Percutian 4 Hari Di Hospital Sungai Buloh Part1


Asssalamualaikum... Hai korang...! Ada ke yang jengah rumah alam maya mommy ni? hihi. Lama betul nak amik mood menulis ni. Serius lepas kena kobit ritu, mood teruk sangat swingnya. Semua benda mommy tak nak buat. 


Awalnya, D demam. Memula tu tak syak apa-apa pun, tapi bila esoknya dia bangun cakap sakit tekak, mommy dah mula syak. Tapi, diam je lagi. Lepas tu dia mengadu tak ada deria bau dan rasa. Masa ni mommy terus bagitahu dia kobit kot?? Tapi macam biasa, dia macam tak caya je. 
Start Jumaat D demam. Sabtu mommy pula rasa tak sedap badan. Pening, lemah badan dan malam tu terus demam. Masa ni, mommy dah stress sangat sebab baru amik order untuk stokis. Tapi dah demam. Masa ni rasa useless sangat. Nak cancel order je rasanya.. Semua benda rasa tak kena. 


Mulalah rutin kami sentiasa cek suhu, bp dan oksigen level... Mujur kami dah prepare awal. Sebab mommy rasa kobit ni, macam semua orang kemungkinan boleh kena. Kami pun buat persiapan, sebab bila kita kena, kita takkan tahu. Lebih baik bersedia, paling tidak, yang asas macam ubat demam, termometer, oximeter ubat demam, batuk, selsema kena ada

Hari Ahad dan Isnin tu, kami laki bini memang dok terbaring. 6 jam sekali amik panadol nak bagi reda demam tu. Tapi D makin sihat, cuma demam on off. Mommy pula rasanya Ahad dan Isnin memang demam je, melepek sepanjang hari. Bangun untuk makan, mandi kemudian tidur semula. Tapi tak lena sangat pun... sebab anak kecil yang menyusu badan dan nak kat mommy dia je... huhuhu. Gagah jugak lah bangun nak melayan anak-anak. 
Hari Isnin pula mommy mintak d buat Covid test kt KK puchong ni. Sebab tak ada contact rapat, jadi D buat saliva test je. Terus keluar result positif. HuhuhuBalik je dari buat test, terus kuarantin dalam bilik. 


Esoknya pula, kami 1 rumah pergi buat swab test PCR. Mujur lah sepanjang PKP ni, kami dah memang selalu guna Food Panda, untuk beli makanan dan barangan dapur. Jadi, bila semua orang tak boleh keluar, order jer lah. Dan rezeki kami, petang Isnin tu, Akak ipr dari Bangi datang hantar barangan dapur. Alhamdulillah...

Setiap hari, ayah mommy hantar breakfast... Alhamdulillah dikelilingi orang-org yang baik. Adik beradik selalu hantar makanan, mertua dan ipar pun semua amik berat. Tak lupa juga jiran tetangga. Allah... memang terharu sangat. Walaupun kami tak ada canang sangat masa kami kena kobit tu. Cuma inform dalam group tertentu sahaja. Nak diam saje tak boleh, kena inform mana yang berkenaan. 



Assesment di CAC
Hari Jumaat result swab test kami anak beranak keluar. Semua positf. Masa ni, mommy bersyukur... sebab semua positf. Sebab kalau ada yang negetif, kena duduk tempat lain. Sape pula nak jaga kan? mungkin hari Selasa tu dia masih negetif, 2 hari lepas tu dia dah positif... nanti bawak wabak  ke orang lain pula. 

Lepas tahu result, kami terus ke CAC untu assesment kesihatan. Penyudahkan Harraz kantoi sebab jantung dia laju. Hafidh pula over weight. Dan mommy selaku ibu, kena lah jaga mereka di hospital. Masa dapat tahu doktor inform tu, alahaiiii lemah kaki! Da lah kami ke CAC tu, waktu hampir waktu lunch, lepas tu pula tunggu untuk ke hospital sampai pukul 5 petang macam tu.. Gigil tak payah cakap lah. Mujur ada roti dan air mineral yang CAC sediakan kt situ



Masa pergi u, niat memang nak kuarantin kat rumah je. So, memang tak bawak baju apa pun xde. Sebab semua nampak elok. Mommy pun dah tak demam. Mungkin sebab harraz baru baik demam, tu yang jantung dia laju. Tapi, kami masa tu tak ada simptom pape pun. Senang cite tak prepare mental langsung untuk ke hospital. Bila kena tahan tu, dah tak boleh balik, Harraz pula kena drip. Daddy kena balik amik kami baju 3 beranak. Masa ni, tawakal je lah apa yang dd packing untuk kami. Sempat juga mommy buat list apa kena bawak. Selebihnya redho jelah. 

Semua tak sempat lunch, termasuk dd. Kelam kabut balik dari Shah Alam ke puchong. Minyak kereta habis pun bukan boleh isi... Ada gelang... hahahaha naya pak karim... Mujur dia sempat tukar kereta, amik touch n go lain. ..Dugaan sungguh. Dan syukur juga, masa akak ipar hantar barang dapur, banyak biskut dia beli, sempat lah dd grab sikit untuk kami. Risau weiii lapar xde dapur nak masak.. ihihiih dah biasa, lapar gi dapur kan. Masuk hospital cmner? Risau lauk tak sedap. Tapi, lupoooo deria rasa dengan bau bukan ada pun. Hihihih
Perjalanan ke Hospital
Bila dah masa untuk naik van ke hospital, kepala ni dok fikir... Macam mana nak bawak bag sambil dukong anak? huhhu... Banyak barang kami. 3 orang punyaa barang, pampers lagi. Biasa laki uruskan. Ni, kena urus sendiri... haaa pening!  Tapi kan, mujur... Frontliner tolong... Allahu..mereka baikkkk sangat. Nurse2 yang full ppe tolong tarikkan bag. Hafidh bawak 1 bag dan mommy dukong Harraz, sebab kaki dia kena drip, tak boleh jalan. Pastu semua orang jalan laju2, jenuh gak nak mengejor... 

Ingat naik ambulan, tapi bukan, naik van KKM. Tapi dalam dia macam ambulan gak. Cuma tak ada katil ada seat biasa. Dan ada tong oksigen. Sebab ada patient yg kena on gas. Kebetulan, kami belakang driver... kagum plak tengok dia bawak van ala-ala ambulan tu. Siap bukak siren...pastu pennn...pennn.... orang yang tak mo ketepi.  Mommy ingat, kami akan di hntar ke Pusat kusta terus. Tapi rupanya ke hospital. 

Situasi di Hospital
Mungkin sebab Harraz kecik, dan jantung laju, dorang nak monitor dulu. Mommy pun masa tu dah penat sangat, nak baring, nak lurus kaki... letih sungguh. Sampai Hospital nurse hantar sampai wad. Alhamdulillah... Risau juga kot kena tunggu lagi, dingdong2 lagi... Rupanya semua dah di sediakan. Bilik dah ada, tinggal nak check in je. Mommy dapat wad kanak2 yang khas untuk pesakit kobit. Masa sampai dalam tu, katil semua dah ready. Ada 2 katil biasa, 1 katil baby untuk kami


Zaman wasap kan sekarang ni, sebelum masuk bilik tu, nurse minta no hp siap2. Masuk je bilik duduk kejap, terus dapat wasap dari ward tu... hahahha moden betul. Kena self check in tau gaisss... scan QR Code, isi form hospital online. Agak stress lah masa tu, sebabnya badan dah terlalu penat. Tapi tak boleh rest... Anak-anak kena urus, kena keluarkan baju, sabun untuk Hafidh mandi. Hari pertama, dia mana tahu apa pun. Bila settle Hafidh, kena urus harraz pula, dalam masa yang sama kena settlekan check in hospital, bateri hp pula tak bagi kerja sama. Dengan keadaan Harraz yang merengek sakit kaki sebab drip lagi... Allah... dugaan sungguh, memang nak nangis je. Tertanya juga kenapa lah kami kena warded?? Duduk rumah je kan senang... 

Lepas settle semua benda, anak-anak dah mandi dan rehat, dapat makanan, baru lah lega.. Malam tu, Nurse mauk dan cek demam, tekanan darah dan oksigen level semua pesakit. Masa tu Harraz still demam cuma tak terlalu tinggi. Mommy plak mungkin terlalu penat, hampir demam 37.4 suhu masa tu. Hafidh dia memang baik je sepanjang percutian tu... alhamdulillah... 


Sebelum nak tidur tu, ada Doktor Call, soal macam-macam pasal anak-anak. Kelahiran dorang, berat masa lahir, ada kompilasi tak, pernah warded tak?Semua kena soal dan ingat... Mujur lah ingatan mommy ok masa kena kobit masa tu. Tak lama kemudian ada Doktor lain masuk, masa tu nak lena dah. Spoil betul... Tanya soalan sama juga.. Lepas Doktor tu keluar, terus lena. Memang tak sempat nak berborak dengan ibu2 lain. Masing-masing sibuk layan anak yang tak sihat. Kita pun faham perasaan dorang. 
Hari ke2 pula, rutin biasa... Kejut Hafidh bangun solat subur, kebetulan mommy ABC, memang tak dapat nak solat dan mengaji, sempat minta dd bawakan buku Al-Mathurat je, dalam tu ada zikir dan doa yang boleh kita baca walaupun cuti. Lepas subur tu, minta Hafidh mandi pagi-pagi, tak nak biasa kan dia mandi lewat walaupun tak ada aktiviti yang boleh buat dalam tu. 


Sarapan pagi, lunch, hi-tea dan dinner semua sedap.. Hafidh boleh lah makan tanpa merungut. Walaupun mommy tak ada deria rasa, tapi semua boleh telan. Harraz je kurang makan masa tu. Dan perangai dia nak makan sendiri. Dah lah makan bersepah, ingat kat rumah ke senang nak kemas... huhhuhu cleaner masuk sehari sekali je..Kalau tong sampah penuh, tunggu je lah dia masuk nak buang. Semua dalam bilik tu memang tak boleh keluar. Nak ubat tau baju hospital, wasap je nurse nanti dorang akan letak kat meja  depan pintu ward kami. Bila dorang dah tak ada baru kami buka pintu untuk amik barang yang di hantar. 

Begitulah kami 4 hari kat ward Hospital Sg. Buloh. Bosan, hari-hari fikir bila nak balik. Sampai katil sebelah berganti pesakit. TV tak ada, mainan untuk anak tak ada. Mujur juga minta Dd bawakan HP Hafidh, sebab takut dia bosan, takut juga terpisah dengan Hafidh, pape boleh call. Tu kena bagi HP. Hafidh selain main Hp,  dia lah melayan adik, kadang tu melayan anak-anak lain kat situ, sebab dia lah yang paling besar dalam ward tu. Harraz drip kat kaki dah cabut, memang melasak lah dia, panjat sana sini, memang letih melayan dia. Ward kami tu, ada kipas je, lepas tu langsir tak ada mng cahaya matahari masuk terus. Panas sangat tu tak lah. Tapi syukur, stiap katil mereka sediakan kipas berdiri. 

Ada 3 ibu lain dalam tu, termasuk mommy. Kami sempat lah borak-borak, nak hilangkan bosan, saling bantu tengok anak kalau ibu pergi mandi. Yang bestnya, boleh order FoodPanda tau. ihihihh Bahagia. Dd pulak bagi green light guna kad dia. Wahhh bahagia order jajan kat panda mart. Hari ke2 kat sana, adik mommy hantar makanan, jajan untuk kami guna grab, seronok Hafidh dapat makanan. Hari ke3 pula mommy order panda mart nak beli sabun basuh baju, tp tak ada yang kecik, beli je lah jajan lagi... hahahah bukan yang pelik2 pun, beli coklat, roti, biskut kopi 3 in 1 haaa... itu jer, tapi dah cukup seronok dah. Makanan memang tak order, sayang makanan hospital terbuang nanti. 


Itu jer lah aktiviti kami di Hospital Sungai Buloh. Makan, tidur berborak. Mujur data hp unlimited weii layan korea jelah kerja mommy. Memang cuba untuk tidak stress. Tak nak fikir kerja, business dan masalah. Semua letak jauh-jauh. Kalau boleh FB dan Ig pun mommy tak nak tengok. Gangguan mental sangat. 

sambung part 2.... 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mommylin.com/2021/12/percutian-4-hari-di-hospital-sungai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isma Halil Hantar Hantar Nota Buat Peminat Dari Sebalik Tirai Besi Penjara Sungai Buloh

Isma Halil Hantar Hantar Nota Buat Peminat Dari Sebalik Tirai Besi Penjara Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR Penyampai radio dan pengasas Bapakku FM Isma Halil Hamzah meminta peminat terus menyokong dan bersabar berikutan kehilangannya menggalas tugas untuk ke udara menghiburkan pendengar Menerusi nota ringkas dikirim kepada peguamnya...
Baru Keluar Hospital Tapi Sakit Lagi Dah 10 Hari Aliff Syukri Buntu Tak Tahu Anak Sakit Apa

Baru Keluar Hospital Tapi Sakit Lagi Dah 10 Hari Aliff Syukri Buntu Tak Tahu Anak Sakit Apa

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 439 hits
Usahawan dan selebriti media sosial yang terkenal Dato Sri Aliff Syukri meluahkan rasa bimbang apabila memikirkan soal kesihatan anak kelimanya Raudah Arsyiah yang masih lagi belum sembuh Menurut Aliff Syukri hari ini sudah genap hari ke 10...
Atok Src Belom Sampai Homestay Sungai Buloh Lagi

Atok Src Belom Sampai Homestay Sungai Buloh Lagi

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 517 hits
However the court allows Atok SRC to still walk free and not immediately sending him to homestay Sungai Buloh dr tsAtuk SRC lepas atau tak lepas All eyes on the Judges Today s SRC verdict The Court of Appeal has today dismissed Datuk Seri N...
Panduan Lengkap Wisata Ke Dieng 2 Hari 1 Malam Budget 300 Ribuan Udah All In Cocok Buat Weekend

Panduan Lengkap Wisata Ke Dieng 2 Hari 1 Malam Budget 300 Ribuan Udah All In Cocok Buat Weekend

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 241 hits
Buat kamu yang ingin refreshing di akhir pekan ini rute wisata dan informasi biaya liburan ke Dieng
Nasib Banduan Tamat Hukuman Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Nasib Banduan Tamat Hukuman Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 214 hits
Persidangan hari ini diteruskan dengan sambungan sesi perbahasan Rang Undang Undang Perbekalan 2022 di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan dan Kementerian Luar Negeri KUALA LUMPUR Persoalan me
Hiburan 16 Kakitangan Positif Covid 19 Resort Lima Bintang Di Langkawi Tutup 10 Hari

Hiburan 16 Kakitangan Positif Covid 19 Resort Lima Bintang Di Langkawi Tutup 10 Hari

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 231 hits
Sedia maklum penularan kes COVID 19 semakin meningkat terutamanya dikawasan peranginan Kini pusat penginapan lima bintang terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas 16 kes positif COVID 19 dikalangan para kakitangan dikesan Mengambil ken...
Pembayaran Gkp 4 0 Fasa 2 November 2021 Bermula Hari Ini Semak Status Pembayaran

Pembayaran Gkp 4 0 Fasa 2 November 2021 Bermula Hari Ini Semak Status Pembayaran

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 234 hits
Berita baik bagi anda penerima GKP 4 0 pembayaran RM500 fasa 2 akan dibuat pada bulan November ini Ramai pemohon yang sudah menerima bayaran GKP 4 0 fasa 1 pada bulan September lepas Untuk pengetahuan anda pelaksanaan Geran Khas Prihatin at...
Prn Sarawak 12 Hari Tempoh Kempen Segerakan Dos Penggalak

Prn Sarawak 12 Hari Tempoh Kempen Segerakan Dos Penggalak

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 245 hits
KUALA LUMPUR Tempoh berkempen yang ditetapkan selama 12 hari bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke 12 disifatkan sebagai agak lama khususnya ketika negara masih lagi dibelenggu krisis kesihatan Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam UNIMAS Pr...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran