Perebutan Kuasa Rosakkan Jiwa Muslim


Dr Ahmad Sanusi Azmi Utamakan maslahah rakyat dalam menunaikan amanah



DULU ada seorang ahli politik pernah berkata: “Mahathir bapak perompak negara!” Kemudian hari ini mereka berpelukan, bekerjasama dan menyanjungnya semula. Dulu ada ahli politik mengherdik: “UMNO penyamun!” Tidak mustahil, nanti mereka menyanjungnya semula.

2. Ketahuilah kegilaan manusia kepada kuasa merosakkan hati mereka. Seorang tokoh sufi yang terkenal pernah berpesan bahawa sifat gilakan kuasa ini akan merosakkan peribadi seseorang. Sifat gilakan kuasa menyebabkan seseorang akan menjadi hasad dengki bahkan suka mencari keaiban manusia lain. Kata Fudail ibn Iyyad:

ما من أحد أحب الرئاسة إلا حسد وبغى ، وتتبع عيوب الناس ، وكره أن يُذكر أحد بخير

“Tidak ada seorang lelaki yang gilakan kuasa kepimpinan melainkan dia akan terjebak dengan hasad dan kejahatan, suka mencari keaiban manusia dan dia benci untuk menyebut kebaikan orang lain.”

3. Malah Abu Daud al-Sijistani melihat sifat ini sebagai salah satu daripada penyakit atau menggelarkannya sebagai syahwat yang tersembunyi. Beliau pernah ditanya tentang nafsu atau syahwat yang tersembunyi ini:

قيل لأبي داود السجستاني: ما الشهوة الخفية؟ قال: حب الرئاسة


“Abu Daud pernah ditanya berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan nafsu syahwat yang tersembunyi ini? Lalu dia berkata: (mereka yang) cintakan kuasa.

4. Atas dasar itu al-Imam Abu Ayyub al-Sakhtiyani berpesan bahawa mereka yang cintakan kemasyhuran dan kepimpinan ini adalah mereka yang sukar dipercayai. Kata beliau:

ما صدق عبد قط فأحب الشهرة

“Tiada yang benar langsung buat si hamba yang mencintai kemasyhuran.”

5. Bahkan Rasulullah ﷺ pernah menegaskan bahawa kuasa ini boleh menyebabkan seorang muslim menjadi hina di hadapan Allah di hari akhirat:


 إنها أمانة، وإنها يوم القيامة خزي وندامة، إلا من أخذها بحقها وأدى الذي عليه فيها

“Sesungguhnya kuasa jawatan ini adalah amanah, dan ia di hari kiamat adalah kehinaan (buat mereka yang gagalnya menunaikan amanah). Melainkan buat mereka yang menunaikan amanah dengan baik dan menyempurnakan hak-haknya.” (HR Muslim)

6. Kecintaan manusia terhadap kuasa akan mengaburi mereka dari kebaikan. Adalah dibimbangi kepentingan diri sendiri lebih mereka utamakan dari kesusahan rakyat.

7. Pesanan saya buat ahli politik muslim, utamakanlah maslahah rakyat dalam menunaikan amanah ini. Janganlah pergelutan kalian menjadikan kalian hina di dunia dan akhirat. Dipandang rendah di sisi manusia, menjadi hina pula di sisi Allah diakhirat kelak.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi - Universiti Sains Islam Malaysia



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/perebutan-kuasa-rosakkan-jiwa-muslim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Calon Pm Ke 8 Berakhirkah Kemelut Perebutan Kuasa

Muhyiddin Calon Pm Ke 8 Berakhirkah Kemelut Perebutan Kuasa

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 213 hits
Diterbitkan Hari ini 8 31 pagi BERITAULASAN Saat ini khabar angin bertiup kencang bahawa Muhyiddin Yassin akan dilantik sebagai perdana menteri ke 8 Dr Mahathir pula dikhabarkan akan dikekalkan di dalam kabinet baru sebagai menteri kanan Se...
Waspada Bunda Ratusan Anak Masuk Rumah Sakit Jiwa Karena Kecanduan Hp Atalia Kamil Angkat Bicara

Waspada Bunda Ratusan Anak Masuk Rumah Sakit Jiwa Karena Kecanduan Hp Atalia Kamil Angkat Bicara

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 270 hits
Waspada Bunda Ratusan Anak Masuk Rumah Sakit Jiwa Karena Kecanduan HP Atalia Kamil Angkat BicaraKetua Tim Penggerak PKK Jawa Barat Atalia Praratya Kamil prihatin dengan kasus anak anak yang kecanduan ponsel dan gamePasalnya seiring berjalan...
Jiwa Besar Anwar Selamatkan Kesepakatan Ph Malam Tadi

Jiwa Besar Anwar Selamatkan Kesepakatan Ph Malam Tadi

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi dipercayai tegang apabila seorang presiden parti mencadangkan supaya isu tarikh peralihan kuasa dibincangkan berdua antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Preside...
Polisi Sebut Dosen Di Tangsel Yang Tusuk Istri Mengalami Gangguan Jiwa

Polisi Sebut Dosen Di Tangsel Yang Tusuk Istri Mengalami Gangguan Jiwa

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 193 hits
Azwar Aditya pelaku penusukan terhadap istrinya Siska Meylani warga Cluster Viola Serpong Utara Tangerang Selatan dinyatakan mengidap gangguan jiwa
3 Aktivitas Khas Yang Wajib Dikuasai Jika Masuk Pns Biar Jiwa Abdi Negaramu Semakin Kental

3 Aktivitas Khas Yang Wajib Dikuasai Jika Masuk Pns Biar Jiwa Abdi Negaramu Semakin Kental

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 189 hits
Kalau tiga hal ini aja kamu nggak bisa gimana kamu mau mengabdi buat negara dan masyarakat
Saya Tawarkan Jiwa Dan Raga Untuk Negara Berilah Saya Masa Pm

Saya Tawarkan Jiwa Dan Raga Untuk Negara Berilah Saya Masa Pm

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 164 hits
TAN Sri Muhyiddin Yassin dengan setulus jiwa dan raganya meminta seluruh rakyat Malaysia supaya memberi peluang untuk beliau mengemudi pentadbiran negara selaku perdana menteri yang baharu Dalam ucapan sulungnya yang disiarkan secara langsu...
Cara Nak Tahu Seseorang Jiwa Halus Sensitif Tengok Tapak Tangan Dan Kuku Dia Ustaz Syamsul Debat

Cara Nak Tahu Seseorang Jiwa Halus Sensitif Tengok Tapak Tangan Dan Kuku Dia Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 717 hits
Cara Nak Tahu Seseorang Jiwa Halus Sensitif Tengok Tapak Tangan Dan Kuku Dia Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Jiwa Murni Calon Pm November

Jiwa Murni Calon Pm November

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 372 hits
Anwar bersikap terbuka dan serahkan kepada Majlis Presiden jika mahu Tun dikekalkan sebagai Menteri di kabinet jika dia PM Anwar sangat menyanjung tinggi kuasa Majlis Presiden Dan Patuh kepada rule of law Sebelum ini Anwar JUGA tunjukan sik...
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Filipino Casino Game Favorites Explained From Roulette Spins To Poker Wins

Rm140 000 Lesap Ditipu Bomoh Halau Hantu

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam

Stacy Buat Konsert Solo Netizen Seloroh Jemput Bella Astillah Sebagai Artis Pembukaan

Samsung Galaxy A16 5g Kini Di Malaysia Dengan Harga Rm899