Peribahasa Ayam Apa Salah Ayam
Begitu banyak sekali peribahasa dan perumpamaan ayam telah dikaitkan didalam kehidupan orang Melayu kita. Mungkin kerana ayam ini amat terkait rapat dengan kehidupan orang melayu, lalu ayam juga dijadikan sandaran dan perumpamaan. Kenapa ayam tidak haiwan lainya? Jom kita lihat berapa banyak perumpamaan yang dikaitkan dengan ayam ini.
1. Ayam baru belajar berkokok. (Baru cukup umur.)
2. Ayam berinduk, sirih berjunjung. (Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.)
3. Ayam berlaga sekandang. (Berkelahi dengan orang serumah.)
4. Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan. (Sangat menderita meskipun bergaji besar, beristerikan/bersuamikan orang kaya)
5. Ayam bertelur di atas padi. (Hidup senang dan mewah.)
6. Ayam dapat, musang dapat. (Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang.)
7. Ayam itik, raja pada tempatnya.(Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing.)
8. Ayam seekor bertambang dua. (Gadis seorang, dua bujang yang ingin.)
9. Ayam tak patuk, itik tak sudu. (Keadaan orang yang hina dalam masyarakat.)
10. Ayam terlepas, tangan bau tahi. (Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata.)
11. Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling. (Tidak senang melihat kebahagiaan orang.)
12. Ayam yang tangkas di gelanggang. (Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.)
13. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang - Kehidupan dalam kesusahan.
14. Tidu-tidur ayam (Tidur yang tidak lena)
15. Berkaki ayam ( kaki tidak beralas selipar atau kasut)
16. Bertelur sebiji riuh sekampung ( Membesarkan kejayaan nilainya tidak seberapa).
17. Hangat-hangat taik ayam. - akan meninggalkannya perkerjaan apabila terasa susah.
18. Ayam berak kapor - Muka pucat dan tidak bermaya.
19. Ayam kena gigit tungau - Kurus dan pucat oleh kerana sakit
20. Cap Ayam - Barangan tidak berjenama
21. Bagai Ayam disambar helang - Hilang sekelip mata
22. Bapak Ayam -tidak memperdulikan anak-anaknya @ lelaki menguruskan pelacuran.
23. Ibu Ayam. - Perempuan yang memperdagangkan @ menguruskan pelacuran.
24. Ayam terlepas, tangan bau tahi - Maksudnya kejahatan tidak mendatangkan hasil,
melainkan malu semata-mata.
25. Rabun ayam - kurang jelas pengelihatan, pengelihatan tak berapa nak clear, kabur-kabur skit
26. Ayam keluar mencari musang - Perempuan yang keluar mencari lelaki.
27. Ayam tambatan - Orang harapan.
28. Ayam Denak - Orang yang dijadikan umpan.
29. Anak Ayam - merujuk pada anak gadis yang dijadikan pelacur.
30. Musang berbulu ayam - orang jahat berlaku sebagai orang baik.
Nasib ayam tidak terhenti disini lalu telur AYAM yang goreng dikatakan MATA LEMBU. Lembu juga dapat nama. Malang sungguh AYAM. Namun semua peribasa memburuk ayam ini dapat dibalas akan keburukan dan kejahatanya bila disebut dalam peribahasa 'TUAH AYAM NAMPAK DIKAKI'. Tuah ayam boleh dilihat dikaki, tuah manusia siapa tahu? - Maksudnya tidak ada orang yang dapat menentukan nasib seseorang.
akuanakpahang.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://akuanakpahang.blogspot.com/2019/02/peribahasa-ayam-apa-salah-ayam.html