Percaya Kah Budak Budak Ni Kadang Belit Depa Pun Kuat Almaklum Umno


 
‘Umno silap-silap dia nak Zahid’ tak berasas, kami calon Ismail sebagai PM, kata Shahril


FMT Reporters -February 3, 2022 Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan, berkata Presiden Umno telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak menamakan diri sebagai Perdana Menteri walaupun mengepalai parti terbesar negara itu.PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan membidas rakan sejawatannya dari Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, berhubung kenyataan dibuat untuk memburukkan parti itu, terutama berkaitan sokongan terhadap Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.
Shahril dalam catatan di Facebook meminta Ketua Penerangan Bersatu itu, menyemak semula fakta mengenai dakwaan beliau bahawa bukan Umno yang mencalonkan Ismail untuk jawatan tersebut.
“Umno dan BN (Barisan Nasional) memutuskan untuk mencalonkan Ismail sebagai calon tunggal mereka untuk jawatan tertinggi dalam mesyuarat pada 17 Ogos, tahun lalu.
“Tuduhan beliau ‘Umno silap-silap dia nak Zahid Hamidi’ tidak berasas. Beliau mungkin kurang faham dengan semangat parti yang bermusyawarah sebelum membuat keputusan,” katanya.
Tambah beliau lagi, tidak pernah sesekali Presiden Umno menuntut dicalonkan sebagai Perdana Menteri dan inilah realitinya ketika kerajaan Pakatan Harapan runtuh dan ketika Perdana Menteri bertukar.
“Pada 16 Ogos 2021, Presiden Umno telah mengeluarkan kenyataan beliau tidak pernah terlintas untuk menamakan diri sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai parti terbesar negara.
“Ini jelas sekali lagi bahawa Umno memilih Perdana Menteri sebagai calon selepas mesyuarat memutuskan dengan sebulat suara,” katanya.
Mengenai dakwaan Wan Saiful dengan istilah ‘kluster mahkamah’ yang mendesak supaya pilihan raya negeri (PRN) diadakan, Sharil menegaskan, pemimpin Bersatu pernah mengancam untuk menjatuhkan parti itu ketika kempen PRN Melaka.
“Presiden Bersatu (Muhyiddin), pernah mengugut mahu menekan butang dan boleh menyebabkan kerajaan Johor tumbang. Ketidakstabilan politik berpunca daripada Bersatu di Johor, bukannya ‘kluster mahkamah’ yang mencetuskan PRN.
Semalam, FMT melaporkan kenyataan Wan Saiful dalam ceramah Perikatan Nasional (PN) di Muar, bahawa sokongan partinya terhadap Ismail adalah bersyarat, dan mengingatkan Perdana Menteri bahawa Bersatu yang mencalonkannya untuk jawatan terbabit, selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan.
“Kita perlu ingat Ismail adalah Perdana Menteri hari ini bukan kerana Umno. Umno tidak pernah mencalonkannya.
“Mereka mahu Zahid (Ahmad Zahid Hamidi),” katanya merujuk kepada Presiden Umno.
Wan Saiful juga berkata, ‘kluster mahkamah’ Umno tidak mempedulikan usaha Ismail untuk mentadbir negara dengan jayanya.
Katanya, kumpulan ini mahu menyelamatkan diri dan menumpukan kepada perebutan kuasa serta mahu menjatuhkan semua orang, termasuk mereka yang membantu menaikkan namanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/percaya-kah-budak-budak-ni-kadang-belit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Rega Ayam Kali Bahagi Darab Tolak Orang Umno Kaya Kah Kah Kah Ulang Cerita

Kisah Rega Ayam Kali Bahagi Darab Tolak Orang Umno Kaya Kah Kah Kah Ulang Cerita

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 251 hits
ABDULLLAH MAT ISACopy paste Feb 1 Manipulasi Harga Ayam Kaum Elit Pegang AP Jadi Kaya taukeh AP letak harga ayam RM8366 tan pengimpot lain boleh impot pada harga RM5435 tan Taukeh AP buat untung RM2931 setiap tan 32 syarikat dapat AP impot ...
Budak Umno Dah Buat Kerja

Budak Umno Dah Buat Kerja

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 186 hits
is with UMNO BN Ledang dh start buat kerja Modus operandi Dia ckp dia budak Tg Agas Mnyamar kunun dlu bekas penyokong PH kerja dgn DAP skg dh bertaubat Masuk kampung2 burukkan DAP dan fitnah PH Dia pikir org Melayu kampung2 skg ni bodoh mcm...
Kah Kah Banyak Punya Lebai Ugut Sana Sini Lepas Umno Tak Mau Kawan

Kah Kah Banyak Punya Lebai Ugut Sana Sini Lepas Umno Tak Mau Kawan

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 225 hits
Kalau dikira dengan jari tangan sampai jari kaki aku pun termasuk habis Pun masih tak cukup lagi banyaknya lebai punya gah ugut sana sini Tapi apa yang jadi dari siri PRK dan tiga PRN sebelum ini Semua gengam teloq busuk balik Harap ugutan ...
Kah Kah Sebenarnya Dua Dua Parti Penipu Melayu Pas Kata Umno Umno Kata Pas Dua Dua Hampas

Kah Kah Sebenarnya Dua Dua Parti Penipu Melayu Pas Kata Umno Umno Kata Pas Dua Dua Hampas

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 261 hits
Rundingan kerusi PRN Johor Pas kata Umno menipuJanuary 27 2022 PAS berpendapat sebarang dakwaan daripada parti lain mengenai rundingan pembahagian kerusi melibatkan mereka di Johor adalah suatu pembohongan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Mu...
Dan Cacat Kah Umno Kalau Najib Dan Zahid Undur Diri Dari Umno

Dan Cacat Kah Umno Kalau Najib Dan Zahid Undur Diri Dari Umno

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 373 hits
HENSEM dan macho sangatkah umno bila mereka masih di umno Inilah rumahtangga umno Jangan sampai jadi keluarga 69Apa PENDIRIAN UMNO terhadap Azam Baki MEMPERTAHANKAN kerana sudah sebati Tulisan LALITHA tidaklah seberat pendedahan Rafizi dala...
Kena Hina Sampai Tahap Gaban Pun Nak Melutut Lagi Pada Umno Tak Malu Kah Nak Kuasa Jual Maruah Parti

Kena Hina Sampai Tahap Gaban Pun Nak Melutut Lagi Pada Umno Tak Malu Kah Nak Kuasa Jual Maruah Parti

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 268 hits
JAMZURI ARDANIPresiden Umno kata eloklah Presiden PAS tukar profession dari seorang ahli politik kepada ahli zoologi Sampai macam tu dia hina pun masih dok melutut lagi kat Umno Langsung tak ada harga diri dah
Owhhh Penyatuan Pas Umno Ada Bisikan Syaiton Perpecahan Sekarang Sebab Kewujudan Malaikat Pembohong Kuat Pak Lebai

Owhhh Penyatuan Pas Umno Ada Bisikan Syaiton Perpecahan Sekarang Sebab Kewujudan Malaikat Pembohong Kuat Pak Lebai

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 282 hits
SHAHBUDIN HUSINRupa rupanya penyatuan UMNO dengan Pas selama ini adalah angkara bisikan syaitan tapi apakah perpecahan yang terjadi sekarang disebabkan kewujudan malaikat
Pas Umno Saling Tidak Percaya

Pas Umno Saling Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 254 hits
Oleh FAZLI RADZI February 8 2022Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Kelantan Ustaz Che Ibrahim Mohamed berpendapat Pas dan Umno saling tidak mempercayai Menurutnya rasa curiga antara kedua dua parti dalam kerajaan itu begitu ketara walau...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Gobind Death In Custody Probe Delays Unacceptable

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Bahaya Pinjaman Ah Long Dan Skim Pinjaman Tidak Berlesen


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Antara Suami Dan Orang Tua Mana Yang Didahulukan Oleh Istri Dalam Islam

Hadir Ke Majlis Pertunangan Jeevan Khoghilaah Thevi

Roti Sardin

Hattusa Keajaiban Kota Yang Terukir Dalam Batu Dan Keheningan

Thailand Mengenakan Perintah Berkurung Di Provinsi Kedua Selepas Pertikaian Sempadan

Kerajaan Negeri Melaka Mcmc Meterai Mou Rm310 Juta Perkukuh Infrastruktur Digital Negeri