Perhimpunan Haram Tuntut Undi18 7 Pemimpin Politik Beri Keterangan Pada Polis


FMT ReportersBeberapa pemimpin politik dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini kerana mengadakan perhimpunan haram tuntut Undi18.KUALA LUMPUR: Tujuh aktivis termasuk Naib Presiden PKR Tian Chua, Ketua Dapsy Howard Lee dan Setiausaha Agong Parti Muda Amir Abdul Hadi, memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini bagi membantu siasatan kes perhimpunan haram menuntut pelaksanaan Undi18 di ibu negara, Sabtu lalu.
Turut memberikan keterangan, ADUN Ketari Young Syefura Othman; Ketua Pemuda PH Shazni Munir Mohd Ithnin; Ketua Pemuda PSM Sharan Raj dan bekas menteri wilayah persekutuan Khalid Samad.
Kesemua mereka diiringi sepasukan lima peguam diketuai oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.
Amir ketika ditemui pemberita selepas memberikan keterangan berkata, beliau dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa siasatan ke atas aktivis Undi18 dibuat mengikut Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memaklumkan perhimpunan itu lebih awal kepada polis.
Katanya, polis memaklumkan mereka turut disiasat kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan mereka memberi kerjasama penuh sepanjang proses rakaman percakapan dilakukan.
“Saya berharap polis tidak menggunakan ini sebagai alat untuk mengganggu aktivis yang turun ke jalanan menuntut supaya Undi18 dilaksanakan oleh kerajaan seperti dijanjikan Julai tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas memberikan keterangan selama kira-kira sejam.
Dua lagi ahli politik dijangka memberi keterangan kepada polis dalam masa terdekat ialah Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah.
Media sebelum ini melaporkan, polis akan memanggil penganjur dan peserta perhimpunan membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan isu had umur kelayakan mengundi 18 tahun di Jalan Parlimen, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah, dipetik berkata pihaknya juga menjalankan siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan itu.
Sementara itu Howard berkata, meskipun dipanggil memberikan keterangan ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan hak anak muda berdasarkan Pindaan Perlembagaan yang dibuat tahun lalu.
Katanya, pelbagai alasan diberikan kerajaan Perikatan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menangguhkan pelaksanaan Undi18 pada pilihan raya umum akan datang tidak dapat diterima.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/perhimpunan-haram-tuntut-undi18-7.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perhimpunan Undi18 Polis Buka Kertas Siasatan

Perhimpunan Undi18 Polis Buka Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 310 hits
Oleh MASZUREEN HADZMAN PETALING JAYA Satu siasatan dijalankan ke atas perhimpunan membantah keputusan Suruhanjaya Pilihanraya berkaitan undi 18 tahun yang diadakan di Jalan Parlimen di sini hari ini Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zai...
Datuk Seri Diburu Polis Bagi Kes Pengubahan Wang Haram

Datuk Seri Diburu Polis Bagi Kes Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 364 hits
JOHOR BAHRU Polis mengesan seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersial Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata Datuk Seri Nicky Liow S...
Dilaporkan Pasangan Ini Beri Keterangan Pada Polis Tapi Ini Pula Respon Risteena Dan Isa Khan

Dilaporkan Pasangan Ini Beri Keterangan Pada Polis Tapi Ini Pula Respon Risteena Dan Isa Khan

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 401 hits
Sejak kebelakangan ini tular tentang pasangan oengantin baru ini iaitu Risteena dan ISa Khan yang dilaporkan menylhagunakan kebenaran merentas negeri ke Taway Sabah
Hiburan Tidak Ada Pilih Bulu Dalam Pelaksanaan Sop Polis Ambil Keterangan Saksi Di Majlis Nikah Neelofa

Hiburan Tidak Ada Pilih Bulu Dalam Pelaksanaan Sop Polis Ambil Keterangan Saksi Di Majlis Nikah Neelofa

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 333 hits
Selepas ramai yang mengkritik mengenai majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan tidak mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak polis telah tampil dan menyatakan bahawa kertas siasatan sudah pun dibuka mengenai dak...
Polis Kesan Datuk Seri Siasatan Kes Sindiket Pengubahan Wang Haram Jenayah Komersial

Polis Kesan Datuk Seri Siasatan Kes Sindiket Pengubahan Wang Haram Jenayah Komersial

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 795 hits
JOHOR BAHRU Polis mengesan seorang nbsp Datuk Seri nbsp bagi membantu siasatan berhubung nbsp sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersial nbsp Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee...
Gubah Wang Haram Polis Buru Pengasas Winner Dynasty Group

Gubah Wang Haram Polis Buru Pengasas Winner Dynasty Group

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 410 hits
Suspek berpengaruh punyai banyak hubungan dengan ramai kenamaan JOHOR BAHRU Polis mengesan seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersial Ketua Polis Joh...
Polis Perketat Pemeriksaan Di Sekatan Jalan Raya Elak Rentas Negeri Secara Haram Sempena Awal Ramadan

Polis Perketat Pemeriksaan Di Sekatan Jalan Raya Elak Rentas Negeri Secara Haram Sempena Awal Ramadan

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 318 hits
Polis Diraja Malaysia akan melakukan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya bagi memastikan tiada individu cuba merentas negeri balik ke kampung bagi menyambut awal Ramadan minggu depan Setakat ini terdapat kira kira 35 sekatan jala...
Polis Siasat Dakwaan 5 Pemimpin Kabinet Hadir Majlis Perkahwinan Vip Di Seremban Ketika Pkpb

Polis Siasat Dakwaan 5 Pemimpin Kabinet Hadir Majlis Perkahwinan Vip Di Seremban Ketika Pkpb

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 499 hits
Polis siasat dakwaan 5 pemimpin kabinet hadir majlis perkahwinan VIP di Seremban ketika PKPB16 Mac 2021 Selasa viral di media sosial gambar gambar yang menunjukkan beberapa pemimpin kerajaan dan parti politik hadir ke masjlis perkahwinan VI...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal