Perbaiki Proses Undi Pos Antara Tumpuan Spr Azmi


PUTRAJAYA, 23 OGOS: Usaha menambah baik proses pengundian pos adalah antara tumpuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika ini bagi mengukuhkan sistem penjalanan pilihan raya negara.
Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom berkata sebuah jawatankuasa khusus diketuai Ahli SPR Datuk Chin Phaik Yoong sedang mengkaji perkara berkenaan terutamanya dalam menyelesaikan pelbagai isu undi pos termasuk hal kertas undi tidak sampai kepada pengundi.
“Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, sistem undi pos menghadapi banyak masalah dengan berlaku peratusan yang sangat tinggi (kertas undi pos) tidak sampai. Ini tidak patut berlaku,” katanya dalam wawancara bersama Bernama di sini.
Azmi berkata SPR mengambil maklum hal berkaitan kertas undi pos yang dibangkitkan beberapa pihak termasuk desakan terbaharu yang mahukan suruhanjaya itu mempertimbangkan cadangan membenarkan pengundi Sabah yang bekerja di Sarawak dan Semenanjung Malaysia untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Negeri Sabah, bulan depan.
Menyentuh hal itu, beliau berkata kemudahan undi pos tidak dapat diberikan kepada pengundi luar kawasan seperti yang berada di Semenanjung Malaysia berikutan sistem sedia ada tidak mampu menampung jumlah yang besar.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom menjawab soalan wartawan pada sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 pada 17 Ogos 2020. Foto BERNAMAKatanya, faktor pertambahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah daripada 60 kepada 73 kerusi juga menyebabkan kemudahan itu sukar dilaksanakan, selain SPR tidak sempat menambah baik sistem undi pos memandangkan ia adalah pilihan raya mengejut.
Azmi berkata SPR memahami kekecewaan pengundi Sabah berhubung perkara berkenaan dan sebagai sebuah agensi yang matang, SPR mendengar setiap kritikan yang dilemparkan dan akan berusaha gigih memperbaiki proses undi pos negara ini.
“Jika kita tak dapat sediakan satu sistem yang sempurna dan selamat, ia lebih berbahaya jika kita melakukan sesuatu dengan tergesa-gesa. Ia mungkin menimbulkan lebih masalah daripada apa yang kita hendak selesaikan.
“Kita ingin menyelesaikan suatu masalah tetapi kita mungkin menyebabkan timbul masalah lain. Jadi, adalah lebih baik berhati-hati daripada menyesal kemudian. Saya faham, tetapi inilah penjelasan saya, kalau rakyat Sabah masih marah, saya minta maaf,” jelasnya.
SPR menetapkan PRN Sabah diadakan pada 26 September, dengan hari pencalonan pada 12 September dan pengundian awal pada 22 September, membabitkan 1.12 juta pemilih berdaftar layak mengundi.
Mengenai sistem pilihan raya negara secara keseluruhannya, Azmi yang juga bekas pensyarah undang-undang Universiti Malaya, berkata terdapat banyak penambahbaikan yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan keyakinan rakyat, antaranya sistem ejen tempat mengundi dan ejen mengira undi (PACA) dan sistem pemerhati.
Menurut Azmi, kehadiran PACA bagi memantau proses pengundian dan pengiraan undi di setiap saluran tidak memungkinkan berlaku penipuan seperti yang dibangkitkan sebelum ini.
“Dahulu ada yang menyatakan muncul kotak baharu dan sebagainya, tetapi kini saya rasa hampir mustahil perkara itu boleh berlaku kerana apa yang penting adalah Borang 14 (penyata pengundian selepas pengiraan undi) yang ditandatangani oleh saksi iaitu PACA dan ketua tempat mengundi.
“Jika ada sistem sebegini dan sistem pemerhati yang datang boleh menyaksikan perkara yang berlaku, ini bermakna proses pengundian itu adalah lebih telus. Kalau kita terbuka dengan apa yang kita lakukan, susah untuk mengundang perkara yang tidak elok berlaku,” katanya yang terlibat dalam pengendalian enam pilihan raya kecil, sejak dilantik sebagai Timbalan Pengerusi SPR pada Februari 2019.
Mengenai pindaan Perlembagaan Persekutuan melibatkan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun dan bertanding sebagai calon serta pendaftaran pengundi secara automatik, Azmi berkata SPR sedang bertungkus-lumus menyediakan sistem yang baik dan selamat bagi melaksanakan pindaan berkenaan.
Katanya sistem pendaftaran secara automatik dijangka tersedia pada pertengahan tahun depan berikutan SPR perlu menyelesaikan pelbagai isu termasuk kesukaran menentukan daerah tempat mengundi kerana alamat yang tidak lengkap, selain bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Penjara.
“Kalau orang itu dalam penjara dia tak boleh mengundi, begitu juga yang dalam hospital mental, kita tak boleh daftarkan. Ini bukan perkara mudah dengan sekadar mengambil (data) dari JPN. Sistem harus dijamin selamat sehingga data yang dipindahkan terpelihara,” jelasnya.
Azmi berkata dengan pelaksanaan sistem pendaftaran pengundi secara automatik, SPR menjangkakan bilangan pemilih berdaftar yang ketika ini berjumlah kira-kira 15 juta akan meningkat kepada lebih 19 juta orang, termasuk kira-kira empat juta rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Katanya, jumlah itu tidak termasuk mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun yang layak mengundi apabila sistem berkenaan siap kelak.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/08/perbaiki-proses-undi-pos-antara-tumpuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Muda Sabah Gesa Spr Semak Semula Keputusan Berkait Undi Pos

Anak Muda Sabah Gesa Spr Semak Semula Keputusan Berkait Undi Pos

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 501 hits
Kempen Undi Sabah berkata kemudahan undi pos dapat mengurangkan pergerakan ketika negara diancam pandemik Covid 19 selain menjimatkan kos pengundi KUALA LUMPUR Sekumpulan anak muda Sabah yang menggerakkan kempen Undi Sabah menyeru Suruhanja...
Jangan Rakam Tular Kertas Undi Pos Spr

Jangan Rakam Tular Kertas Undi Pos Spr

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 323 hits
TANJUNG MALIM Suruhanjaya Pilihan Raya mengingatkan para pengundi pos Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim supaya tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularnya di laman media sosial Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata ind...
Cadangan Luaskan Kawasan Esscom Antara Tumpuan Hari Ini

Cadangan Luaskan Kawasan Esscom Antara Tumpuan Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Cadangan untuk meluas atau melanjutkan perintah berkurung di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ke laut terbuka antara perkara yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini Menurut Aturan Urusan Mesyua...
Situasi Politik Cair Sejak Mac Spr Sedia Kemungkinan Pru15 Azmi Sharom

Situasi Politik Cair Sejak Mac Spr Sedia Kemungkinan Pru15 Azmi Sharom

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 211 hits
MALAYSIAKINI Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Dr Azmi Sharom berkata sejak pertukaran kerajaan pada Mac lalu situasi politik Malaysia cair maka SPR perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan Jadi dari segi kemungkinan PRU rea...
Tiada Undi Pos Kepada Pengundi Sabah Di Sarawak Semenanjung

Tiada Undi Pos Kepada Pengundi Sabah Di Sarawak Semenanjung

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 327 hits
SPR dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya belum bercadang untuk memberi kemudahan undi pos kepada pengundi Sabah yang berada di Sarawak atau semenanjung semasa Pilihan Raya Negeri Sabah nanti Berita TV9
Putrajaya Digesa Kawal Ketat Pelancongan Antara Bandar Zon Hijau

Putrajaya Digesa Kawal Ketat Pelancongan Antara Bandar Zon Hijau

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 244 hits
Pengusaha industri pelancongan menyambut baik cadangan kerajaan membenarkan kemasukan pelancong asing dari bandar zon hijau ke Malaysia PETALING JAYA Industri pelancongan menyambut baik cadangan kerajaan membenarkan rakyat dari bandar zon h...
3 075 Insiden Keselamatan Siber Antara Mac Hingga Julai

3 075 Insiden Keselamatan Siber Antara Mac Hingga Julai

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 289 hits
Ibu bapa dinasihatkan pantau penggunaan internet keluarga PADANG BESAR Ibu bapa perlu mendidik dan menasihati keluarga dalam penggunaan internet agar mereka tidak terjerumus dengan tindakan undang undang kata Timbalan Menteri Komunikasi dan...
Ramai Yang Cakap Ph Menang Pru Lepas Sebab Menipu Antara Yang Disebutkan

Ramai Yang Cakap Ph Menang Pru Lepas Sebab Menipu Antara Yang Disebutkan

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 233 hits
Norshidah Mohd Daud1 Kes 1MDB Smpaikan pak lebai bodo pun bersetuju xde penyelewengan dlm kes 1MDB Sebab pak lebai bodo ni la nmpk mcm org Islam semua bodo xtau nak memerintah Baca laporan akaun pun x reti Dah bodo xtau tu p la tanye org ce...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi