanah

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 131 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang perlu menolak sebarang bentuk pemutihan yang memberi ganjaran kepada penceroboh tanah bagi penanaman durian secara haram di tanah kerajaan dan hutan simpan kekal negeri ini Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang Hasli...
Bola Sepak Tanah Air Terus Dirundung Malang Sri Pahang Fc Mungkin Tidak Beraksi Saingan Liga Musim Depan

Bola Sepak Tanah Air Terus Dirundung Malang Sri Pahang Fc Mungkin Tidak Beraksi Saingan Liga Musim Depan

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR Arena bola sepak tanah air terus dirundung malang apabila dikhabarkan pasukan Sri Pahang FC mungkin tidak akan beraksi pada saingan liga musim depan Ketika ini bertiup kencang di media sosial yang menyatakan pemain Sri Pahang s...
Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 251 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang disaran mengambil tindakan tegas terhadap pencerobohan tanah di Raub termasuk pembekuan aset penceroboh untuk memulangkan hasil yang diterima secara haram kepada kerajaan negeri Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ra...
Sultan Pahang Zahirkan Rasa Terkejut Apabila Dimaklumkan Seluas 10 521 Hektar Tanah Diceroboh Di Raub

Sultan Pahang Zahirkan Rasa Terkejut Apabila Dimaklumkan Seluas 10 521 Hektar Tanah Diceroboh Di Raub

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 120 hits
RAUB Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa terkejut apabila dimaklumkan keluasan kira kira 10 521 hektar tanah di daerah ini diceroboh secara haram sejak sekian lama Baginda nyata hairan denga...
Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

Ketua Polis Pahang Nasihat Orang Ramai Agar Hormati Undang Undang Jangan Ceroboh Tanah Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/5/2025 - jumlah : 197 hits
KUANTAN Polis menasihati orang ramai khususnya pekebun durian di Raub dekat sini menghormati undang undang dan tidak menceroboh masuk tanah kerajaan khususnya di kawasan hutan simpan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata tinda...
Hiburan Individu Dihalau Dirampas Jala Oleh Tuan Tanah Ketika Menangkap Ikan Ikan Sungai Pahang Tu Dia Bagi Makan

Hiburan Individu Dihalau Dirampas Jala Oleh Tuan Tanah Ketika Menangkap Ikan Ikan Sungai Pahang Tu Dia Bagi Makan

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 171 hits
Satu video menjadi tular di di mana ia memaparkan pertelingkahan di tepi Sungai Pahang di mana terdapat ketegangan antara beberapa individu Dalam video tersebut pemilik tanah dilihat memarahi seorang penjala yang sedang menangkap ikan di ka...
Perikatan Nasional And Bersatu Better Wake Up

Perikatan Nasional And Bersatu Better Wake Up

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 112 hits
The Air Kuning By Election has proven once again that Pas is not the right partner for parti Bersatu as well as the Perikatan Nasional The Pas candidate lost and the Umno candidate who won increased the winning majority by a wider margin Th...
Operasi Pencerobohan Tanah Di Pahang Sebanyak 60 Individu Termasuk Warga Asing Telah Ditahan Pihak Polis

Operasi Pencerobohan Tanah Di Pahang Sebanyak 60 Individu Termasuk Warga Asing Telah Ditahan Pihak Polis

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 137 hits
KUANTAN Sebanyak 60 individu termasuk warga asing ditahan sepanjang operasi pencerobohan tanah di Pahang bermula Ogos lepas hingga kini kata Ketua Polis negeri Datuk Seri Yahaya Othman Beliau berkata 59 kertas siasatan telah dibuka menerusi...
Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Konsert Xpdc Kita Peng Yu Gegarkan Tawau

Resipi Bubur Pulut Hitam Mudah Dan Sedap

Zahirah Macwilson Kongsi Momen Bersenam Video

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Permohonan Kolej Vokasional 2026 Syarat Lokasi Kursus


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teknik Penternakan Ikan Bioflok Di Malaysia

Mengenali Pembedahan Thyroidectomy Apa Yang Perlu Korang Tahu

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98