Percutian 3 Hari 2 Malam Lexis Hibiscus Port Dickson
Salam Jumaat semua!
Dah bulan Oktober rupanya, kejap masa berlalu. Awal bulan haritu, 5,6,7 Oktober, berkesempatan untuk bercuti di Lexis Hibiscus, Port Dickson. Percutian 3 hari 2 malam bersama-sama family in-law. First time bercuti dengan family in-law. Hehe. Alhamdulillah seronok dan gembira rasa.
Percutian kali ni, dah masuk kali ketiga ke Lexis Hibiscus, dan setiap kali percutian tu mengukir memori dan kenangan yang berbeza-beza sebab pergi bercuti dengan org yang berbeza. Hehe.
First time jejak kaki ke Lexis Hibiscus, Port Dickson, tahun 2019, masa tu masih single-mingle lagi, berpeluang bawa 1 family ke sana, menginap di 2 bilik Panorama Pool Sea View. Kali kedua ke Lexis Hibiscus, penghujung tahun 2020, masa tu bersama suami, untuk honeymoon, menginap di bilik Premium Pool Sea View. Hihi.
Kali ni dengan family in-law, menginap di 2 bilik Panorama Pool Sea View. First time pergi single, kedua kali pergi honeymoon dan yang ketiga ni babymoon gituuu! Haha. Walaupun pergerakan terbatas sebab dah jadi mak buyung tapi tetap rasa seronok.
Sweet tak mak, pak in-law kita tuuu. Sweet kan? Hihi. Disebabkan check in Lexis Hibiscus pukul 3.00 petang jadi sebelum check in kami berkhelah dulu dekat Pantai Cahaya Negeri. Lama dah tak picnic sebab PKP, PKPD ni semua, jadi diorang ajak gi picnic dulu
Banyak juadah mak mertua masak, ada nasi arab kambing, cucur badak, sandwich dan macam2 lagi. Alhamdulillah kenyang, mak mertua memang rajin bab masak-masak juadah ni, untungle menantu dia. Haha
Ok pukul 2.45 ptg mcm tu, bertolak ke Lexis Hibiscus, dapat bilik sebelah-menyebelah, no. 431 dan 432. Dari lobby ke bilik, naik buggy, part paling seronok naik buggy, berangin gituuu. Best betol. Haha. Macam biasa , tak sah kalau tak bergambar kenangan kan. Jadi inilah family in-law kita. Dalam family suami, jadi kakak sulung gituuu, ramai adik-adik. Dalam family sendiri, kita yg jadi adik. Hihi
Sampai bilik petang tu rehat-rehat dekat bilik je, menikmati pemandangan private pool dan seaview. Angin sepoi-sepoi bahasa. Tenang rasa bila tengok laut. Lepas tu, adik ipar order Evening Cocktail sekali dalam package, jadi menikmati juadah di bilik je petang tu sambil rehat-rehat di tepi pool. Hehe
Malam lepas Isyak, kami keluar untuk dinner, saja nak try makan di port baru iaitu di kedai makan LANUN. Kalau di Tampin ada MULUT, di Port Dickson pula ada LANUN. Baru je buka awal Oktober, pilihan makanan tak banyak mana lagi mungkin sebab baru buka, tapi ramai orang sebab ada Warung Salai di situ, ada ikan bakar, seafood, shell out dan sebagainya
Kami order char kuey teow, western chicken chop, sate, otak-otak dan sebagainya. Harga biasa-biasa saja. Style ala-ala gerai banyak dalam kontena tu and order dekat mereka lepastu nanti mereka hantar makanan. Macam style kedai Gedabucks di Seremban jugalah
Masa tu suami tak order apa-apa sebab dia kata tak ada apa yang menarik dan kena dengan selera dia. Balik dari situ, pergi drive-thru Mcdonalds pulak untuk beli makanan dia. Haha. Ok habis 1 hari di Port Dickson, malam tu balik terus tidur. Hehe
Hari kedua, pagi-pagi tu pergi breakfast di Roselle Cafe dia dekat lobby. Breakfast pun included dalam package, pergi pukul 8.00 pg, breakfast dia style buffet. Pilihan makanan tak banyak sangat macam first time datang ke Lexis Hibiscus dulu, mungkin sebab zaman Covid-19 ni agaknya
Menu dia nasi lemak, bihun goreng, laksa goreng, mee kari, bihun sup, cereal2, roti bakar, sosej, dessert, buah2, air panas seperti teh, kopi, air sejuk ada air epal, oren dan coklat. Not bad. Rendang ayam dia sedap, dessert pun sedap. Seronoklah mak buyung makan masa tu. Hihi
Lepas breakfast tu, kami adik-beradik berjalan ke pantai dia, Hibiscus Walk. Walaupun masa tu dah panas terik tapi gigih juga sebab nak cari buaian dia. Hihi
Lepas dah berpanas terik, kami pun balik bilik untuk aktiviti berendam dalam pool pulak. Berpeluh-peluh berjalan gi pantai dia tu jadi balik bilik terus semua berendam. Mak buyung hanya main cepuh-cepuh kaki je. Takot nak mandi pool berendam. Malang tak berbau kan. Jadi kita main tepi-tepi je. Hehe
Dah puas mandi pool, perut pun dah lapar balik, jadi tengah hari kami keluar lunch, makan di Gerai Rezeky. Bermacam juadah lauk-pauk tersedia, memang kalau gi Port Dickson makan dekat sini je sebab banyak pilihan lauk dia
Lepas makan tu, adik-adik ajak gi X-park pulak main Go Kart. Jadi aktiviti hari kedua di X-Park, main game di situ. Suami dan adik-adik lelaki, semua berempat, ambil combo game, main kereta Go Kart, Archery dan juga Paintball. Kita mak buyung duduk jelah tengok diorang main. Hihi
Ok petang balik hotel semula, jalan-jalan dekat hotel je, sebab tak larat berjalan jauh dah, cuaca panas juga masa tu. Adik-adik ajak tengok sunset dekat pantai pun tak ikut, diorang je pegi, kita tengok sunset dengan menikmati pemandangan dekat hotel jelah. Hehe
Dinner malam tu, kirim je dekat adik-adik suruh beli sebab tak larat nak keluar dah. Makan nasi goreng pattaya. Hehe. Ok jadi tulah aktiviti di hari kedua serba sedikit. Di Lexis Hibiscus boleh juga sewa basikal, setengah jam RM20. Aktiviti lain macam takda sebab Covid-19 ni, kalau tak, di Lexis Hibiscus ada Spa, Gymnasium, Karaoke dan macam2 lagi
Keesokan pagi pula, hari ketiga, hari terakhir di Lexis Hibiscus, menikmati pemandangan sunrise pula dari bilik sebelum pergi breakfast. Cantik sangat kejadian Tuhan. Suka sangat tengok sunrise, sunset ni.
SubhanAllah, cantik ya amat kan! Tak pernah muak tengok kejadian Tuhan ni. Cantik sangat. Ok hari last ni berendam dalam pool sebelum balik dan sesi mengambil gambar kenangan lah apa lagi. Hehe
Ok please excuse my acah-acah model pose. Haha. Nasib baiklah suami rajin melayan kerenah isterinya ni bergambar. Kasi chance lah mak buyung nak jadi model gituuu! Dah lama tak OOTD taw. Haha
Gambar-gambar ni semua akan jadi kenangan untuk kita juga di masa akan datang. Betul tak? So tak salah lah nak bergambar merakam detik-detik dan memori indah untuk tatapan di hari tua kelak kan. Hehe
Kami check out dari hotel pukul 12.00 tengah hari. Masa nak balik naik buggy nak ke lobby tu, driver bawak kami bergambar di bilik yg paling mahal sekali dekat Lexis Hibiscus, Port Dickson tu iaitu Presidential Suite. Khabarnya RM6k + untuk 1 malam ok. Kalau ada rezeki lebih, nak buat family day ke apa, korang bolehlah sewa bilik ni ya. Haha
Jadi, itulah serba sedikit cerita mengenai percutian 3 hari 2 malam di Lexis Hibiscus, Port Dickson bersama-sama family in-law. 3 kali ke Lexis Hibiscus, Port Dickson ni. So much love for this place. So much memories and moments created here with all people that I love! Sampai jumpa lagi!
Terima kasih family in-law sebab bawak menantu bercuti sekali. Seronok, gembira mak buyung dapat main tepi private pool lagi. Hehe. Ada rezeki, nanti bawa baby pulak datang sini, walaupun masa dalam perut dah merasa datang sini. Hihi
Oklah, itu je gambar serba sedikit yg ada dalam phone ni. Banyak post gambar dan video dekat IG story je masa hari kejadian. Hehe. Ok itu je cerita bulan Oktober kita setakat ni. Sorry sebab post ni panjang sikit, sebab malas nak buat Part 1,2,3 so kita gabung je cerita 3 hari dalam 1 post ya. Terima kasih sudi baca
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://yea-slmn.blogspot.com/2021/10/percutian-3-hari-2-malam-lexis-hibiscus.html