Pergilah Ke Sungai Buloh Jangan Lagi Bebankan Rakyat Kamu Tidak Lagi Diperlukan


 
Najib gesa kerajaan naikkan harga RON95Najib gesa kerajaan naikkan harga RON95.Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar kerajaan mempertimbang untuk menaikkan harga minyak RON95 sebanyak RM0.10 atau RM0.20.
Ini kerana, bekas Perdana Menteri itu berkata, sudsidi minyak petrol secara pukal diberikan kerajaan telah membuatkan manfaat yang sepatutnya diberikan kepada golongan B40 dan M40 turut sama digunapakai oleh golongan T20.
Najib juga menyatakan beliau kurang bersetuju dengan pemberian subsidi secara pukal kerana sistem subsidi di negara ini lebih memanfaatkan orang kaya.
Katanya, penurunan 65 peratus jualan RON97 juga merupakan bukti bahawa sebahagian besar orang kaya dan orang yang berkemampuan telah bertukar minyak ke RON95 untuk menikmati subsidi kerajaan.
“Ibarat orang kaya ambil makanan dari food bank. Hari ini, kerajaan memberi subsidi sekitar RM2.50 bagi setiap satu liter RON95 yang dijual pada harga RM2.05. Sebab itu, harga minyak RON95 Malaysia adalah antara 10 paling murah di dunia, jauh lagi murah banding Arab Saudi dan UAE.
“Bermaksud jika seorang dari golongan T20 mengisi 50 liter minyak RON95 bagi kereta mewahnya, kerajaan sebenarnya memberi subsidi sebanyak RM125 setiap kali orang kaya isi minyak.

“Sekiranya orang kaya ini isi minyak tiga kali sebulan bermaksud kerajaan memberi bantuan RM4,500 setahun bagi orang kaya, lagi tinggi berbanding BR1M kepada B40 dan M40,” katanya dalam satu kenyataan, di Facebook, pada Rabu.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pernah menyelesaikan masalah dan ketidakadilan dengan mengapungkan harga minyak.
“Penjimatan daripada ini pula disalurkan kepada pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang dinaikkan dan diperluaskan jumlah penerima dari RM500 ke RM1,200 dan akhirnya ke RM2,000 setahun pada masa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Bagaimanapun, kadar inflasi yang tinggi dialami seluruh dunia membuatkan penarikan subsidi minyak secara sepenuhnya tidak sesuai dilaksanakan.
“Jangan sentuh harga diesel ketika inflasi masih tinggi sekarang kerana ia berkait langsung dengan kos pengeluaran, kos pengangkutan dan akhirnya akan memberi lebih tekanan kepada kadar inflasi,” jelasnya.
Beliau turut menyarankan kerajaan menaikkan duti eksport dan cukai durian runtuh bagi sektor minyak sawit pada ketika dunia masih kekurangan bekalan dan harganya tinggi.
Ini kerana, jelas beliau ia dibayar oleh pembeli asing dan juga syarikat-syarikat perladangan besar, bukan dibayar oleh peneroka.
“Penjimatan subsidi 10 sen atau 20 sen bersama hasil tambahan cukai sawit serta penjimatan dari tidak lagi memberi subsidi untuk ayam dan telur boleh disalurkan untuk diberi sebagai bantuan tunai kos sara hidup bagi golongan B40 dan T40 setiap tiga bulan selagi kadar inflasi masih tinggi.
“Golongan T20 tidak kisah dan tidak terkesan jika harga makanan tinggi namun ia merupakan tekanan yang besar bagi golongan b40 dan sebahagian besar golongan M40.
“Pemberian bantuan tunai kos sara hidup setiap tiga bulan akan melegakan tekanan kos makanan bagi golongan B40 dan M40,” katanya.
Beliau mengulas mengenai kenaikan harga ayam dan telur bermula pada Julai ini susulan pemansuhan harga siling RM8.90 sekilogram serta kemungkinan kenaikan tarik elektrik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/pergilah-ke-sungai-bulohjangan-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lunch Ke Dinner Ke Memang Sedap Kat A J Burger Grill Sungai Buloh

Lunch Ke Dinner Ke Memang Sedap Kat A J Burger Grill Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 159 hits
Assalamualaikum Kita story pasal makan lagi la kan Ikutkan selalu je makan kat A J Burger Grill Sungai Buloh sebelum PKP Ingat lagi last datang sini bulan Mac 2020 bawa Thaqif lepas operate buang 5 batang gigi Lepas tu dah tak datang lagi o...
Mgnews Jangan Downgrade Penghuni Flat Kampung Sungai Baru Khalid

Mgnews Jangan Downgrade Penghuni Flat Kampung Sungai Baru Khalid

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 156 hits
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan jumlah pampasan lebih RM200 000 yang ditawarkan kepada penghuni flat Kampung Sungai Baharu adalah rendah dan akan merendahkan taraf hidup mereka ...
Sarapan Menu Pantai Timur Di Warung Che Bunga Sungai Buloh

Sarapan Menu Pantai Timur Di Warung Che Bunga Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 340 hits
Kak ana ni suka sangat kalau ke Sungai Buloh mana lagi kalau tak ke kawasan jualan pokok pokok bunga Lokasi favourite kak ana di kawasan nursery yang terletak di belakang Hospital Sungai Buloh nun Kalau sampai sana seronok sangat rasanya da...
Jka Badan Peguam Pun Hilang Keyakinan Rakyat Jangan Harap Pada Kerajaan Tebuk Attap

Jka Badan Peguam Pun Hilang Keyakinan Rakyat Jangan Harap Pada Kerajaan Tebuk Attap

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 178 hits
Pejuang kanser Haris Ibrahim hadir beri semangat di perarakan peguam June 17 2022 Peguam yang hadir pada perarakan di Padang Merbok mengambil gambar bersama Haris Ibrahim KUALA LUMPUR Kemunculan mengejutkan aktivis veteran Haris Ibrahim yan...
Saran Gaji Menteri Dipotong Takkan Membantu Selesaikan Kos Sara Hidup Rakyat Menteri

Saran Gaji Menteri Dipotong Takkan Membantu Selesaikan Kos Sara Hidup Rakyat Menteri

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 224 hits
Saran gaji menteri dipotong takkan membantu selesaikan kos sara hidup rakyat MenteriFoto Mahdzir Khalid Utusan TVBaru baru ini Tan Sri Rafidah Aziz menyarankan gaji barisan menteri kabinet dipotong sebanyak 20 peratus dengan kadar segera ba...
Kerajaan Dah Bagi Subsidi Kepada Rakyat Hampir Rm80 Bilion Tahun Ini Menteri Kewangan

Kerajaan Dah Bagi Subsidi Kepada Rakyat Hampir Rm80 Bilion Tahun Ini Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 230 hits
Jumlah keseluruhan subsidi dijangka menghampiri RM80 bilion bagi 2022 yang merupakan jumlah subsidi terbesar dalam sejarah kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke 100 yang dikeluarka...
Fahami Keluhan Rakyat Perdana Menteri Turun Padang Buat Tinjauan Mengejut Harga Barang

Fahami Keluhan Rakyat Perdana Menteri Turun Padang Buat Tinjauan Mengejut Harga Barang

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 186 hits
PENAFIAN GAMBAR HANYA SEBAGAI HIASAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad melakukan tinjauan mengejut buat pertama kali berkaitan situasi harga barangan di sebuah pasar raya di ibu negara Bercakap kepada pemberita sel
Yenny Ungkap Cak Imin Depak Gus Dur Dari Pkb Itu Pendiri Partai Gimana Ke Rakyat

Yenny Ungkap Cak Imin Depak Gus Dur Dari Pkb Itu Pendiri Partai Gimana Ke Rakyat

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 126 hits
Alasannya mengungkap itu Yenny menegaskan untuk memberikan pendidikan politik agar dalam politik para politikus mengedepankan etika moral
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator