Percubaan Spm 2019 Perlis Rumusan


Soalan 1  :  Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan sungai dalam kehidupan dan tanggungjawab masyarakat melestarikan keindahan sungai. Panjangnya  rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

 Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejak bermula tamadun manusia, sungai merupakan nadi kepada kehidupan manusia sejagat.  Sungai merupakan unsur semula jadi ciptaan Tuhan dan khazanah yang banyak memberikan kemaslahatan dan perlu dipelihara supaya sentiasa berkekalan. Namun demikian, perkara yang mengecewakan ialah anugerah Allah itu tidak dijaga, malahan ada pihak yang menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah sehingga menjejaskan kualitiair sungai. Oleh sebab itu, masyarakat hari ini perlu menyedari bahawa sungai tetap memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian baik dari segi sosial, ekonomi  mahupun politik.  
Kepentingan sungai di negara kita merangkumi sejarah sebagai pusat tumpuan perdagangan, sempadan negeri dan negara, serta pembentuk muka bumi.  Sebagai sumber air utama negara, rakyat sewajarnya sedar bahawa sungai membekalkan sumber air kepada manusia untuk kegunaan domestik seperti minuman, memasak dan membasuh walaupun berlaku perubahan dari segi kemodenan serta kecanggihan teknologi pada setiap peringkat ketamadunan. Pada era 60-an,  sungai penting sebagai sumber tenaga hidro kepada penduduk dan kilang-kilang di kawasan perindustrian. Hal ini dikatakan demikian kerana jumlah hujan yang tinggi dan turun sepanjang tahun dapat membekalkan sumber air mencukupi untuk menghasilkan sumber hidroelektrik.
Pada masa yang sama, sungai-sungai juga amat penting kerana dapat menghasilkan tanah yang subur apabila berlakunya banjir.  Aliran sungai di kawasan hilir kebiasaannya membawa bahan-bahan mendapan yang kaya dengan nutrien sebelum dimendapkan di kawasan lembah sungai. Jika kita menoleh ke belakang, kita akan mendapati bahawa pusat tamadun selalunya tertumpu di kawasan lembah sungai, justeru sungai berfungsi sebagai sistem pengangkutan dan sistem perhubungan semula jadi manusia. Ketiadaan sistem pengangkutan  jalan raya, jalan kereta api dan pengangkutan udara menyebabkan fungsi sungai sebagai sistem pengangkutan manusia menjadi begitu dominan bak peribahasa tiada rotan akar pun berguna. 
 Jika dilihat dari sudut yang lain, sungai juga merupakan habitat haiwan akuatik yang membekalkan sumber protein yang cukup kepada manusia seperti udang, ikan dan ketam. Keindahan sungai yang dilengkapi dengan air terjun dan jeram yang berarus deras juga menjadi tumpuan para pelancong untuk beriadah dan berekreasi.  Sungai-sungai yang dijaga dengan cantik dan bersih selalunya menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun pelancong asing. Sungai turut mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan kepada manusia kerana sungai memberikan rezeki kepada mereka yang menetap berhampirannya dengan melakukan aktiviti menangkap hasil sungai. 
 Sememangnya mengurus sumber air sudah semakin kritikal untuk memastikan sumber air itu bebas daripada sebarang pencemaran. Kerajaan sentiasa memberikan perhatian khusus terhadap isu pencemaran sungai kerana pencemaran sungai akan merugikan negara termasuk peningkatan kos rawatan bekalan air domestik dan industri serta kepupusan flora dan fauna di samping menggugat ekosistem dan sumber makanan.  Isu alam sekitar khususnya penjagaan kebersihan dan kualiti air sungai merupakan cabaran alam sekitar yang perlu ditangani oleh generasi kini dan akan datang. Usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar memerlukan komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak agar dapat dilaksanakan secara berterusan demi kesejahteraan hidup generasi akan datang.
                                                       Dipetik dan diubah suai daripada  ‘Melestarikan Keindahan Sungai’ oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Mei 2017



Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)            Berikan maksud rangkai katamenjejaskan kualiti.                    [2 markah]

(ii)       Kerajaan mengambil perhatian khusus terhadap isu pencemaran sungai kerana mendatangkan pelbagai implikasi buruk. 
          Apakah kesan utama pencemaran sungai di negara kita?              [3 markah]

(iii)         Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil beberapa inisiatif untuk menangani masalah pencemaran sungai. 
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang berkesan untuk menangani
           pencemaran sungai?                                                [4 markah]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2019/09/percubaan-spm-2019-perlis-rumusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percubaan Spm 2019 Perlis Rumusan Skema

Percubaan Spm 2019 Perlis Rumusan Skema

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 687 hits
PERLIS Pendahuluan Petikan membincangkan kebaikan faedah kelebihan manfaat sungai dalam kehidupan manusia masyarakat rakyat 2 Rumusan membincangkan kebaikan faedah kelebihan manfaat sungai dalam kehidupan dan tanggungjawab masyarakat melest...
Percubaan Spm 2019 Pulau Pinang Rumusan Skema

Percubaan Spm 2019 Pulau Pinang Rumusan Skema

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 1435 hits
Pendahuluan Petikan membincangkan sifat sifat kriteria kriteria tanda tanda karakter anak autisme dalam kalangan masyarakat 2 Petikan membincangkan sifat sifat kriteria kriteria tanda tanda karakter anak autisme dan punca punca berlakunya a...
Percubaan Spm 2019 Pulau Pinang Rumusan

Percubaan Spm 2019 Pulau Pinang Rumusan

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 863 hits
Soalan 1 Rumusan 30 markah Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang ciri ciri anak autisme dan usaha ibu bapa untuk membantu perkembangan mereka Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan H...
Percubaan Spm 2019 Johor Rumusan

Percubaan Spm 2019 Johor Rumusan

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 436 hits
Soalan 1 Rumusan 30 markah Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan kelebihan memiliki aura positif dan cara cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebi...
Koleksi Soalan Percubaan Bahasa Arab Spm 2018 Dan 2019

Koleksi Soalan Percubaan Bahasa Arab Spm 2018 Dan 2019

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 651 hits
Koleksi soalan percubaan Bahasa Arab SPM seluruh negeri Berikut adalah koleksi kertas soalan percubaan berserta skema jawapan untuk mata pelajaran Bahasa Arab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dari semua negeri bagi tahun 2018 dan 2019 S...
5269 Perlis Mufti Prioritising Muslim Made Goods Will Boost Community S Traders Malay Mail 10 09 2019

5269 Perlis Mufti Prioritising Muslim Made Goods Will Boost Community S Traders Malay Mail 10 09 2019

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Sept 10 Prioritising the purchase of Muslim produced goods will help improve the economic status of Muslim entrepreneurs in the country said Perlis Mufti Datuk Mohd Asri Zainul Abidin He said by encouraging Muslims to buy Musli...
Oppo Menyelaraskan Produknya Kepada 3 Siri Iaitu Reno Find Dan A Untuk Tahun 2019

Oppo Menyelaraskan Produknya Kepada 3 Siri Iaitu Reno Find Dan A Untuk Tahun 2019

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 274 hits
Reading Time 1 minuteOPPO telah mengumumkan untuk menyelaraskan produknya menjadi 3 model utama iaitu Reno Find dan A Series Ia dilihat mampu meningkatkan lagi penjualan peranti syarikat berkenaan kerana setiap model mempunyai target market...
Kursus Memanah Tradisional Pedetazawra 29 September 2019

Kursus Memanah Tradisional Pedetazawra 29 September 2019

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 481 hits
Pendaftaran 29 September kini dibuka Kursus Memanah Tradisional Kupasan 8 Modul Pembelajaran PEDETAZawra Pensijilan Mubtadik Awwal Tarikh 29hb September 2019 Masa 10 00a m 8 30p m Tempat Traditional
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai