Perginya Sebutir Mutiara Islam Perginyatokguru



Malam tadi kita dikhabarkan akan pemergian Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA). Perginya secara tiba-tiba yang tiada kembali. Sukar untuk dipercaya, namun, mati itu pasti, hidup insyaAllah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 12 Februari 2015, pukul 9.45 malam, di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan

Terdahulu, bekas Menteri Besar Kelantan dibawa pulang ke rumahnya di Pulau Melaka kira-kira 8.55 malam tadi selepas berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 19 Januari lalu kerana kanser prostat.

Beliau dilihat diusung dengan menggunakan katil dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan bantuan oksigen.

Difahamkan TGNA keluar daripada wad di HUSM Kubang Kerian kira-kira 8.40 malam.

Kelihatan orang ramai mula membanjiri perkarangan kediaman sejak 8 malam tadi.

-sumber berita
Pemergian seorang ulama yang ditangisi oleh ramai manusia. Perginya pada malam Jumaat yang penuh berkat. Semoga perjalanannya tenang menemui Ilahi yang dirindu. Redhakan pemergiannya, redhakan perjalanannya. Biarkan dia berehat dengan tenang dari perjuangan ini. Ramai yang tidak sempat menemui beliau, termasuk diri ini. Semoga kita bakal bertemu di Syurga kelak. Aamiin..

Awan Terlebih Dahulu Menangis Kerana Mengetahui Akan Hilangnya Seorang Ulama Hebat...
Bumi Pula Menerima Air Bagi Membersikan Dirinya Untuk Menerima Jasad Seorang Ulama Hebat...
Moga Tenang Roh Beliau Di Sana...
Dari DIA kita datang... Dan kepada-NYA kita kembali...

"Hidupmu berbakti... Pergimu ditangisi"

Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Semoga ALLAH mencucuri Rahmat-NYA ke atas roh Tuan Guru Nik Abdul Aziz serta tempatkan rohnya di Syurga bersama golongan para Anbiya... Amin Allahuma Amin...

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz... Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian dari-NYA ini...Nota: Tarikh pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sama tarikhnya dengan hari Syahidnya Imam Hassan Al-Banna.
☆Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hassan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di Pejabat Jam’iyyah al-Syubban al-Muslimin.
☆Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.
☆Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena tembakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut.
☆Walaupun terkena tujuh tembakan, Hassan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam’iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
☆Setibanya di hospital Qasral ‘Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hassan al-Banna.
☆Pada pukul 12.50 tengah malam, Hassan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.
☆Peristiwa itu berlaku pada tanggal 12 Februari 1949 dan ia telah meninggalkan sejarah hitam serta pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama.
☆Pada tarikh itulah, dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya.
☆Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik pemerintah Mesir pada ketika itu.
Harga sebuah perjuangan...
Jika belum mengenali siapa Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua


Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama: Nik Abdul Aziz bin Nik MatTarikh Lahir: 10.1.1931Tempat lahir: Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Pengajian:
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut2-Universiti Deoband India3-Universiti Lahore Pakistan4-Universiti Al Azhar5-Sarjana Muda bahasa Arab6-Sarjana Perundangan Islam
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962

Perkhidmatan:
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu

Bidang Politik:
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah

Pendakwah:
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi

Keistemewaan:
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’

Penghargaan:
Beliau mendapat penghargaan:1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995

Perkahwinan:
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau

Ahli Parlimen yang komited:
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat

Kerajaan contoh:
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mantan Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nathirah.blogspot.com/2015/02/perginya-sebutir-mutiara-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tip Untuk Menjadi Ibubapa Terbaik Dalam Islam

10 Tip Untuk Menjadi Ibubapa Terbaik Dalam Islam

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 377 hits
10 Tip Untuk Menjadi IbuBapa Terbaik Dalam Islam Assalammualaikum Salam JumaatPerkongsian dari Prof Muhaya buat pedoman dan peringatan buat diri sendiri dan buat pembaca yang sudi membaca Kadang kala kita tahu tapi kita tak ambil tahu malah...
Tekan Terus Melayu Islam Memang Itu Dasar Ph

Tekan Terus Melayu Islam Memang Itu Dasar Ph

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 344 hits
Dasar Kerajaan Pakatan Harapan Terus Terusan Menekan Bangsa Melayu Posted by SnapShot at 9 20 2019Sudah melebihi satu tahun kuasa berpindah kepada kerajaan Pakatan Harapan Admin dah muak nak menulis tentang Manifesto Pilihanraya PRU 14 Paka...
Piagam Muafakat Nasional Islam Tidak Lagi Memimpin

Piagam Muafakat Nasional Islam Tidak Lagi Memimpin

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 268 hits
Piagam Muafakat Nasional Islam tidak lagi memimpin Oleh September 20 2019Piagam Muafakat Nasional yang diuar uarkan oleh Pas kepada penyokong mereka seolah olah Umno mengharapkan talian hayat daripada parti itu tidak menjadi kenyataan Sebai...
4296 Sspz Bantu Tingkat Ekonomi Islam Utusan 19 09 2019

4296 Sspz Bantu Tingkat Ekonomi Islam Utusan 19 09 2019

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 471 hits
KUALA LUMPUR 19 Sept Persatuan Pengguna Islam Malaysia melancarkan aplikasi Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat bagi memudahkan umat Islam membeli produk keluaran syarikat Muslim itu Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata pengenalan...
4291 Pertubuhan Komuniti Sppz Bakal Jadi Rujukan Utama Muamalat Umat Islam Sidang Media Ppim 19 09 2019

4291 Pertubuhan Komuniti Sppz Bakal Jadi Rujukan Utama Muamalat Umat Islam Sidang Media Ppim 19 09 2019

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 431 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah memperkenalkan sebuah pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata matlamat utama Komuniti SPPZ ialah bagi menjadi sebuah platfor...
Hari Hari Kelam Di Kampus Pakistan Usai Seorang Profesor Dituduh Menghina Islam

Hari Hari Kelam Di Kampus Pakistan Usai Seorang Profesor Dituduh Menghina Islam

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 191 hits
Kasus pembunuhan Hameed bukan hanya meninggalkan luka mendalam di hati keluarga dan rekan sejawatnya tetapi juga kekhawatiran bagi para pengajar Kematian Hameed dikaitkan dengan kampanye menentang kebebasan pendidikan gerakan yang ditolak o...
Antara Negara Pertumbuhan Umat Islam Tercepat Sedunia

Antara Negara Pertumbuhan Umat Islam Tercepat Sedunia

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 450 hits
TERDAPAT berita menggalakkan ketika beberapa waktu lalu Telegraph melaporkan data mengenai perkembangan umat Islam di Britain Buat kali pertama tahun ini jumlah umat Islam di negara Queen Elizabeth mencapai tiga juta Pembangunannya sangat p...
Eina Azman Dakwa Uqasha Senrose Goda Suami Rabecca Nur Islam

Eina Azman Dakwa Uqasha Senrose Goda Suami Rabecca Nur Islam

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 364 hits
Pasti ramai tahu Datin Paduka Eina Azman dan Datin Rebecca Nur Islam sebelum ini bersahabat baik Kemudian timbul dakwaan mengatakan mereka berdua The post appeared first on
Tuduh Uqasha Senrose Goda Suami Rebecca Nur Islam Minta Eina Azman Berhenti Buat Fitnah

Tuduh Uqasha Senrose Goda Suami Rebecca Nur Islam Minta Eina Azman Berhenti Buat Fitnah

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 337 hits
Ramai sedia maklum bahawa hubungan persahabatan antara Datin Paduka Eina Azman dan Datin Rebecca Nur Islam dilanda masalah sehingga kedua dua mereka sudah tidak lagi berkawan baik Setelah masing masing membawa haluan sendiri kini muncul pul...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids