Percepat Kelulusan I Sinar Kemaskini Sistem Elak Kekeliruan Dr Asyraf Wajdi Dusuki



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digesa mempercepatkan proses kelulusan dan pengeluaran i-Sinar serta mengemaskini sistem permohonan susulan keputusan pemansuhan semua syaratnya sebelum ini.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya mendapat banyak aduan dan maklum balas pemohon berkaitan i-Sinar dengan sebahagiannya masih keliru dengan keputusan baharu itu.
“Masih terdapat butiran yang perlu memuatnaik dokumen sokongan, maklumat pengurangan pendapatan, dokumen sokongan untuk pertimbangan bagi meneruskan proses permohonan baharu i-Sinar tanpa syarat ini.
“KWSP perlu mempercepatkan kemaskini sistem permohonan i-Sinar dengan memansuhkan butiran dokumen sokongan ini. Ternyata rakyat masih keliru sama ada syarat pengeluaran i-Sinar sudah dimansuh atau belum,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.  
Beliau berkata, tarikh kelulusan permohonan pada 8 Mac juga menimbulkan kekecewaan pemohon memandangkan mereka yang dalam Kategori Dua sudah memohon sejak 11 Januari lalu.
“Jika 8 Mac keputusan kelulusan permohonan, bila rakyat akan mula mendapat bayaran pengeluaran i-Sinar ini?. Adakah akan mengambil masa selama sebulan lagi dan ini tidak termasuk proses rayuan permohonan lagi.
“Rakyat tidak dapat lagi menahan tekanan hidup yang dihadapi bagi mendepani wabak COVID-19 ini,” katanya.
Beliau berkata, KWSP atau Kementerian Kewangan perlu segera mengumumkan tarikh penting seperti kelulusan permohonan proses rayuan dan pembayaran yang akan diterima oleh rakyat.
“Dengan ini rakyat akan lebih bersedia dari segi mental dan mengawal aliran tunai kewangan mereka. Mereka tidak mampu lagi bergantung ‘tanpa tali’ oleh KWSP yang selalu ‘flip-flop’ dalam memberikan kenyataan,” katanya.
Katanya, ramai pemohon mengadu ingin menukar jumlah pengeluaran pada kadar maksimum selepas pengumuman rasmi dibuat Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz minggu lalu.
“Bagi yang sudah mendapat pembayaran interim kali pertama, mereka tidak boleh menukar jumlah pengeluaran i-Sinar secara dalam talian, sebaliknya perlu ke kaunter KWSP berdekatan bagi mengisi borang secara manual.
“Namun, dalam situasi pandemik COVID-19 ini, mereka perlu buat temujanji secara dalam talian untuk membuat urusan di kaunter KWSP yang mengambil masa selama sebulan untuk menunggu giliran temujanji,” katanya.
Beliau turut meminta KWSP memberi pilihan kepada ahlinya mengeluarkan maksimum RM10,000 secara ‘one off’ selepas permohonan diluluskan.
“Ramai dalam kalangan mereka mengadu mengalami tekanan hidup hingga terpaksa berhutang untuk meneruskan kelangsungan hidup dan perlu sejumlah wang yang boleh menanggung kehidupan harian keluarga.
“Mereka menunggu berbulan-bulan lamanya untuk kelulusan permohonan i-Sinar ini. Berilah mereka pilihan untuk pengeluaran RM10,000 secara one off untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan wang mereka sendiri,” katanya memaklumkan menerima tidak kurang 400 hingga 500 aduan sehari berkaitan isu i-Sinar.
Media sebelum ini melaporkan, KWSP sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dilaporkan berkata pemansuhan adalah berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas rakyat.-BH

The post Percepat kelulusan i-Sinar, kemaskini sistem elak kekeliruan-Dr Asyraf Wajdi Dusuki. appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/17/percepat-kelulusan-i-sinar-kemaskini-sistem-elak-kekeliruan-dr-asyraf-wajdi-dusuki/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=percepat-kelulusan-i-sinar-kemaskini

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Status Kelulusan I Sinar Kategori 2 Bermula 8 Februari 2021

Semakan Status Kelulusan I Sinar Kategori 2 Bermula 8 Februari 2021

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 466 hits
SEMAKAN STATUS KELULUSAN i SINAR KATEGORI 2 BERMULA 8 FEBRUARI 2021 Kepada ahli yang telah membuat permohonan i Sinar kategori 2 bilakah tarikh semakan status kelulusan i Sinar kategori 2 Bagi i Sinar kategori 2 ramai yang sedang menunggu b...
I Sinar Tanpa Syarat Cara Mohon Kemaskini Semakan Status Permohonan

I Sinar Tanpa Syarat Cara Mohon Kemaskini Semakan Status Permohonan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 592 hits
i SINAR TANPA SYARAT CARA MOHON KEMASKINI SEMAKAN STATUS PERMOHONAN Kepada semua ahli KWSP anda kini boleh mohon pengeluaran i SINAR TANPA SYARAT apakah maksud pengeluaran tanpa syarat MAKSUD PENGELUARAN i SINAR TANPA SYARAT Maksudnya permo...
Sistem Pendidikan Tambah Kalut Dengan Penglibatan Parti Parti Politik Asyraf

Sistem Pendidikan Tambah Kalut Dengan Penglibatan Parti Parti Politik Asyraf

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 224 hits
Asyraf Wajdi Dusuki KUALA LUMPUR Cadangan untuk menubuhkan Majlis Tindakan Pedidikan Kebangsaan dengan melibatkan parti parti politik hanya menambah kekalutan dan haru biru sistem pendidikan negara Justeru Pemuda UMNO bersetuju dengan panda...
5428 I Sinar Ppim Nasihat Orang Ramai Hati Hati Elak Jadi Mangsa Scammer Malaysia Post 20 02 2021

5428 I Sinar Ppim Nasihat Orang Ramai Hati Hati Elak Jadi Mangsa Scammer Malaysia Post 20 02 2021

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 440 hits
PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang mengeluarkan caruman menerusi i Sinar dinasihatkan berhati hati dan memastikan kewangan digunakan sebaik mungkin bagi mengelak menjadi mangsa scammer dan skim cepat kaya Ketua Aktivis Persatuan P...
Zahid Lemah Asyraf Wajdi Pak Turut

Zahid Lemah Asyraf Wajdi Pak Turut

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 180 hits
puteradaily comUMNO makin nazak gara2 kepimpinan Zahid yg lemah Karier politik Zahid makin tenat sejak dia terlibat dgn kes mahkamah tapi sebab tak nak jatuh sorang dia heret sekali dgn parti UMNO Dia jadikan UMNO sebagai platform utk dia s...
Pemohon I Sinar Boleh Semak Keputusan Pagi Ini Kekeliruan Paparan Status Sudah Di Atasi

Pemohon I Sinar Boleh Semak Keputusan Pagi Ini Kekeliruan Paparan Status Sudah Di Atasi

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 234 hits
KUALA LUMPUR Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang memohon skim i Sinar boleh menyemak semula keputusan mereka bermula pagi ini Semakan boleh dilakukan selepas ramai pemohon mengesan berlaku kekeliruan pada paparan status permohonan ...
Kelulusan I Sinar Mulai 8 Mac

Kelulusan I Sinar Mulai 8 Mac

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 245 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengumumkan bahawa ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac ini KWSP dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa kelulusan...
Kelulusan I Sinar Dipermudahkan Mulai 8 Mac 2021 Semua Pencarum Kwsp Layak Memohon

Kelulusan I Sinar Dipermudahkan Mulai 8 Mac 2021 Semua Pencarum Kwsp Layak Memohon

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 524 hits
KELULUSAN i SINAR DIPERMUDAHKAN MULAI 8 MAC 2021 Semua Pencarum KWSP Layak Memohon Berita baik untuk pencarum KWSP bermulai 08 Mac 2021 Kelulusan i SINAR dipermudahkan Bagi yang sudah memohon sebelum ini anda tidak perlu memohon semula Untu...
Nahas Sriwijaya Air Siasatan Kini Tertumpu Pada Sistem Pendikit Automatik

Nahas Sriwijaya Air Siasatan Kini Tertumpu Pada Sistem Pendikit Automatik

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 207 hits
Images KONGSI ARTIKEL JAKARTA Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia menyatakan pada Rabu bahawa siasatan ke atas nahas Sriwijaya Air SJ 182 yang terhempas bulan lalu akan menumpukan kepa
Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel

Banyak Kali Terkena Datang Makan Tapi Tak Bayar Wanita Luah Kecewa

Mat Sabu Menteri Gagal

Ole Ole Dari Dubai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paylater Cara Bijak Atau Perangkap Hutang

Saiz Dan Bentuk Label Pelekat Bagaimana Memilih Yang Sesuai Untuk Produk Anda

Kehadiran Si Panjang Berbelang

Lirik Lagu Angin Manusia Biru

Braces Friendly Delights A Mouthwatering Guide To Enjoying Food With Braces

Memorial Day Feast Celebrate With Delicious Food And Meaningful Remembrance