Perdana Menteri Disaman Kerana Pembubaran Parlimen


hmetro.com.my
Rafidah Mat Ruzki
[email protected]
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada perutusan khas pengumuman pembubaran Parlimen.
Putrajaya: Penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago memfailkan saman pemula terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pembubaran Parlimen yang dibuat Perdana Menteri kelmarin.

Saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, bertujuan menghalang SPR daripada menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU).

Berdasarkan salinan saman pemula yang difail dan dilihat BH, Charles menuntut supaya satu deklarasi bahawa kuasa yang terletak pada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 55(2), Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilaksanakan mengikut Perkara 40(1) dan (1A).

Perkara 55(2) membabitkan Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

Peruntukan Perkara 40(1) pula menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

Manakala (1A) adalah sewaktu menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang Persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

Charles juga menuntut satu deklarasi bahawa permintaan Defendan Pertama kepada Yang di-Pertuan Agong pada 9 Oktober 2022 untuk pembubaran Parlimen ke-14 adalah menyalahi Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan kerana permintaan itu tidak dibuat berdasarkan nasihat, atau berdasarkan kuasa am, Jemaah Menteri dan oleh itu terbatal dan tidak sah.

Beliau juga menuntut satu deklarasi bahawa pembubaran Parlimen ke-14 pada 10 Oktober 2022 seperti yang dimaklumkan melalui P.U.(A) 320 tidak mengikut Perkara 55(2) dibaca bersama Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan dan tidak mempunyai kesan undang-undang.

Justeru, Charles menuntut satu deklarasi bahawa defendan ketiga iaitu SPR, tidak mempunyai asas undang-undang untuk mengambil apa-apa langkah mengadakan PRU termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengeluaran mana-mana writ bawah Seksyen 12, Akta Pilihan Raya 1958 dan pengeluaran sebarang notis bawah Peraturan 3(1), Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

Beliau juga memohon suatu perintah dikeluarkan Mahkamah Tinggi untuk menghalang defendan ketiga dan ejen, pengkhidmat dan/atau pekerjanya daripada mengambil sebarang langkah untuk mengadakan PRU berdasarkan kepada pembubaran itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pengeluaran sebarang writ bawah Seksyen 12, Akta Pilihan Raya 1958 pengeluaran mana-mana notis bawah Peraturan 3(1), Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 dan/atau daripada memberi kesan kepada mana-mana writ atau notis sedemikian jika dikeluarkan.

Beliau turut menyertakan afidavit sokongan yang antara lain menyatakan antara fakta menyokong saman pemula berkenaan termasuk banjir yang melanda pada Disember 2021 serta bantahan parti-parti yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan dalam situasi ketika ini.

Sementara itu, Charles ketika dihubungi mengesahkan tindakan terbabit, sambil memaklumkan akan mengeluarkan satu kenyataan media mengenainya hari ini.

"Salam. Saya akan hantar kenyataan dalam masa terdekat," katanya secara ringkas.

Kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan beliau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen Ke-14.

Ia selaras Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, apabila Yang di-Pertuan Agong bertindak menurut budi bicara baginda untuk memperkenankan permintaan itu.
Disiarkan pada: Oktober 12, 2022 @ 11:50am

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/perdana-menteri-disaman-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Pembubaran Parlimen Kini Diulas Secara Terbuka

Kenapa Pembubaran Parlimen Kini Diulas Secara Terbuka

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 236 hits
PM kena sedar ia dimulakan semasa MoU dengan Pembangkang Kemudiannya diikuti ramalan oleh semua pihak Yang PALING meratib adalah umno sendiri PM kena cermin diri Terakhir apabila PM layan meeting top5umno yang fokus kepada tarikh pembubaran...
Siri 44 Pembubaran Parlimen Antara Kuasa Pohon Pm Kuasa Mutlak Bubar Ydpa

Siri 44 Pembubaran Parlimen Antara Kuasa Pohon Pm Kuasa Mutlak Bubar Ydpa

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 204 hits
BICARA SEMASA ANTARA POLITIK UNDANG UNDANG TAJUK PEMBUBARAN PARLIMEN ANTARA KUASA POHON PM KUASA MUTLAK BUBAR YDPA TARIKH 04 OKTOBER 2022 MASA 9 00 MLM PANEL TUAN HANIFF KHATRI MODERATOR ZAWAZI YUSOF KEPADA SESIAPA IN
Kenyataan Istana Negara Tak Sebut Pembubaran Parlimen

Kenyataan Istana Negara Tak Sebut Pembubaran Parlimen

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 129 hits
Tangkap layar kenyataan media dalam hantaran Facebook di laman Istana Negara Istana Negara hari ini menjelaskan pertemuan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah han...
Ahmad Maslan Ismail Akan Cadangkan Pembubaran Parlimen Tahun Ini

Ahmad Maslan Ismail Akan Cadangkan Pembubaran Parlimen Tahun Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 224 hits
Anne Muhammad dan Danial AzharKUALA LUMPUR Umno mencapai konsensus supaya pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum ke 15 diadakan pada tahun ini kata Setiausaha agungnya Ahmad Maslan Ahma...
Mkt Umno Setuju Pembubaran Parlimen Bagi Pru15 Diadakan Tahun Ini

Mkt Umno Setuju Pembubaran Parlimen Bagi Pru15 Diadakan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 208 hits
Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersetuju pembubaran Parlimen akan dibuat masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Menurutnya PM akan persembahkan cadangan tarikh pembubaran kepa...
Parlimen Bubar Menteri Jangan Pakai Aset Kerajaan

Parlimen Bubar Menteri Jangan Pakai Aset Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 165 hits
Parlimen bubar menteri jangan pakai aset kerajaanPosted By on October 13 2022Pembubaran Parlimen yang berlaku semalam perlu dipatuhi oleh para Menteri Kabinet Kerajaan BN PN Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Fahmi Fadzil biar pun Jemaah Men...
Bubar Parlimen Tidak Dibincangkan Dalam Kabinet Menteri Pn Dipersalahkan

Bubar Parlimen Tidak Dibincangkan Dalam Kabinet Menteri Pn Dipersalahkan

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 132 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berkata Ismail Sabri Yaakob tidak seharusnya menyalahkan pihak lain atas pembubaran Parlimen Muhyiddi merujuk kenyataan Ismail Sabri bahawa tindakan 12 menteri Kabinet PN yang mengutus surat kep...
Ismail Bubar Parlimen Kerana Tekanan Zahid Kata Menteri Kabinet

Ismail Bubar Parlimen Kerana Tekanan Zahid Kata Menteri Kabinet

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 182 hits
Anggota Kabinet Saifuddin Abdullah mengingatkan Ismail Sabri Yaakob supaya tidak mengalihkan perhatian rakyat susulan kenyataan perdana menteri itu yang menyelar 12 menteri Perikatan Nasional yang menulis surat kepada Yang di Pertuan Agong ...
Rentasan 1226 Gempar Ydp Agong Bakal Tak Merestui Pembubaran Parlimen

Rentasan 1226 Gempar Ydp Agong Bakal Tak Merestui Pembubaran Parlimen

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 159 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1226 1 NAMPAK SANGAT UMNO TIDAK MEMENTINGKAN KEBAJIKAN RAKYAT 2 TOLAK PEMIMPIN BACUL DAN KELENTONG 3 SYARIKAT SIAPA DAPAT TENDER MERIAM HOWITZER RM854 JUTA 4 UMNO PAS BERSATU HURU HARA Layari kami untuk mendapat berit...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti