Inilah dia...binaan tembok yang tak tinggi. Ada sebuah perigi dibalik tembok. Hairan jugak...kat tengah-tengah hutan gini ada perigi. Siapa yang bina
Krew edisi siasat mendekati perigi...hehe. Menurut sumber info internet, ini adalah perigi tinggalan zaman penaklukan Belanda di Melaka. Ya...Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni bawah kerajaan Melaka, bukan Negeri Sembilan
Nampak macam tak berapa dalam. Pandai-pandai kata....padahal bukan biasa dengan perigi pun! Emm...kalau betul tinggalan Belanda, perigi ini berusia sekurang-kurangnya 195 tahun. Menerusi Perjanjian Inggeris-Belanda, Belanda meninggalkan Melaka pada tahun 1824
Entah siapa yang rajin bawa ayam ke sini. Tempat ni dalam hutan rekreasi, memanglah takde orang berumah kat sini. Menurut syak wasangka saya la kan, ayam ni dibawa untuk upacara khurafat. Kalau kita jalan ke depan lagi, akan jumpa satu lagi perigi dan tempat pemujaan di batu besar (dipercayai ada kesan tapak kaki Hang Tuah). Tak seronok pulak bila tengok tempat rekreasi awam dijadikan tempat pemujaan
Bila jalan dalam hutan, saya suka memerhati sekitar. Ini antara yang menarik perhatian. Yang berbuah banyak tu, spesis pokok rotan kot. Berduri banyak|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |