Perikatan Nasional Terkubur Sebelum Lahir


BERITA

Senyuman pemimpin BN dan PAS pada Ahad lepas, di Sheraton Hotel di Petaling Jaya malam ini digantikan dengan riak muka yang serius di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, yang menjadi tempat mereka mengumumkan menarik semula sokongan terhadap Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Pendirian terbaru itu hadir selepas pada Ahad lalu, BN dan PAS dilihat semakin hampir mengambil alih Putrajaya melalui usaha penjajaran semula kuasa yang menyaksikan Bersatu dan 11 ahli parlimen dari PKR meninggalkan PH.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, pada sidang media petang ini, mengaku bahawa gabungan "Perikatan Nasional" direncana dibentuk untuk menggantikan kerajaan PH.

"Pada peringkat awal, kami bersetuju secara dasar untuk bergabung dengan blok pembangkang.

"Kami dapat lebih 130 kerusi dan dalam proses akhir untuk meterai satu pakatan yang sebelum ini dikatakan sebagai Pakatan Nasional - tapi sebenarnya dengan nama baru Perikatan Nasional," katanya.

Beliau berkata pemimpin parti mereka bahkan telah mengemukakan akuan berkanun (SD) kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk gabungan baru itu.

"Akhirnya, apa yang dirancang tidak berlaku apabila perdana menteri meletakkan jawatan," katanya.

BN, PAS, GPS dan Warisan, yang disusun oleh Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali yang mengetuai 10 lagi ahli parlimen meninggalkan PKR, menganggap mereka akan membentuk gabungan baru, dengan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
Pada petang Ahad lepas, selepas pemimpin parti bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agong untuk menunjukkan bahawa mereka mempunyai sokongan untuk gabungan baru itu, ahli parlimen yang terlibat berkumpul di Sheraton Hotel untuk majlis makan malam sementara memberi Agong masa bagi membuat keputusan.

Di sebalik pintu tertutup, Azmin membuat ucapan yang penuh bersemangat kepada penyokongnya, dengan mendakwa bahawa tindakannya itu adalah demi Mahathir yang menurutnya sedang ditekan oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Ketika yang lain melobi, Mahathir terus diam

Tetapi pada keesokan harinya, Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan secara automatik dibubarkan.

Pada peringkat awal, tindakan Mahathir tidak dilihat luar biasa, kerana beliau boleh meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerajaan PH dan seterusnya dilantik semula sebagai perdana menteri kerajaan baru Perikatan Nasional.

Tetapi sejam kemudian, Mahathir juga mengumumkan meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu, tidak lama selepas Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengumumkan partinya keluar daripada PH.

Peletakan jawatan Mahathir yang hadir tidak lama selepas pengumuman Muhyiddin memberi gambaran ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan antara kedua-dua pemimpin itu, dengan Muhyiddin dilihat bekerjasama dengan Azmin untuk membentuk Perikatan Nasional.

Pada masa sama, pemimpin PH termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang telah bertemu dengan Mahathir pagi itu berkata mereka dimaklumkan tentang hasrat Mahathir meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju untuk menubuhkan pakatan yang melibatkan Umno.

Sehingga saat ini, Mahathir tidak membuat kenyataan terbuka dan semua pihak hanya boleh meneka berdasarkan dakwaan-dakwaan pemimpin yang bertemunya di rumahnya.

Dalam tulisan blognya hari ini, tokoh wartawan A Kadir Jasin, yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, mendakwa Mahathir meletakkan jawatan kerana menganggap pemimpin atasan Bersatu "lebih mendengar cakap setiausaha politiknya berbanding dirinya sendiri".

Kadir mendakwa Mahathir merujuk mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu Ahad lalu yang menyaksikan "perdebatan hangat" berhubung masa depan Bersatu dalam PH.

Sementara itu, parti-parti politik masing-masing dilihat cuba menegaskan sokongan terhadap Mahathir - yang membawa kepada situasi yang janggal apabila kesemua 221 Ahli Parlimen Dewan Rakyat menyokongnya sebagai perdana menteri, tetapi kedua-dua pihak mempunyai idea yang berbeza mengenai pakatan yang akan diterajui oleh kerajaan Mahathir.

Drama politik diteruskan hari ini, dengan Mahathir, meneruskan tugas sebagai perdana menteri sementara selepas dilantik oleh Agong, semalam.

Sementara Agong, menemu bual ahli parlimen satu per satu untuk memastikan sokongan mereka.

Walaupun Agong berkata baginda memerlukan dua hari untuk menemu bual kesemua ahli parlimen, wujud tanggapan yang meluas mengandaikan Mahathir akan dilantik semula perdana menteri.

Pada masa sama, hari ini, Mahathir bertemu dengan ketua parti politik utama untuk melihat langkah seterusnya bagi menubuhkan kerajaan semula - ia dilihat sebagai persaingan antara ahli parlimen yang cuba menyelamatkan PH dan seterusnya yang cuba menubuhkan Perikatan Nasional.

Umno, PAS tarik balik sokongan pada Dr M

Pada sidang media yang turut disertai Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Annuar mengumumkan bahawa PAS dan Umno menarik balik sokongan mereka.

"Ia bertentangan dengan perjanjian bahawa pembentukan sebuah kerajaan mesti mengambil kira parti secara keseluruhan, bukan individu.

"Cadangan (yang dikatakan) untuk membentuk kerajaan perpaduan melibatkan perdana menteri menjemput individu untuk membentuk kabinet," katanya.

Annuar juga berkata asas rundingan dengan Mahathir ialah Umno dan PAS akan memberikan sokongan mereka untuk membentuk gabungan alternatif tanpa DAP.

"Maka ia bercanggah dengan pendirian parti kami maka dengan itu (ahli parlimen) yang menghadap tadi untuk tak timbul isu, terpaksa kita tarik balik SD yang dipersembahkan kepada Agong untuk beri sokongan kepada Tun (Mahathir) dan (sebaliknya) meminta agar dibubarkan parlimen," katanya.

Tanpa sokongan BN dan PAS, Perikatan Nasional dilihat sudah terkubur sebelum sempat diwujudkan. Mesej dan gesaan pemimpin BN dan PAS juga bertukar.

Selepas menarik balik sokongan terhadap Mahathir, dari usaha penjajaran semula kuasa untuk membentuk kerajaan baru tanpa melalui pilihan raya, PAS dan Umno kini menggesa parlimen dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya umum yang baru.

"Kita berada dalam situasi di mana mandat itu perlu dikembalikan kepada rakyat dan kami gesa parlimen dibubarkan - Biarkan rakyat membuat keputusan," kata Annuar.

GPS dan Warisan, yang sebelum ini bersama BN dan PAS, setakat ini tidak mengubah sokongan mereka terhadap Mahathir.

Dengan PH - yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah - juga terus berada di belakangnya, Mahathir perlu mendapaikan kedua-dua kumpulan yang bersamanya untuk membentuk gabungan baru.

Mahathir juga dilihat perlu berdepan dengan ahli parlimen dari kumpulan Azmin yang sudah meninggalkan PKR, yang semalam hadir di kediamannya untuk melobi.

Dan semestinya, Mahathir perlu berdepan dengan Bersatu, atau sekurang-kurangya pihak dalam bersatu yang tidak berkongsi visi sama dengannya.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin hari ini mengunjungi Mahathir untuk merayu agar beliau menarik balik peletakan jawatan sebagai pengerusi.

Bagaimanapun, Kadir, yang pernah menjadi penasihat media Mahathir, melihat ia bukan keutamaan ahli parlimen Langkawi itu buat masa ini.

Sekiranya Mahathir berjaya, pakatan baru yang akan ditubuhkan kemungkinan tidak jauh beza dengan Pakatan Harapan sebelum ini, hanya dengan sedikit perubahan.

Sementara Annuar, yang mengumumkan PH sudah mati dua hari lalu, akan melihat Perikatan Nasional terkubur tanpa sempat dilahirkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/02/perikatan-nasional-terkubur-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Sailang Perikatan Nasional Terkubur Pas Umno Gagal

Mahathir Sailang Perikatan Nasional Terkubur Pas Umno Gagal

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 554 hits
Senyuman pemimpin BN dan PAS pada Ahad lepas di Sheraton Hotel di Petaling Jaya malam ini digantikan dengan riak muka yang serius di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur yang menjadi tempat mereka mengumumkan menarik semula sokongan t...
Najib Sokong Gabungan Perikatan Nasional Tapi Ada Syarat

Najib Sokong Gabungan Perikatan Nasional Tapi Ada Syarat

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 600 hits
Hari Ahad semlam bukanlah hari Ahad yang biasa buat negara kita apabila rakyat telah dikejutkan dengan 5 pertemuan dan mesyuarat besar besaran dari semua pemimpin dari pelbagai Parti kecuali DAP Hari Ahad 23 Februari 2020 telah berlaku satu...
Perikatan Nasional Mahu Parlimen Dibubar

Perikatan Nasional Mahu Parlimen Dibubar

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 357 hits
SETIAUSAHA Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mengesahkan Perikatan Nasional telah persembahkan kepada Yang di Pertuan Agong supaya parlimen dibubarkan Keputusan itu diambil kata Annuar berikutan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu memb...
Tun Mahathir Dapat Sokongan 130 Kerusi Parlimen Tubuh Perikatan Nasional

Tun Mahathir Dapat Sokongan 130 Kerusi Parlimen Tubuh Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 1140 hits
Perikatan Nasional yang bakal dibentuk adalah gabungan dari parti Bersatu UMNO Pas Warisan dan Gabungan Parti Sarawak Dr Mahathir dapat sokongan 130 kerusi Parlimen Sumber Sudah ada 130 kerusi itu jumlah sokongan kerusi Parlimen yang dikata...
Jangan Lama Sangat Sebab Ada Pihak Cuba Beli Ahli Parlimen Azmin Gesa Perikatan Nasional Segera Ditubuhkan

Jangan Lama Sangat Sebab Ada Pihak Cuba Beli Ahli Parlimen Azmin Gesa Perikatan Nasional Segera Ditubuhkan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 416 hits
Jangan lama sangat sebab ada pihak cuba beli ahli parlimen Azmin gesa Perikatan Nasional segera ditubuhkanMenteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali mahu gabungan baru dengan parti pembangkang diwujudkan segera kerana bimbang rancangan itu gagal j...
Reformasi Umno Adalah Wajib Sebelum Kekal Terkubur

Reformasi Umno Adalah Wajib Sebelum Kekal Terkubur

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 160 hits
Bosan bercakap tentang PEREMAJAAN apabila ia hanya sebagai kata sahaja seusai itu tinggalah seperti tunggul buruk Begitulah perangai orang UMNO saban tahun semasa kuasa di tangan mereka dahulu Itu memang cerita dulu ketika merea berkuasa di...
Sudah Tandatangan Setuju Mahathir Bentuk Perikatan Nasional Najib

Sudah Tandatangan Setuju Mahathir Bentuk Perikatan Nasional Najib

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 597 hits
Ahli Parlimen UMNO termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan sudah menandatangani akuan berkanun bagi membolehkan Perdana Menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad membentuk gabungan baharu yang dinamakan sebagai Perikatan Nas...
Kerajaan Baru Perikatan Nasional Akan Tertubuh Dengan Majoriti Yang Mencukupi 130 Kerusi

Kerajaan Baru Perikatan Nasional Akan Tertubuh Dengan Majoriti Yang Mencukupi 130 Kerusi

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 1398 hits
PETALING JAYA Penyusunan semula politik yang melibatkan pembentukan sebuah kerajaan baru dijangka berlaku tidak lama lagi berikutan sokongan lebih banyak kerusi Parlimen yang mencukupi untuk Tun Dr Mahathir Mohamad Difahamkan bahawa bilanga...
Rancangan Bentuk Perikatan Nasional Tak Kesampaian Selepas Pm Letak Jawatan

Rancangan Bentuk Perikatan Nasional Tak Kesampaian Selepas Pm Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 427 hits
Kuala Lumpur 25 Feb Setiausaha Agung PAS Dato Takiyuddin Hassan telah menyatakan bahawa Muafakat Nasional bakal membentuk gabungan baru namun tidak kesampaian Perikatan itu berikutan perpecahan dalam kalangan parti memerintah Pakatan Harapa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii