Perhatian 6 K Drama Baru Ini Bakal Temui Penonton September Nanti


Masuk bulan baru, bermakna banyaklah lagi K-Drama baru dengan pelbagai genre bakal menemui kesemua penonton.
Jom saksikan senarai drama Korea baru yang akan ditayangkan September nanti!
1. Lies Of Lies Channel A | 4 September

Ji Eun-soo (Lee Yu-ri) ialah menantu kepada sebuah keluarga kaya yang berpengaruh. Tanpa disangka, hidupnya berubah kelam selepas dituduh sebagai dalang kepada kematian suaminya. Selepas keluar daripada penjara, wanita tersebut berusaha sedaya upaya supaya dapat mengambil kembali anak perempuannya. Menggunakan peluang yang ada, dia mendekati Kang Ji-min (Yeon Jeong-hun) yang menjaga anaknya kini sebagai anak angkat. Meskipun lelaki itu dingin dan beku, Ji Eun-soo berpura-pura mencintai Kang Ji-min dengan harapan untuk menjadi isterinya sekaligus ibu tiri kepada anaknya sendiri.
2. Record Of Youth  tvN & Netflix | 7 September

“Record Of Youth” membawa kisah Sa Hye-joon (Park Bo-gum) yang menanam impian untuk menjadi model dan pelakon manakala Ahn Jung-ha (Park So-dam) pula mahu menjadi seorang artis solekan dan menolak ketepi rasa tidak yakin diri yang sudah lama bersarang dalam dirinya. Won Hae-hyo (Byun Woo-seok) pula merupakan rakan baik kepada Hye-joon dan sangat berharap agar orang menerimanya sebagai pelakon dan model yang berbakat dan bukannya kerana apa yang dimilikinya sejak lahir.
3. 18 Again JTBC | 7 September

Membawa kisah seorang suami yang di ambang penceraian namun secara tiba-tiba kembali dalam tubuhnya ketika berusia 18 tahun. Kerana kembali ke wajah lamanya, si suami iaitu Hong Dae-young (Yoon Sang-hyun) mengubah nama kepada Go Woo-young (Lee Do-hyun) begi meneruskan hidupnya. Manakala si isteri (Jung Da-jung) memulakan kehidupannya sedikit lewat sebagai pembaca berita selepas membesarkan anak kembar mereka yang sudah pun berusia 18 tahun.
4. Private Life JTBC | 16 September

Para penipu di seluruh pelosok Korea terjumpa dengan ‘kehidupan peribadi’ negara dan memulakan misi untuk membongkarnya. Walaubagaimanapun, pengembaraan itu ternyata sukar kerana mereka perlu menggunakan semua kemahiran yang ada untuk berhadapan dengan syarikat korporat besar. Lee Jung-hwan (Go Kyung-pyo) meskipun nampak seperti seorang kakitangan biasa tapi sebenarnya seorang yang dipenuhi misteri. Manakala Cha Joo-eun (Seo-hyun) pula ialah seorang penipu yang memiliki rupa paras yang cantik dan naif selain turut mencari rezeki dengan kehebatannya menipu.
5. The School Nurse Files Netflix | 25 September

Diadaptasi daripada novel popular bertajuk ‘School Nurse Ahn Eun-young’, drama ini mengisahkan seorang jururawat sekolah bernama Ahn Eun-young (Jung Yoo-mi) yang mempunyai kebolehan luar biasa untuk melihat raksasa di sekitarnya, tetapi dalam bentuk jeli. Dengan kelebihan ini, Eun-young cuba untuk menyelesaikan segala misteri yang menyelubungi sekolah tersebut dengan bantuan seorang guru kesusasteraan Cina baru iaitu Hong In-pyo (Nam Joo-hyuk). Bahkan lelaki ini juga mempunyai kemampuan asing bagi membantu mereka sama-sama membanteras pelbagai masalah ini.
6. More Than Friends JTBC

Disebabkan satu salah faham, Lee Soo (Ong Seong-woo) dan Kyung Woo-yeon (Shin Ye-eun) memendam rasa suka antara satu sama lain selama 10 tahun lamanya. Lelaki itu merupakan seorang jurugambar dan mempunyai rupa yang tampan manakala wanita tersebut pula adalah penulis kaligrafi. Ikuti kisah cinta tidak berbalas sejak kedua mereka berusia 18 tahun lagi.
Tapi diingatkan bahawa mungkin akan ada perubahan tarikh tayangan untuk kesemua drama ini dek pihak produksi drama yang terpaksa menghentikan penggambaran dek kes COVID-19 yang kian meruncing di Korea.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/perhatian-6-k-drama-baru-ini-bakal-temui-penonton-september-nanti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lakonan Hebat Dalam Iotnbo Kwak Dongyeon Bakal Sertai Song Joongki Dalam Drama Baru Vincenzo

Lakonan Hebat Dalam Iotnbo Kwak Dongyeon Bakal Sertai Song Joongki Dalam Drama Baru Vincenzo

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 490 hits
Dengar cerita ramai yang dah teruja dengan drama baru yang bakal membawa Song Joong ki sebagai teraju utamanya iaitu Vincenzo Makin menggembirakan lagi kerana pelakon berbakat iaitu Kwak Dong yeon juga telah disahkan bakal menghiasi naskhah...
4 Tahun Lepas W Han Hyojoo Dikhabarkan Bakal Kembali Dengan Drama Baru Pengarah The World Of The Married

4 Tahun Lepas W Han Hyojoo Dikhabarkan Bakal Kembali Dengan Drama Baru Pengarah The World Of The Married

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 341 hits
Siapa ingat lagi drama popular W dibintangi oleh Han Hyo joo dan Lee Jong suk yang ditayangkan pada tahun 2016 Tak sangka dah 4 tahun berlalu malahan itu adalah drama terakhir yang menampilkan pelakon wanita itu sebagai teraju utama sebelum...
Tanam Pokok Limau Kasturi Dalam Pasu Cucuk Saja Ranting Dalam Tanah Nanti Keluarkan Anak Pokok Baru

Tanam Pokok Limau Kasturi Dalam Pasu Cucuk Saja Ranting Dalam Tanah Nanti Keluarkan Anak Pokok Baru

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 329 hits
Pokok limau kasturi ini memang banyak kegunaannya baik untuk masakan atau minuman Jadi elok sangat kalau tanam paling tidak sepokok di rumah Cara nak tanam pun senang guna keratan batang dan boleh tanam dalam pasu saja Boleh ikut step by st...
Pelbagai Genre Plot 10 K Drama Jadi Carian Popular Penonton Kini

Pelbagai Genre Plot 10 K Drama Jadi Carian Popular Penonton Kini

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 251 hits
Saban hari semakin banyak K Drama yang menjengah dan menjadi perhatian ramai Dah lah hadir dalam pelbagai genre dan plot sampaikan ramai penonton tak menang tangan nak menghabiskan kesemuanya Kalau anda nak tahu penonton Korea juga tak terl...
Hiburan Bakal Pengantin Baru Mira Filzah Tidak Akan Menganjurkan Malam Berinai Menjelang Hari Perkahwinan

Hiburan Bakal Pengantin Baru Mira Filzah Tidak Akan Menganjurkan Malam Berinai Menjelang Hari Perkahwinan

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 411 hits
Pelakon Mira Filzah mengumumkan tidak akan mengadakan majlis malam berinai sempena majlis perkahwinannya tidak lama lagi Dia memberitahu mengenai perkara itu ketika diajukan soalan di laman komen di Instagram miliknya baru baru ini View thi...
Jisoo Blackpink Bakal Bawa Watak Utama Buat Pertama Kali Dalam Drama Snowdrop Di Jtbc

Jisoo Blackpink Bakal Bawa Watak Utama Buat Pertama Kali Dalam Drama Snowdrop Di Jtbc

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 383 hits
Sibuk betul BLACKPINK sejak kebelakangan ini dah rilis single terbaru bakal keluarkan album penuh pertama Oktober nanti dan banyak lagi Walaubagaimanapun kesibukan itu tidak menghalang salah seorang ahlinya iaitu Ji soo untuk mencabar dirin...
8 Pasangan Romantis Drama Korea Tahun 2020 Yang Berhasil Bikin Baper Penonton Ada Idolamu

8 Pasangan Romantis Drama Korea Tahun 2020 Yang Berhasil Bikin Baper Penonton Ada Idolamu

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 467 hits
Bahkan karena sukses mendalami peran nggak sedikit penonton yang berharap agar kisah asmara mereka benar benar jadi kenyataan
Son Yejin Kang Haneul Dikhabarkan Bakal Bergandingan Dalam Drama Bersejarah Cut By The Heart

Son Yejin Kang Haneul Dikhabarkan Bakal Bergandingan Dalam Drama Bersejarah Cut By The Heart

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 322 hits
Nampak gayanya berkemungkinan besar Son Ye jin dan Kang Ha neul akan bergandingan dalam sebuah drama bersejarah tak lama lagi Menurut laporan media Son Ye jin dikhabarkan sedang dalam perbincangan untuk membintangi drama Cut By The Heart ia...
Daripada Pelakon Cilik Kim Sohyun Kim Yoojung Dinamakan Sebagai Pelapis Baru Pelakon Wanita K Drama

Daripada Pelakon Cilik Kim Sohyun Kim Yoojung Dinamakan Sebagai Pelapis Baru Pelakon Wanita K Drama

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 652 hits
Tidak dinafikan bahawa dunia lakonan Korea dipenuhi dengan ramai pelakon wanita yang berbakat besar Bukan sahaja memiliki rupa paras yang menarik tetapi turut dilengkapi dengan mutu lakonan yang tak dapat disangkal langsung Antara daripada ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti