Perbicaraan Rayuan Pembebasan Muhyiddin Pada 28 Feb 2024



(Malaysiakini) – Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 28 Feb tahun depan untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan dan melepaskan Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta berhubung projek Jana Wibawa.
Tarikh pendengaran itu ditetapkan ketika pengurusan kes hari ini di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron yang menetapkan 28 dan 29 Feb untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan.
Mahkamah turut mengarahkan pihak pendakwaan dan pasukan pembelaan Muhyiddin untuk memfailkan penghujahan masing-masing sebelum 26 Feb 2024.
Pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM232.5 juta untuk Bersatu.
Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu setelah mendapati pertuduhan ke atas bekas pedana menteri itu adalah cacat, tidak berasas dan kabur serta tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah.
Katanya, pertuduhan itu tidak mendedahkan butir-butir yang mencukupi mengenai kesalahan yang didakwa mengikut Akta SPRM 2009. Justeru, tertuduh tidak dapat menyediakan arahan selanjutnya kepada peguam yang mewakilinya.
Pihak pendakwaan kemudian memfailkan notis rayuan pada hari yang sama.
Pengurusan kes hari ini diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron.
Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin sebagai berkata Mahkamah Sesyen telah menetapkan 29 Nov untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan.
Ini bagi mendapatkan perintah penangguhan sementara prosiding bagi tiga lagi pertuduhan dihadapi bekas perdana menteri itu di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) sementara selesai rayuan di Mahkamah Rayuan.
Muhyiddin, 76, didakwa menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu dan presiden Bersatu untuk mendapatkan suapan daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd, dan juga daripada Azman Yusoff, untuk parti itu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Selain empat pertuduhan itu, Muhyiddin juga menghadapi dua pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank Bersatu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral, di Kuala Lumpur, antara 25 Feb dan 16 Julai 2021, dan antara 8 Feb dan 8 Julai 2022.
Dia juga didakwa atas satu pertuduhan menerima dana RM5 juta, daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang merupakan hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang di cawangan Ambank Amcorp Mall di Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, Selangor pada 7 Jan tahun lepas. Dana itu didakwa dikreditkan ke dalam akaun parti di Ambank.
Dalam permohonan untuk perintah penangguhan, pihak pendakwaan berkata terdapat alasan yang kukuh untuk mewajarkan prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.
Pihak pendakwaan berkata jika prosiding di Mahkamah Sesyen dibenar diteruskan, rayuannya (pendakwaan) akan menjadi tidak jelas jika terdapat sebarang permohonan interlokutori difailkan untuk mengetepikan tiga pertuduhan lain yang berkaitan dengan empat pertuduhan itu.
Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa Muhyiddin tidak akan diprejudis sekiranya Mahkamah Sesyen mengekalkan status quo sehingga rayuan pihak pendakwaan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/09/27/perbicaraan-rayuan-pembebasan-muhyiddin-pada-28-feb-2024/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eksport Orkid Ke Dubai 36 Syarikat Terima Pesanan Belian Rm83 9 Juta Bagi Tahun 2024

Eksport Orkid Ke Dubai 36 Syarikat Terima Pesanan Belian Rm83 9 Juta Bagi Tahun 2024

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 156 hits
CYBERJAYA 25 Sept Sejumlah RM83 9 juta nilai pesanan belian bagi tahun 2024 diperoleh untuk 36 syarikat pengeluar orkid projek perintis Ladang Eksport Orkid Dubai dengan setiap syarikat masing masing menerima pesanan bernilai RM2 3 juta Ket...
Video Jokowi Takut Dimarahi Gibran Pindahkan Hari Pers Nasional 2024 Dari Solo Ke Ikn

Video Jokowi Takut Dimarahi Gibran Pindahkan Hari Pers Nasional 2024 Dari Solo Ke Ikn

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 121 hits
Presiden Jokowi menawarkan Peringatan Hari Pers Nasional 2024 dipindahkan dari Solo ke Ibu Kota Negara Nusantara Kalimantan Timur
Pindaan Akta Perangkaan Dijangka Dibentang Di Dewan Rakyat Pada Julai 2024

Pindaan Akta Perangkaan Dijangka Dibentang Di Dewan Rakyat Pada Julai 2024

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 156 hits
PINDAAN Akta Perangkaan 1965 yang disasarkan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada Julai 2024 bertujuan memperkasa landskap statistik negara yang didokong oleh Jabatan Perangkaan Malaysia nbsp Ketua Perangkawan Dr Mohd Uzir Mahidin berkat...
Will 2024 Budget Finally See The End Of Fuel Subsidy

Will 2024 Budget Finally See The End Of Fuel Subsidy

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 189 hits
With the tabling of Budget 2024 fast approaching one of the questions plaguing the government will no doubt be whether it should persist with the deeply entrenched fuel subsidy policy While the subsidy does save the rakyat considerable sums...
Kemasukan Mrsm Ukkm 2024 Semakan Tarikh Format Soalan Tempat Ujian

Kemasukan Mrsm Ukkm 2024 Semakan Tarikh Format Soalan Tempat Ujian

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 306 hits
Kemasukan MRSM UKKM 2024 Semakan Tarikh Format Soalan Tempat Ujian 6 Kepada semua ibu bapa yang prihatin kami ingin berkongsi makluman penting berkaitan dengan kemasukan MRSM UKKM bagi tahun 2024 Ia adalah suatu berita gembira yang perlu di...
Csis Sebut Dua Poros Di Pilpres 2024 Sulit Terwujud Ini Alasannya

Csis Sebut Dua Poros Di Pilpres 2024 Sulit Terwujud Ini Alasannya

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 154 hits
Wacana dua poros sampai saat ini sepertinya masih akan sulit diwujudkan
Jokowi Bertemu Pp Parmusi Di Istana Bahas Rempang Hingga Pemilu 2024

Jokowi Bertemu Pp Parmusi Di Istana Bahas Rempang Hingga Pemilu 2024

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 182 hits
PP Parmusi juga memohon kepada Jokowi agar bisa menyelesaikan persoalan rempang
Belanjawan 2024 Sedia Peruntukan Tangani Isu Kekurangan 20 000 Guru Pensyarah

Belanjawan 2024 Sedia Peruntukan Tangani Isu Kekurangan 20 000 Guru Pensyarah

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 178 hits
Imej hiasanKUALA LUMPUR Kerajaan diharap menyediakan peruntukan khas bagi tujuan lantikan guru secara one off bagi menyelesaikan isu kekurangan 20 000 guru di negara ini Cadangan itu adalah antara lima perkara yang digariskan Pensyarah Pusa...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita