Perginya Seorang Sejarawan Yang Amat Dimusuhi Ultra Kiasu


Prof Dr Ridhuan Tee AbdullahKhoo Kay Kim kekal kata Malaysia tanah Melayu hingga akhir hayat   
DALAM kalangan orang Cina, sebut sahaja tiga nama ini kepada ultra kiasu – Khoo Kay Kim (Universiti Malaya), Teo Kok Seong (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan saya, Tee Chuan Seng @ Ridhuan Tee – lalu akan dikatakan, mereka inilah pengkhianat kepada kaum Cina, hanya kerana mereka berkata benar, berpaksikan sejarah dan Perlembagaan.
Itulah kata-kata yang saya kongsikan ketika bertemu dengan Eddin Khoo, anak mendiang Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, ketika beramah mesra mengenai Sijil Peperiksaan Bersepadu sekolah persendirian Cina (UEC).
Selasa lalu, Malaysia berdukacita. Kita kehilangan seorang sejarawan yang amat disegani. Hidup matinya untuk Malaysia tercinta, tanpa berbelah-bahagi. Mana mungkin dicari galang gantinya. Saya sempat menziarah mendiang pada Khamis.
Kepada keluarga dan anaknya, Eddin Khoo, yang saya kenali selaku Pengerusi Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC) saya ucapkan takziah. Percayalah, jasa ayah saudara Eddin akan dikenang sepanjang hayat sebagai seorang tokoh sejarah negara yang tidak ada galang ganti. Mendiang sentiasa berkata benar meskipun dicemuh ultra kiasu.
Saya ada beberapa kali sepentas dengan mendiang membincangkan beberapa isu mengenai sejarah Malaysia. Memang mendiang seorang yang hebat, sehinggakan persoalan yang dilontar memaksa saya mencari jawapannya.
Antara soalan ‘killer’ mendiang yang sukar untuk dijawab, terutama ultra kiasu adalah, kenapa Malaysia mempunyai sembilan Raja-Raja Melayu, berbeza dengan dunia lain yang hanya ada satu sahaja? Pelikkan? Saya yakin, ramai yang tidak boleh menjawab, terutama ultra kiasu. Lagipun mereka tidak suka kepada sistem beraja.
Begitu juga dengan soalan, siapakah orang pertama mengelilingi dunia. Kepada mendiang, orang Melayulah yang pertama sekali mengelilingi dunia, bukan orang Barat atau orang lain. Bukan Ferdinand McGallen atau Christopher Columbus.
Mendiang dengan tegas menyebut orang pertama mengelilingi dunia adalah orang Melayu iaitu Panglima Awang atau Henry the Black atau Enrique. Ultra kiasu tidak nampak semua itu.
Terbeliak anak mata saya mendengar hujahannya. Apabila dikaitkan dengan Melayu dan kehebatannya, sudah tentu ultra kiasu tidak selesa. Apatah lagi apabila membincangkan bagaimana asal usul negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.
Mendiang konsisten dengan kejujuran ilmunya bahawa Malaysia itu adalah Tanah Melayu. Tanah Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu dan Bumiputera serta Raja-Raja Melayu berpisah tiada. Tonggak negara. Sejarah ini tidak boleh dipadamkan. Semua ini mesti didaulatkan dengan apa cara sekalipun sehingga menggusarkan ultra kiasu.
Bacalah dalam laman sosial bagaimana ultra kiasu berpesta apabila perginya seorang pejuang yang sukar diganti ini. Lambakan cacian dan makian dilontarkan ultra kiasu tanpa segan silu. Memang mereka ini tidak layak tinggal di bumi bertuah ini. Kewarganegaraan perlu ditarik balik.
Tidak cukup dengan itu, mendiang bertegas bahawa sistem pendidikan negara perlu disusun. Sekolah pelbagai aliran terutama sekolah vernacular tidak membantu kepada pembinaan negara bangsa. Sejak daripada kecil lagi rakyat sudah dipisahkann mengikut aliran dan bahasa ibunda masing-masing. Apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar untuk dijalin.
Apakah kita tidak melihat semua ini. Katanya mengikut sejarah, British membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di negara ini. 
Justeru, British membenarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri
Bagaimanapun, sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian daripada diri mereka.
Mendiang juga berkata kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami sejarah negara sehingga menyebabkan mereka berfikir secara sempit. Menyindir ultra kiasu, mendiang berkata, ada segelintir ahli politik yang lebih mengutamakan kepentingan diri dan agenda masing-masing, berbanding matlamat utama negara bangsa.
Kata mendiang dengan tegas, ada ahli politik kita yang tidak mahu berintegrasi dan lebih suka kepada pemisahan, dan lihatlah bagaimana negara kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan negara bangsa, tetapi lebih kepada agenda sendiri.
Rujukannya tidak lain ialah ultra kiasu. Ayuh pemimpin kerajaan hari ini, sekadar mengucapkan takziah, bersedih dengan pemergiannya tidak cukup. Mari kita bersama laksanakan amanat yang telah ditinggal demi kesejahteraan negara tercinta.
Isteri mendiang sempat menitipkan pesanan sebelum saya meninggalkan majlis – “jangan lupa perjuangan mendiang Khoo dan menyambung legasi perjuangannya”. Saya membalas dengan linangan air mata.
Selagi hayat dikandung badan, selagi itu semangat akan terus membara. Legasi mendiang Khoo, sejarawan berani yang berkata benar, berpaksi sejarah tanah air dan berpembagaan, meskipun dihina dan dicerca ultra kiasu, akan terus diperjuangkan.
Saya mohon kepada anak-anak muda hari ini, supaya lapangkan masa untuk mengkaji bahan sejarah yang telah ditinggalkan oleh mendiang. Jika sejarawan Melayu bercerita mengenai Tanah Melayu, pada saya itu biasa. Tetapi apabila bangsa lain seperti mendiang, bercerita kehebatan Melayu dan Tanah Melayu, saya kira itu luar biasa.
Bukan macam ultra kiasu bercerita mengenai sejarah Tanah Melayu. Pada mereka Tanah Besar China, lebih penting daripada Tanah Melayu. Sebab itulah silibus sejarah UEC mereka lebih banyak bercerita mengenai sejarah China daripada sejarah Melayu walaupun mereka tinggal di Tanah Melayu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/perginya-seorang-sejarawan-yang-amat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ultra Kiasu Akan Bantah Syor Ajar Subjek Islam Kata Ridhuan Tee

Ultra Kiasu Akan Bantah Syor Ajar Subjek Islam Kata Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 274 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Negara akan lebih aman jika bukan Islam faham mengenai agama IslamBANGI Malaysia akan lebih aman jika orang bukan Islam memahami agama Islam walaupun tidak menganut agama itu kata pendakwah bebas Prof Dr Riduan Tee A...
Sultan Ahmad Shah Seorang Raja Yang Amat Di Senangi Rakyat

Sultan Ahmad Shah Seorang Raja Yang Amat Di Senangi Rakyat

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 417 hits
KUANTAN Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat hari ini merupakan seorang raja yang sangat disegani rakyat kerana keperibadian almarhum yang merendah diri dan sentiasa ...
Buang Menteri Ultra Kiasu Ingat Kerajaan Bapa Dia Punya

Buang Menteri Ultra Kiasu Ingat Kerajaan Bapa Dia Punya

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 274 hits
24 05 2019Perancangan lagak Yahudi mungkin betul mereka belajar dari YahudiBANGI 19 Ramadan 1440H Jumaat Nafsu serakah menteri ultra kiasu sejak mendapat kuasa terlalu membuak buak sehingga merosakkan pembangunan pendidikan dan pembangunan ...
Hebatnya Ultra Kiasu

Hebatnya Ultra Kiasu

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 334 hits
Buang menteri ultra kiasu ingat kerajaan bapa dia punya Nafsu serakah menteri ultra kiasu sejak mendapat kuasa terlalu membuak buak sehingga merosakkan pembangunan pendidikan dan pembangunan negara bangsa kata pendakwah bebas Prof Dr Ridhua...
Seorang Pelajar Kolej Maut 24 Lagi Cedera Selepas Bas Terbabas Terbalik

Seorang Pelajar Kolej Maut 24 Lagi Cedera Selepas Bas Terbabas Terbalik

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 685 hits
Sebuah bas yang membawa 25 pelajar dari Kolej Vokasional Jelebu dan Maktab Rendah Sains Mara terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuala Klawang Seremban berhampiran Bukit Tangga Seremban petang tadi Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 39 p...
Sebar Foto Hoaks Dan Provokasi Seorang Pesilat Di Trenggalek Ditangkap Polisi

Sebar Foto Hoaks Dan Provokasi Seorang Pesilat Di Trenggalek Ditangkap Polisi

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 248 hits
Polres Trenggalek Jawa Timur menangkap seorang pemuda berlatar pendekar salah satu perguruan silat ternama di daerah itu karena menyebar konten hoaks yang dinilai provokatif di media sosial dan bisa memicu kerusuhan antarkelompok
Posting Status Provokatif Seorang Pria Di Sidoarjo Diamankan Polisi

Posting Status Provokatif Seorang Pria Di Sidoarjo Diamankan Polisi

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 191 hits
Dalam kasus ini Ridwan diduga telah melanggar pasal 15 UU No 1 1946 juncto pasal 163 bis KUHP juncto pasal 45A ayat 2 juncto pasal 28 ayat 2 UU ITE
Seorang Petani Di Musi Banyuasin Ditemukan Tewas Dengan 11 Luka Tembak

Seorang Petani Di Musi Banyuasin Ditemukan Tewas Dengan 11 Luka Tembak

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 193 hits
Seorang petani Hardo Suwondo ditemukan tewas dengan luka tembak sebelas lubang Dugaan sementara korban sengaja dibunuh seseorang
Seorang Maut 37 Cedera Kemalangan Libatkan Bas Dan Suv

Seorang Maut 37 Cedera Kemalangan Libatkan Bas Dan Suv

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 330 hits
Seorang maut 37 cedera kemalangan libatkan bas dan SUV Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 May 2019 11 08PM
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults