Perdana Menteri Catat Pendapatan Bulanan Tertinggi


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencatat pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan menerusi pendedahan dikeluarkan Portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Berdasarkan portal berkenaan, Muhyiddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pagoh itu menerima pendapatan bulanan sebanyak RM93,841.65 dengan jumlah aset melebihi RM10 juta.
Sementara Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berada di tangga kedua dengan pendapatan RM87,877.20 sebulan dan diikuti oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dengan RM85,450 sebulan.
Di tangga keempat pula ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan pendapatan bulanan sebanyak RM84,615.20 sebulan dengan jumlah aset bernilai di antara 5 hingga 8.5 juta dan kelima Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan pendapatan RM69,427.20 sebulan.
Lima lagi anggota pentadbiran kerajaan mencatatkan pendapatan bulanan tertinggi mengikut turutan ke enam hingga ke 10 ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.
Dua lagi ialah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Mohamed@Hashim. Kesemua mereka mencatatkan pendapatan bulanan antara RM64,087.41 hingga RM69,186.46.
Dalam pada itu, berdasarkan tinjauan di portal berkenaan pendapatan anggota pentadbiran kerajaan itu mula direkod dan diterima antara 30 Oktober 2019 hingga 17 Julai lalu.
Selain itu, tiada maklumat pendapatan bulanan diperoleh bagi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Turut tiada dalam senarai adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Sementara itu, SPRM dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, orang ramai boleh mengakses maklumat perisytiharan harta anggota pentadbiran itu menerusi laman web mydeclaration.sprm.gov.my mulai hari ini.
Sehingga kini, SPRM telah menerima dan memaparkan maklumat harta melibatkan 57 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri.
SPRM memaklumkan, pihaknya tidak akan bertanggungjawab terhadap maklumat perisytiharan harta yang diperoleh atau diambil dari mana-mana sumber selain daripada portal berkenaan. Sinar
The post Perdana Menteri catat pendapatan bulanan tertinggi appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/23/perdana-menteri-catat-pendapatan-bulanan-tertinggi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terbongkar Pendapatan Pm Malaysia Lagi Mengejutkan Gaji Perdana Menteri Dari 10 Negara Ini

Terbongkar Pendapatan Pm Malaysia Lagi Mengejutkan Gaji Perdana Menteri Dari 10 Negara Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 768 hits
Ramai tercengang apabila PM Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Yassin mencatat jumlah pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan menerusi maklumat harta di portal MyDeclaration
57 Menteri Isytihar Harta Kepada Sprm Pm Pegang Pendapatan Bulanan Rm93 841 65

57 Menteri Isytihar Harta Kepada Sprm Pm Pegang Pendapatan Bulanan Rm93 841 65

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 1539 hits
Sebelum ini kita ada mendengar bahawa kebanyakan ahli Perikatan Nasional dan menteri termasuk Perdana Menteri telah melakukan mengisytiharkan harta mereka Sekarang kita boleh melihat semua senarai harta ini di Portal Perisytiharan Harta ole...
Video Selepas Pilih Perdana Menteri Umno Bersatu Berantakan

Video Selepas Pilih Perdana Menteri Umno Bersatu Berantakan

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 312 hits
Pemuda UMNO tidak sesekali merelakan maruah parti terus dicabuli buat kali kedua dengan kata nista berupa penghinaan setelah perilaku pengkhianatan ke atas parti ini cuba kami kompromi ujar Asyraf Dalam video pendek itu Abdul Latiff berkata...
Anwar Ibrahim Perdana Menteri Mesti Ada Kesungguhan Keberanian Untuk Menjelaskan Alasan

Anwar Ibrahim Perdana Menteri Mesti Ada Kesungguhan Keberanian Untuk Menjelaskan Alasan

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 207 hits
Ramai yang teruja dengan kepetahan dan kelantangan ketua pembangkang Anwar Ibrahim Saya tidak hairan kerana kata arwah Haji Ikhwan Nasir kpd saya Anwar dilahirkan sebagai pemidato hebat Bagi saya dia luar biasa Sebab itu pesanan Anwar Ibrah...
As Catat Kematian Tertinggi Bulan Ini

As Catat Kematian Tertinggi Bulan Ini

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 214 hits
WASHINGTON Angka kematian di Amerika Syarikat melonjak ke tahap tertinggi dalam tempoh sebulan hari ini dengan hampir 1 600 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam berdasarkan laporan Johns Hopkins University Misi pemilihan semula Presiden ...
Tahniah Mujahid Th Catat Pendapatan Rm1 55 Bilion Setengah Pertama 2020 Amacam Walauns

Tahniah Mujahid Th Catat Pendapatan Rm1 55 Bilion Setengah Pertama 2020 Amacam Walauns

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 281 hits
Tahniah Mujahid TH catat pendapatan RM1 55 bilion setengah pertama 2020Walaupun diserang dan dibuat pelbagai fitnah terhadap menterinya Lembaga Tabung Haji telah berjaya mencatat pendapatan pelaburan sebanyak RM1 55 bilion dalam tempoh sete...
Selangor Ketiga Tertinggi Kadar Pendapatan Isi Rumah

Selangor Ketiga Tertinggi Kadar Pendapatan Isi Rumah

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 339 hits
SHAH ALAM 12 JULAI Selangor mencatatkan kadar pendapatan isi rumah penengah sebanyak RM8 210 ketiga tertinggi selepas Kuala Lumpur dan Putrajaya Labuan pula merekodkan pendapatan isi rumah RM6 726 diikuti Johor Pulau Pinang dan Melaka menur...
Intipati Perutusan Khas Yab Perdana Menteri 20 Julai 2020

Intipati Perutusan Khas Yab Perdana Menteri 20 Julai 2020

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 485 hits
Intipati Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 20 Julai 2020 Berikut dikongsikan Teks Ucapan YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin Perdana Malaysia
Sarawak Catat 10 Kes Baru Penularan Tempatan Tertinggi Di Malaysia Hari Ini

Sarawak Catat 10 Kes Baru Penularan Tempatan Tertinggi Di Malaysia Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 346 hits
Harap orang Sarawak terus berjaga jaga Ibarat Gelombang Kedua 10 Kes Baru Dikesan Di Sarawak Hari Ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini mengumumkan terdapat 10 kes positif baharu yang dikesan di Sarawak hari ini Ini me...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jack Filem Tamil Spy Action Comedy Korang Layan Je

Tema Maal Hijrah 2025 1447h Membangun Ummah Madani

Petua Untuk Menggebukan Kulit Muka

Rahsia Guna Ai Canva Untuk Buat Produk Digital Di Etsy

Pokok Sawi Ayah Dah Boleh Tuai

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines