Pergi Tak Kembali


Bismillahhirahmannirrahim. As Salam and greetings to dear readers.
Pergi Tak Kembali. Jumaat 20 Jun 2025 genap 63 hari arwah Along Mrs. A pergi meninggalkan kami seluruh ahli keluarganya buat selama-lamanya, meninggalkan emak, adik-beradik, anak-anak buah serta ahli keluarga yang lain. Sungguh Mrs. A tak sangka Along akan pergi secepat ini

Mrs. A tiada perkataan terucap, ralat tiada patah kata, tidak mahu mengimbas apa-apa takut sedih tidak tertanggung sebabnya setelah dia balik kampung lebih kurang lima hari raya itu. Mrs.A langsung tidak pergi menjenguk dia. Emak dan KakNgah ada bagitahu Along tak sihat tapi itulah Mrs. A ingatkan tidak sihat biasa-biasa sahaja

Sewaktu hari raya semua adik-beradik pulang beraya ke kampung Along tidak pulang waktu tu. Along sepi tanpa berita. Hanya setelah kami semua pulang semula ke rumah masing-masing iaitu lebih kurang lima hari selepas hari raya baharulah dia pulang. Khabarnya kereta dia rosak dan dia tak nak menyusahkan adik-beradik lain nak tumpang kereta masing-masing dah penuh dengan ahli keluarga masing-masing begitulah alasan yang diberinya

Pada malam Jumaat 11 April 2025 bersamaan 12 Syawal 1446H lebih kurang pukul 10 malam emak ada menelefon Mrs. A bertanyakan kerusi lipat Mrs. A sebab dia pernah tengok masa datang rumah tak lama dulu. Pesannya kalau balik kampung esok bawalah kerusi lipat tu sekali sebabnya nak bagi Along duduk di kerusi tu lebih selesa. 😭😭😭 Tak sempat Mrs. A nak balik kampung esok tu. 
Dalam tengah malam emak menelefon semula Mrs. A bagitahu Along dah takde 😭. Allahuakbar panik sekejap sambil bagitahu Aryssa macam tak percaya. WhatsApp KakNgah katanya dia on the way balik kampung. Kekdahnya Mrs. A sekeluarga pun balik ke kampung malam itu juga begitu juga Alang dan Adik Mrs. A

Menurut emak, dalam masa lebih kurang seminggu Along di kampung tu dia lemah sangat makan pun tiada selera, badan dia sakit-sakit, malam-malam tak dapat nak tidur. Sepanjang seminggu tu emak pujuk dia pergi hospital dia berkeras tak nak pergi. Mrs. A pun hanya sekadar bertanya khabar melalui telefon sahaja minta KakNgah pujuk jugak dia ke hospital. Tapi tulah puas dipujuk Along tetap tak mahu ke hospital

Pergi Tak Kembali.
Gambar terakhir Along di rumahnya yang sempat di snap oleh Alang 😭

Along Mrs. A ni masih belum berkahwin tinggal pun sorang-sorang di rumahnya di Puchong tu. Sewaktu dia masih hidup sendiri dahulu memang menjadi kerisauan kami semua kalau apa-apa yang tak diingini berlaku. Ialah tinggal seorang aje kalau sesuatu berlaku hanya Allah SWT je tahu

Tapi alhamdulillah Allah maha baik, Along meninggal di rumah emak di kampung seminggu waktu dia sakit tu dia ada bersama syurganya. Emak cakap Along banyak kali minta ampun dengan emak. Emak dah ampunkan dia, halalkan makan minum dia. Allahuakbar indah pengakhiran hidup dia mendapat redho dan pengampunan seorang ibu. 
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fuanhu. 
Sewaktu sampai di kampung tu ketika kami semua mengangkat beliau untuk diletakkan di tengah rumah badannya belum begitu sejuk lagi. Mrs. A tengok muka arwah Along manis sahaja tersenyum macam orang sedang tidur. Walaupun ketika hayatnya dia susah nak senyum dan lebih dikenali dengan anak-anak buah seorang yang garang tapi diakhir hayat mukanya tersenyum manis

Oleh kerana arwah Along meninggal di rumah. Untuk pengesahan kematian kami perlukan pengesahan doktor atau pegawai perubatan daripada hospital terdekat. Pada waktu tu Mrs. A telefon talian kecemasan 999 kemudian maklumkan ada kematian dan perlukan pengesahan dari hospital. Kemudian petugas yang menjawab telefon bertanyakan alamat, nombor telefon dan beberapa soalan lagi dan terus sambungkan Mrs. A ke Hospital Rembau. Lebih kurang pukul 6.00 pagi ambulan pun sampai dan pegawai perubatan bertugas minta kad pengenalan arwah dan buku kesihatan arwah. Alhamdulillah dipermudahkanNYA setelah beberapa sesi soal jawab berkaitan kesihatan arwah pegawai perubatan berpuashati dan tiada keperluan untuk dibawa ke hospital untuk post mortem. Sebab kematian yang dicatatkan adalah kerana kencing manis dan darah tinggi seperti mana di buku rawatan kesihatan arwah Along beliau memang ada follow-up berkaitan sakit tersebut dengan pihak hospital.
Kemudian dengan maklumat tersebut anak Mrs. A yang sulung telah ke balai polis Kota untuk membuat report kematian. Tidak berapa lama kemudian seorang anggota polis dari balai polis Kota telah datang ke rumah untuk pengesahan. Alhamdulillah dapatlah permit untuk menguburkan tu

Pada subuh 12 April tu Alang dan BangNgah telah ke masjid untuk solat subuh berjemaah sambil memaklumkan kepada kariah masjid/ kampung mengenai kematian Along. Kemudian jemaah masjid telah ke rumah kami dan diadakan bacaan tahlil. Mulanya emak bercadang untuk memandi dan kapankan arwah di rumah tapi Imam mencadangkan supaya jenazah dimandi dan dikapankan seterusnya disolatkan di surau kampung sahaja. 
Menurut imam lebih mudah begitu kerana segala kemudahan telah tersedia di surau dari kemudahan tempat mandi, kain kapan dan sebagainya. Hasil perbincangan kami sekeluarga bersetuju dengan cadangan imam. Lalu jenazah pun dibawa ke surau dengan van jenazah.Van jenazah adalah dari kampung sebelah, kami sekeluarga pakat-pakat sewa. 
Pergi Tak Kembali.
Selamat dikebumikan lebih kurang pukul 11.45 pagi Sabtu 12 April  bersamaan 13 Syawal 1446H
Syukur alhamdulillah segala urusan dari awal kematian hingga ke urusan pengebumian dipermudahkan dan lancar dengan izinNYA.

Mohon readers dan rakan-rakan blogger doakan roh arwah Along Mrs. A iaitu saudara Abdul Rahman bin Azalli dicucuri rahmat, dikasihi, dikasihani dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman dan para syuhada. Aaamiin Ya Mujib






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mrsablogstori.blogspot.com/2025/06/pergi-tak-kembali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerana Kehidupan Ini Ibarat Cermin Apa Yang Kita Beri Akan Kembali Semula Kepada Kita

Kerana Kehidupan Ini Ibarat Cermin Apa Yang Kita Beri Akan Kembali Semula Kepada Kita

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 143 hits
LUANGKAN MASA BERSAMA IBU ATAU AYAHMU SELAGI MEREKA MASIH ADA Dalam kesibukan mengejar kerjaya dan memenuhi tanggungjawab hidup sering kali kita lupa lupa bahawa di satu sudut dunia ini ada dua insan yang pernah mendakap kita erat ketika ki...
Vape Ketua Pemuda Umno Mohon Pmx Lihat Kembali Geg

Vape Ketua Pemuda Umno Mohon Pmx Lihat Kembali Geg

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 169 hits
Penjualan vape semakin berleluasa akibat tiada akta yang boleh mengawalnya kata Dr Akmal Saleh Pemuda Umno konsisten untuk bawa cadangan generasi penamat rokok untuk kawal ketagihan vape kata ketuanya Dr Akmal Saleh PETALING JAYA Ketua Pemu...
Aerotrain Di Klia Kembali Beroperasi

Aerotrain Di Klia Kembali Beroperasi

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 136 hits
Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kembali beroperasi sepenuhnya bermula pukul 10 pagi 1 Julai 2025 Aerotrain adalah sistem pengangkutan dalaman utama KLIA sejak beroperasi pada 1998 namu...
Elite Kembali Menggegar Pentas Peminat Nantikan Konsert Solo

Elite Kembali Menggegar Pentas Peminat Nantikan Konsert Solo

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 114 hits
KUALA LUMPUR Kumpulan pop wanita ikonik tanah air Elite kembali menghangatkan pentas selepas sekian lama menyepi apabila tampil memukau selama empat malam berturut turut di pentas Konsert Genkru baru baru ini Persembahan bertenaga dan penuh...
Selepas 8 Tahun Dibuang Industri Dek Langgan Pelacur Uhm Taewoong Kembali Berlakon

Selepas 8 Tahun Dibuang Industri Dek Langgan Pelacur Uhm Taewoong Kembali Berlakon

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 161 hits
Pelakon Uhm Tae woong yang disisihkan daripada semua aktiviti pada tahun 2017 selepas disiasat dan didapati bersalah kerana meminta khidmat pelacuran akan kembali ke dunia lakonan menerusi Festival Filem Fantastik Antarabangsa Bucheon ke 29...
Mengejutkan Covid 19 Kembali Ke Malaysia Kematian Pertama Pada Tahun 2025

Mengejutkan Covid 19 Kembali Ke Malaysia Kematian Pertama Pada Tahun 2025

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 274 hits
Malaysia Rekod Kematian Pertama COVID 19 Tahun 2025 Tarikh kejadian Minggu Epidemiologi ke 24 Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia kematian tersebut melibatkan seorang individu yang mempunyai penyakit komorbid kritikal seperti p...
Transformasi360 Kembali September Ini Program Intensif Bagi Yang Serius Nak Ubah Kehidupan

Transformasi360 Kembali September Ini Program Intensif Bagi Yang Serius Nak Ubah Kehidupan

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 182 hits
Di saat rakyat Malaysia terus dihimpit tekanan hidup daripada kos sara hidup yang melambung kerjaya yang tak menentu hingga hubungan peribadi yang semakin renggang hadir semula satu peluang untuk mereka yang nekad nak ubah hidup bukan sekad...
Rafizi Kembali Dalam Podcast Yang Berhenti Menteri Bakal Bongkar

Rafizi Kembali Dalam Podcast Yang Berhenti Menteri Bakal Bongkar

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 145 hits
Rafizi Ramli berjanji akan membakar serta memberi pencerahan dalam audio siarnya YBM kini yang membawa maksud Yang Berhenti Menteri Saya sekarang tidak lagi terikat dengan etika kerajaan dan kerahsiaan Jadi saya bebas bersuara Insya Allah s...
Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies