Perginya Sebutir Permata Dunia Kewartawanan Malaysia Datuk Abd Jalil Ali Akan Sentiasa Dikenang


Khabar pemergian Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali menghadap Ilahi awal pagi hari ini membuatkan ramai terkejut. Berita sedih buat kami.

Beliau amat dekat di hati kami karyawan Majalah Rasa kerana dahulu ketika di bawah Grup Majalah Karangkraf dia adalah antara ketua yang menjadi rujukan kami. Malah setelah tidak lagi sebumbung, beliau tetap bertanya khabar, mengambil tahu tentang kami.
Berita pemergiannya telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau. Menurutnya, setakat jam 7.08 pagi, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Semoga sahabatku Dtk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang.
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) August 7, 2020
“Semoga sahabatku Datuk Abd Jalil Ali damai di sana. Dunia kewartawanan sudah kehilangan sebuah bintang,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya.
Berusia 66 tahun, berpengalaman lebih 47 tahun dalam bidang penulisan dan kewartawanan turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Beliau juga ialah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
Tulisannya Sangat Digemari
Kehebatannya dalam bidang penulisan sememangnya tidak perlu dipertikaikan. Professionalismenya dalam profesion ini sangat disanjung, dihormati dan disegani. Tulisannya sentiasa mampu ‘menangkap’ perhatian. Dari isu politik, ekonomi, kemasyaraktan hinggalah kepada penulisan santai yang ringan, mesej yang disampaikan sangat tajam, padat dan tepat. Malah dalam penulisan yang lucu juga pasti terselit sindiran penuh pengajaran. Tidak keras , tidak menimbulkan amarah.

Lalu tidak hairanlah tulisannya sentiasa dinantikan. Cerita tentang kisah keluarga di Majalah Keluarga membuatkan ramai pembaca tidak sabar untuk menunggu untuk kisah bulan hadapannya. Belum lagi kisah pengantin baru dalam kolum yang dikendalikannya di Majalah Pesona Pengantin. Pasti membuatkan pengantin baru dan pengantin lama tersipu-sipu dan senyum sendirian. Malah sering kami yang membaca beramai-ramai berderai tawa kerana baris ayat yang dicoret sentiasa mencuit hati.
Koleksi Buku Tentang Kehidupan & Motivasi
Dalam kesibukan tugasnya, beliau juga sempat menghasilkan beberapa buku tentang kehidupan dan motivasi. Juga dari koleksi artikel yang disiarkan dalam kolum khasnya di beberapa majalah. Antara buku-buku tulisannya adalah Asam, Garam, Kopi & Gula. Kopi O Tanpa Gula, Teh Tarik Kurang Manis dan Dari Menara KL serta Asam Pedas Sirap Bandung,sebuah buku motivasi.



Melihat buku-bukunya, nama-nama makanan menjadi tajuk yang menarik. Ya itulah kehidupan. Ibarat makanan yang kita ambil saban hari. Setiap rasa ada cerita dan kisahnya. Pendekatan mudah ini nyata mudah diterima oleh pembaca.
Beliau juga sangat dekat dihati setiap kakitangan di Karangkraf. Seorang ketua, mentor dan sifu yang sangat disenangi. Sangat disayangi. Yang sentiasa punya jawapan dan jalan penyelesaian dalam setiap masalah terutama dalam penulisan. Ideanya sentiasa mencurah, nasihat dan ceritanya pasti membuatkan ramai kakitangan merasa sangat selesa kala berbicara dengannya.

Setiap kakitangan disapa dengan mesra. Bertanya khabar bukan sahaja tentang kerja, malah tentang kehidupan dan keluarga juga. Sambil pasti memberi nasihat dan ingatan. Pasti selalu dalam berbicara akan juga diingatkan kami, agar selalu jaga ibu ayah, jaga keluarga, jaga isteri, jaga suami , jaga anak-anak. Jasa dan budi baiknya akan sentiasan kami hargai. Kebaikan, nasihat dan perkongsian ilmunya akan tetap kami kenang.
Doa kami semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. – Ida Abd Aziz – Editor Pengurusan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/08/perginya-sebutir-permata-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perginya Orang Kuat Sinar Harian Datuk Abdul Jalil Ali Meninggal Dunia Pagi Tadi

Perginya Orang Kuat Sinar Harian Datuk Abdul Jalil Ali Meninggal Dunia Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 553 hits
Figura ini banyak jasanya Penulisannya juga memberi kesan kepada para pembaca Di dalam dunia penulisan beliau sangat dihormati dan selalu dijadikan rujukan Hari ini kita dikejutkan dengan berita pemergiannya Beliau adalah Datuk Abdul Jalil ...
Wartawan Veteran Abd Jalil Ali Meninggal Dunia

Wartawan Veteran Abd Jalil Ali Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 389 hits
Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian Abd Jalil Ali meninggal dunia pagi ini Berita berkenaan disahkan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Dr Hussamuddin Yaacub di laman Twitter beliau Menurutnya setakat jam 7 08 pagi jenazah Alla...
Malaysia Tidak Akan Jadi Tong Sampah Dunia Kasa

Malaysia Tidak Akan Jadi Tong Sampah Dunia Kasa

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 314 hits
KUALA LUMPUR Malaysia tidak akan dijadikan tong sampah dunia tegas Menteri Alam Sekitar dan Air Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Rakyat hari ini Beliau menegaskan demikian ketika ditanya Abdul Latiff Abdul Rahman berhubung inisiatif Keme...
Tak Gentar Diugut Sindiket Datuk Ayob Ingatkan Ini Bukan Colombia Tapi Malaysia Johor

Tak Gentar Diugut Sindiket Datuk Ayob Ingatkan Ini Bukan Colombia Tapi Malaysia Johor

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 294 hits
1 128 total views 1 128 views today Menerusi satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan seorang pegawai agensi penguat kuasa yang bertanggungjawab memantau kem...
Malaysia Prihatin

Malaysia Prihatin

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 379 hits
Malaysia Prihatin dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum TEMA RASIONAL TEMA Pe...
Pasaran Bursa Saham Malaysia Dan Saham Luar Negara

Pasaran Bursa Saham Malaysia Dan Saham Luar Negara

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 410 hits
Biasanya dalam pemikiran kebanyakan orang Malaysia yang nak belajar saham akan berfikir bahawa main saham dalam negara Malaysiaku tercinta ini lebih selamat berbanding trade saham luar negara Tetapi betulkah teori ini Oleh itu dalam penulis...
Enough With Your Claim Sabah Undeniably Part Of Malaysia Musa Tells Manila

Enough With Your Claim Sabah Undeniably Part Of Malaysia Musa Tells Manila

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 437 hits
Former chief minister Musa Aman says Malaysia will neither entertain nor acknowledge any claim on Sabah KOTA KINABALU Former Sabah chief minister Musa Aman has told the Philippines to back off from continuing its claim over the state saying...
Program Rm750 Juta Kredit Epenjana Untuk Rakyat Malaysia

Program Rm750 Juta Kredit Epenjana Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 397 hits
Tengku Zafrul Aziz KUALA LUMPUR Kementerian Kewangan mengumumkan pelancaran program RM750 juta kredit ePENJANA iaitu salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia ...
A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like

Tidak Dedah Aib Pasangan

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Rahma Rahmi Bagaikan Hanya Mimpi Chord

Resipi Gulai Ikan Masin Tumis Darat Masak Cara Orang Lama Memang Sedap

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025