Perebutan Jawatan Ketua Menteri Selepas Bn Menang Besar


 Ainul Illia
Tak berniat jatuhkan kerajaan baharu, mahu elak situasi dua harimau di atas bukit: Rauf KUALA LUMPUR – Ahli-ahli politik UMNO di Melaka dilaporkan heboh dengan tindakan mengangkat sumpah tergesa-gesa oleh Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri pada jam 1 pagi, Ahad (21 November).
Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas percubaan tidak dijangka oleh ADUN Tanjung Bidara yang baru dilantik, Datuk Seri Rauf Yusoh untuk menuntut jawatan Ketua Menteri.
Rauf, yang merupakan pengerusi UMNO negeri, dilaporkan tidak hadir dalam majlis angkat sumpah Sulaiman di hadapan Gabenor Tun Mohd Ali Rustam, tengah malam tadi. 
Beliau difahamkan telah cuba melobi pemimpin atasan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, Pesiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Datuk Seri Najib Razak yang merupakan penasihat BN.
Rauf ketika dihubungi berkata, terpulang kepada pihak berkenaan untuk menjelaskan mengapa beliau tidak hadir pada majlis angkat sumpah itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada beliau membuat permintaan saat akhir untuk jawatan Ketua Menteri, namun katanya, beliau tidak berniat untuk menjatuhkan kerajaan baharu.
“Mengapa saya perlu menjatuhkan kerajaan yang saya bantu tubuhkan? Saya akan tolong Sulaiman, dia kawan saya. Saya akan berikan sokongan padu saya kepadanya.
“Saya mahu mengelak situasi di mana terdapat dua harimau di atas bukit. Saya mahu melihat gabungan yang baik supaya boleh bekerjasama untuk membawa Melaka ke hadapan,” katanya seperti dilapor The Star.
Walaupun mengakui menyokong Sulaiman, Rauf menyatakan beliau akan bertemu ketua-ketua bahagian UMNO dan akan mengadakan sidang media hari ini.
Rauf berkata, beliau mahu memainkan peranan dalam kerajaan negeri dan terpulang kepada Ketua Menteri untuk memutuskan peranan yang sesuai untuknya.
“Mereka harus menunjukkan sedikit penghargaan dan berbincang dengan saya,” kata Rauf yang sebelum ini menjadi speaker DUN.
Ada kemungkinan Rauf, kini cuba memastikan Sulaiman tidak mengenepikannya daripada jawatan EXCO kerajaan negeri.
Rauf adalah tokoh utama dan kontroversi dalam peristiwa yang membawa kepada pembubaran DUN.
Beliau bergelut untuk menewaskan calon Perikatan Nasional, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dengan hanya 364 undi, turun daripada majoriti 4,865 pada 2018.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/perebutan-jawatan-ketua-menteri-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Dijangka Menang Di Melaka Rauf Bakal Ketua Menteri

Bn Dijangka Menang Di Melaka Rauf Bakal Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 321 hits
BORHAN AHMADBerdasarkan tinjauan dan analisis semasa Barisan Nasional dijangka akan memenangi pilihan raya negeri Melaka kerana pengundi Cina yang menjadi penyokong tegar Pakatan Harapan sebelum ini buat masa sekarang enggan keluar mengundi...
Mahfuz Menang Saman Fitnah Terhadap Menteri Besar Kedah

Mahfuz Menang Saman Fitnah Terhadap Menteri Besar Kedah

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 544 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memerintahkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membayar ganti rugi RM50 000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berhubung kenyataan fitnah melalui hantaran F...
Dap Sokong Alfred Jabu Sebagai Calon Ketua Menteri Sarawak

Dap Sokong Alfred Jabu Sebagai Calon Ketua Menteri Sarawak

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 331 hits
DAP yamg mengaku mereka dapat menjalankan tugas pemilihan Ketua Menteri dengan baik adalah tipu lagi Pulau Pinang menyaksikan bukan anak tempatan telah dinaikkan oleh DAP Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri iaitu Lim Guan Eng yang memang dat...
Menang Ketua Daerah Pasha Mula Sombong

Menang Ketua Daerah Pasha Mula Sombong

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 219 hits
Ketua pertubuhan media Aliansi Jurnalis Independen Kota Palu iaitu Mohammad Iqbal Rasyid kesal dengan sikap Wali Kota yang baru dilantik iaitu Pasha kerana bersikap kurang sopan dengan pihak media Mohammad Iqbal berkata bekas vokalis Ungu i...
Dap Sokong Alfred Jabu Sebagai Calon Ketua Menteri Sarawak

Dap Sokong Alfred Jabu Sebagai Calon Ketua Menteri Sarawak

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 496 hits
DAP yamg mengaku mereka dapat menjalankan tugas pemilihan Ketua Menteri dengan baik adalah tipu lagi Pulau Pinang menyaksikan bukan anak tempatan telah dinaikkan oleh DAP Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri iaitu Lim Guan Eng yang memang dat...
Pemimpin Umno Akhirnya Dedah Ada Cubaan Sailang Sulaiman Jadi Ketua Menteri Melaka

Pemimpin Umno Akhirnya Dedah Ada Cubaan Sailang Sulaiman Jadi Ketua Menteri Melaka

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 323 hits
November 22 2021 Ketua UMNO Bahagian Jasin Datuk Hasan Rahman mengesahkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka Ke 13 lewat malam tadi telah menimbulkan ra...
Jangan Beritahu Sesiapa Ab Rauf Tetap Akan Jadi Ketua Menteri Melaka

Jangan Beritahu Sesiapa Ab Rauf Tetap Akan Jadi Ketua Menteri Melaka

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 366 hits
Berikutan Sulaiman Md Ali telah diumumkan secara rasmi sebagai calon Ketua Menteri bagi BN ramai yang bertanya apa jadi kepada Ab Rauf Yusoh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Apakah selepas 20 November nanti andai ditakdirkan B...
Prn Melaka Sulaiman Md Ali Calon Ketua Menteri Bn Mohamad Hasan

Prn Melaka Sulaiman Md Ali Calon Ketua Menteri Bn Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 334 hits
Fareez AzmanDatuk Seri Sulaiman Md Ali dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional diberi mandat untuk membentuk kerajaan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri pada 20 November ini Gambar fail AYER KEROH Datuk Se...
Nak Buruk Kan Ph Dengan Ketua Menteri Tetapi Ketua Menteri Parti Sendiri Pun Masih Haru Biru

Nak Buruk Kan Ph Dengan Ketua Menteri Tetapi Ketua Menteri Parti Sendiri Pun Masih Haru Biru

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 247 hits
LIYANA MARZUKIAda yang spin katanya bakal CM PH ialah YB Sam Buat poster bagai nak burukkan lawan Tapi heran tak berani nyatakan bakal KM sendiri Adakah Rauf atau Sulaiman Rafiq atau Elly Kalau geng sendiri pun takut nak umum macam mana la ...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Kawan Kot Amboiii Lebai Mana Menggatai Lak Ostat Kan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia

Terengganu Remaja 15 Tahun Ditahan Tunggang Motosikal