Perdana Menteri Di Pbb Mesej Beliau Sejagat Dan Selari



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Tun Dr Mahathir berucap buat kali ke-11 di PBB

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengakhiri ucapannya di Persidangan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat, semalam dengan menyatakan betapa berat tugas beliau berdiri dan membuat ucapan.
Katanya: “Selepas 15 tahun dan pada usia 93, saya kembali ke pentas ini dengan tugas yang berat untuk memberi suara dan harapan kepada Malaysia baru di persada dunia.
“Rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan demokratik yang mereka capai baru-baru ini dan menaruh harapan yang tinggi bahawa di seluruh dunia akan melihat keamanan, kemajuan dan kemakmuran.”
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Saya yakin ramai rakyat Malaysia dan, tidak kurang juga, penduduk dunia teruja dengan ucapan beliau.
(Teks lengkap ucapan beliau boleh dibaca DI SINI). 
Kalau seorang insan berusia 93 tahun dan yang menceburi politik sejak zaman remaja masih boleh mengubah sejarah negaranya serta cergas di pentas dunia, ia tentunya sedikit sebanyak memberi ilham kepada generasi yang lebih muda daripada beliau.
Dr Mahathir menyentuh banyak perkara dalam ucapannya dan sesiapa saja yang mengikuti siri ucapan beliau di Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan mendapati bahawa beliau amat teliti dan konsisten dengan isu-isu yang dibangkitkannya.
Saya bernasib baik dapat mengikuti siri ucapan beliau bermula dengan kehadiran pertamanya di UNGA, sebagai Perdana Menteri, pada tahun 1982. Itu jugalah kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi Amerika.
Ucapan beliau pada tahun ini membuatkan kami, wartawan Malaysia, terpinga-pinga mendengar hujah beliau mengenai isu-isu yang pada pandangan kami tidak kena mengena dengan Malaysia.
Satu isu yang saya dapati mengejutkan yang beliau bangkitkan pada sesi sulung beliau di PBB itu ialah gesaan agar benua beku Antartika dijadikan warisan sejagat dan bebas daripada eksploitasi oleh mana-mana negara.
Saya bertanya kepada Menteri Luar ketika itu, Almarhum Tun Muhammad Ghazali Shafie, mengapa Perdana Menteri sebuah negara tropika peduli kepada isu benua beku?
Kena Tengking
Seperti biasa, Ghazali atau lebih terkenal dengan jolokan “King Ghaz” tidak akan menjawab sebelum “berkhutbah” memperkecilkan pengetahuan wartawan Malaysia.
Malah beliau pernah menengking saya di hadapan puluhan para pembesar, termasuk Dr Mahathir, di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada tahun 1981 kerana bertanya soalan kepadanya secara mengejut.
Sekadar nasihat. Wartawan muda hari ini harus berani dan sanggup dimaki hamun jika mereka mahu menjadi wartawan tulen bukan sekadar pencatat dan pelapor. Pernah sekali saya diperintah keluar dari pejabat Permodalan Nasional Berhad (PNB) oleh bekas Pengerusinya, Almarhum Tun Ismail Ali. Masa itu ibu pejabat PNB adalah di Bangunan MIDF.
Ghazali menjelaskan bahawa Dr Mahathir melihat isu Antartika dan Persidangan Undang-undang laut (Law of the Sea Conference) sebagai amat kritikal kepada kedudukan Malaysia sebagai negara persiaran pantai (litoral state).
Apa yang Dr Mahathir bangkitkan dan dijelaskan oleh Ghazali itu akhirnya menjadi kenyataan dan amat menguntungkan Malaysia. Kini, di bawah Perjanjian Undang-undang Laut, kita mempunyai hak ke atas khazanah laut di kawan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ).
EEZ mencakupi kawasan hingga 200 batu nautika dari pantai sesebuah negara. Hasil pelaksanaan perjanjian itulah kita kini memiliki banyak telaga minyak dan gas jauh dari pantai kita di Laut China Selatan.
 Pelantar minyak Petronas di Laut China SelatanDemikianlah pandangan jauh dan terperinci Dr Mahathir mengenai hal-hal dalam negara dan antarabangsa yang mempunyai kesan kepada kehidupan rakyat jelata.
Bagi beliau, lawatan ke PBB setahun sekali atau ke mana-mana juga negara bukanlah sekadar menerima jemputan – jauh sekali untuk berfoya-foya – tetapi adalah untuk mengibarkan panji-panji negara dan mendapatkan faedah terbaik untuk Malaysia dan penduduknya.
Hatta dalam kunjungan ke PBB kali ini pun – dalam usia lanjut – beliau masih berbahas dengan kakitangan beliau cara paling murah untuk pergi-balik New York.
Beliau mahu guna penerbangan komersial kerana lebih murah. Tetapi memikirkan perjalanan yang sangat jauh – lebih daripada 15,000 kilometer dan mengambil masa kira-kira 23 jam sehala – beliau akhirnya bersetuju menggunakan perkhidmatan jet peribadi.
PBB bukanlah persidangan yang asing kepada beliau. Sejak kunjungan pertama pada tahun 1982, Dr Mahathir telah hadir dan berucap di UNGA sebanyak 11 kali – termasuk kali ini.
Saya rasa beliau adalah antara pemimpin dunia yang paling banyak berucap di Persidangan Agung PBB.
Wartawan Malaysia yang membuat liputan di New York memberitahu saya yang beliau telah diberikan jolokan “the patron saint of politik comeback”.
Maksudnya Dr Mahathir dianggap seperti keramat yang menjadi penaung kepada ahli-ahli politik yang bersara atau disingkirkan tetapi kembali berkuasa.
Apa pun gelaran dan sanjungan yang diberikan kepada beliau, tindakan mutakhir kita bagi menghormati dan menghargai beliau adalah dengan meneruskan perjuangan beliau yang belum selesai.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2018/09/perdana-menteri-di-pbb-mesej-beliau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Perdana Menteri Hingga Pru15 Cadang Setiausaha Politik

Tun Mahathir Perdana Menteri Hingga Pru15 Cadang Setiausaha Politik

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 723 hits
BERSATU bahagian Setiawangsa mahu pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan menjadi perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang Sehubungan itu pada persidangan pertama BERSATU bahagian Setiawangsa semalam mereka memb...
Tidak Mahu Jadi Presiden Atau Perdana Menteri Tapi Bersuara Sebagai Ahli Parlimen

Tidak Mahu Jadi Presiden Atau Perdana Menteri Tapi Bersuara Sebagai Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 332 hits
Suara Tanpa SempadanSHAH ALAM Bukan mahu kembali memegang jawatan Presiden parti atau Perdana Menteri sebaliknya Datuk Seri Najib Razak menegaskan hanya mahu memainkan peranan sebagai Ahli Parlimen Justery itu katanya beliau bertanggungjawa...
Cubaan Sekat Jadi Perdana Menteri Sekadar Tafsiran Media

Cubaan Sekat Jadi Perdana Menteri Sekadar Tafsiran Media

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 256 hits
KUALA LUMPUR Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan terdapat kegiatan melamar Anggota Parlimen UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi menghalang perjalanannya menjadi Perdana Menteri Kelapan sekadar ta...
Presiden Pecat Perdana Menteri

Presiden Pecat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 307 hits
Selasa 30 Oktober 2018 Foto AP SRILANKA Presiden Srilanka Maithripala Sirisena mengatakan dia memecat perdana menterinya kerana ada yang berkomplot untuk membunuhnya Presiden berpidato kepada rakyat Ahad malam membela keputusannya untuk mem...
Perdana Menteri Lebih Berminat Dengan Penggunaan Teknologi Nirtunai Di India Berbanding Dengan Harapan Coin

Perdana Menteri Lebih Berminat Dengan Penggunaan Teknologi Nirtunai Di India Berbanding Dengan Harapan Coin

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 295 hits
Beberapa hari lalu kami ada melaporkan bahawa Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad ingin membentangkan kertas kerja Harapan Coin kepada Bank Negara Malaysia dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kini berada di Singapura untuk lawatan kerj...
Perdana Menteri Sri Lanka Dipecat Atas Dugaan Rencana Pembunuhan Presiden

Perdana Menteri Sri Lanka Dipecat Atas Dugaan Rencana Pembunuhan Presiden

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 287 hits
Sirisena tidak mengungkap nama menteri dan rincian tentang rencana pembunuhan itu Namun dia memastikan klaim itu dapat dipercaya
Dakwaan Urusniaga 1mdb Dengan Perdana Menteri Singapura

Dakwaan Urusniaga 1mdb Dengan Perdana Menteri Singapura

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 407 hits
Jutaan ringgit dana yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad disembunyikan di Hong Kong dan Singapura dakwa editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown Tambahnya perincian mengenai perkara berkenaan dijangka didedahkan tidak la...
Pendapatan Guan Eng Tertinggi Dikalangan Jemaah Menteri Mengatasi Perdana Menteri

Pendapatan Guan Eng Tertinggi Dikalangan Jemaah Menteri Mengatasi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 329 hits
KUALA LUMPUR Menteri Kewangan Lim Guan Eng mencatat pendapatan tertinggi di kalangan ahli parlimen dan pentadbiran kerajaan iaitu berjumlah RM86 464 92 Ia berdasarkan Portal Pengisytiharan harta anggota Parlimen dan pentadbiran kerajaan kep...
Tun Mahathir Tiba Di Singapura Program Tanpa Henti Menanti Perdana Menteri

Tun Mahathir Tiba Di Singapura Program Tanpa Henti Menanti Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 286 hits
12 November 2018 11 32 AM SINGAPURA Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Singapura untuk lawatan rasmi dua hari sebelum menyertai sembilan lagi ketua kerajaan untuk Sidang Kemuncak
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos