Perayaan Hari Guru Pertama


16 Mei raikan Hari Guru


TAN SRI ZAINON MUNSHI SULAIMAN atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain (kanan) menerima sijil penghargaan dan pingat emas Tokoh Guru Wanita dari Menteri Pelajaran ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 1975 di Kuala Lumpur pada 16 Mei 1975.
MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
16 Mei 2019


Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Mac 1972 memuatkan berita “Perayaan Hari Guru seluruh negara 16 Mei” melaporkan buat pertama kalinya guru-guru di seluruh negara merayakan sambutan Hari Guru pada 16 Mei 1972.

Laporan itu memetik, ketika mengisytiharkan tarikh itu, Kementerian Pelajaran dalam kenyataannya, tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada hari bulan yang sama dalam 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Fe­deral Legislative Council) telah me­nerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran baharu di Malaysia.

Dokumen itu dikenali sebagai Laporan Razak yang menjadi Dasar Pelajar­an Kebangsaan maka tarikh keramat ini besar maknanya kepada institusi pendidik­an dan perguruan negara.


KERATAN akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Mac 1972 bertajuk Perayaan Hari Guru seluruh Negara 16 Mei. Kementerian Pelajaran mengumumkan 16 Mei 1972 sebagai tarikh Sambutan Hari Guru di seluruh negara.
Kementerian Pelajaran dalam kenyataan itu mengingatkan supaya penganjuran sambutan Hari Guru tidak melibatkan urusan pentadbiran sekolah.

Terdapat enam matlamat penganjuran sambutan Hari Guru diadakan ialah: Menegaskan peranan guru dalam usaha pembinaan kebangsaan, pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat; Menarik perhatian ibu bapa, murid-murid dan orang ramai kepada peranan penting guru dalam masyarakat Malaysia; Mewujudkan perasaan perpaduan dan muhibah antara guru-guru.

Selain itu, Meningkatkan taraf guru dalam masyarakat; Memberi satu saluran untuk memajukan kecekapan mereka melalui seminar, persidangan dan akhir sekali, Mengkaji dengan objektifnya peranan guru-guru dalam negara Malaysia dan mengambil langkah-langkah untuk membaiki peranan itu.

Utusan Malaysia turut memuatkan berita utama di muka satu “Jangan Kecam Guru-Guru” bertarikh 16 Mei 1972 me­laporkan, Menteri Pelajaran ketika itu, Tun Hussein Onn dalam ucapannya melalui TV dan Radio sempena Hari Guru, mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa bertimbang rasa terhadap guru-guru yang bersusah payah ‘berikhtiar’ memajukan anak bangsa dan bukan mengecam mereka semata-mata.

Katanya, tugas guru bukan saja berat tetapi guru terpaksa berada dalam kawalan masyarakat yang mempunyai sekatan.

“Saya juga berharap semua pelajar sentiasa mengenang budi dan jasa guru yang sentiasa memberi pelajaran kepada mereka. Pelajar hendaklah sentiasa berusaha untuk membina masyarakat yang teguh dan maju dengan bekerjasama dengan guru-guru mereka setiap masa,”(Utusan Malaysia 16 Mei 1972).

Tokoh Guru, Tan Sri Datuk Dr. Awang Had Salleh dalam buku tulisannya “Warna-warna pengalaman seorang guru” terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. pada 1993 menyatakan, aspirasi paling tinggi yang ada pada dirinya untuk menjadi seorang guru, tidak ada jawatan lebih tinggi daripada itu yang diimpikan oleh mereka bercita-cita untuk menjadi guru pada era 1950-an.

Jawatan lain yang dipegang Melayu pada era itu ialah kerani, rekrut polis dan tentera. Selain daripada itu ialah posmen, kakitangan rendah dalam Jabatan Pertanian, Perhutanan, Bomba atau menjadi buruh kasar bekerja sendiri menjadi petani atau nelayan

Dalam masyarakat Melayu pada waktu itu, menurut Dr. Awang Had, mereka yang berjawatan guru mendapat tempat yang tinggi dalam masyarakat.

Biasanya guru-guru berpakaian kemas berseluar panjang warna putih, berkemeja lengan pendek berwarna putih, berkasut putih dan ada bersongkok dan ada yang tidak.

“Basikal yang guru guna pada ketika itu kebanyakannya jenis Raleigh yang dijaga bersih. Rambut mereka bergunting rapi. Keluar dari sekolah mereka kelihatan pulang ke rumah membimbit buku ringkasan mengajar dengan kemas.

“Jika ke pekan kecil atau ke kampung, perawakan seorang guru jelas berbeza daripada perwatakan orang lain,”katanya.

Dr. Awang Had berkata, guru disegani dan dihormati di majlis kenduri, guru diletakkan di kepala hidang. Dalam kehidupan sehari guru dirujuk bagi mendapatkan nasihat dan pandangan. Di majlis-majlis keagamaan pula, guru mendapat penghormatan yang tinggi. Itulah kehebatan seorang guru atas pengorbanan mendidik anak bangsa.

“Usaha guru memberi kesan positif apabila pelajar tahu untuk menghargai dan berterima kasih kepada guru kerana tanpa guru mereka tidak akan dapat membaca dan mengira,”jelasnya.

utusan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2019/05/perayaan-hari-guru-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Sempena Hari Guru Malaysia 2019 Dengan Video Ini

Ucapan Sempena Hari Guru Malaysia 2019 Dengan Video Ini

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 1163 hits
Hi Blogger Readers Hari ini adalah Sempena Hari Guru Malaysia 16 Mei 2019 Jadi Sempena Hari Guru ini saya sedia dua Video dari youtube saya untuk memberi Ucapan Selamat Hari Guru dengan Nama Cikgu itu sekali melalui komen di youtube setelah...
Ucapan Hari Guru Tun M

Ucapan Hari Guru Tun M

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 484 hits
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia Jika saya dianggap berjaya ia adalah hasil dari didikan baik yang saya terima dari guru guru saya di samping ibu bapa Jika ada kekurangan pada d...
Selamat Hari Guru Cikgu

Selamat Hari Guru Cikgu

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 664 hits
Assalammualaikum Dunia Hari nie adalah 16 Mei dan untuk setiap tahun ianya adalah untuk insan yang teristimewa yang mengajar kita semasa kita dibangku sekolah Selamat Hari Guru Jasa mu dikenang sepanjang hayat Haaaa bayangkan dari tadika sa...
Guru Malaysia Antara Paling Berdedikasi Di Dunia Selamat Hari Guru

Guru Malaysia Antara Paling Berdedikasi Di Dunia Selamat Hari Guru

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 1043 hits
Guru Malaysia antara paling berdedikasi di dunia Selamat Hari Guru Pagi tadi berderu deru mesej whatsapp saya terima Ingatkan crush message hahaha Rupa rupanya ucapan Selamat Hari Guru dari my family Saya pun eh eh Ha ah la harini 16 Mei 20...
Tema Hari Guru Tahun Ini Lebih Bermakna

Tema Hari Guru Tahun Ini Lebih Bermakna

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 345 hits
Tarikh 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh paling bermakna bagi seorang guru dimana hari berkenaan mereka dihargai atas usaha mereka memerah tenaga dan keringat untuk mendidik anak bangsa kearah kejayaan Kebiasaanya guru yang menjadi kesuk...
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Diskusi Pendidikan Naratif Baharu Amalan Pendidikan

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Diskusi Pendidikan Naratif Baharu Amalan Pendidikan

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 888 hits
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Diskusi Pendidikan Naratif Baharu Amalan Pendidikan Dari hotel kami bergerak ke Pusat Konvensyen Setia Spice yang letaknya seberang jalan aje Boleh tahan juga menapak Penat Jangan cerita Baru sampai dari ...
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Penang Here We Come

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Penang Here We Come

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 795 hits
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Penang Here We Come At last aku join jugak team Johor ke Penang Actually Dah lama aku tak join atas faktor kesihatan Last aku turut serta Kuala Lumpur 2014 Dan lepas tu memang aku problem Kali ni lepas 5 ...
Meeting Guru Kali Pertama Bagi Tahun 2018

Meeting Guru Kali Pertama Bagi Tahun 2018

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 380 hits
salam dan selamat sejahtera bukti datang meeting kononnyaaaa semua benda nak ada evidens sekarang ni alhamdulillah dah dapat takwim sekolah dah boleh plan cuti walaupun sebenarnya dalam bulan 12 yg cuti ni tak kemana banyak duduk di rumah s...
Sambutan Hari Guru Sukaneka Pasti As Sakinah

Sambutan Hari Guru Sukaneka Pasti As Sakinah

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 634 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera5 5 2019Sebelum kita sambut ramadhan kita sambut hari guru dulu sehari sebelum pose keesokkannyanAt Pasti As sakinah my hero sekolah kat sini so kita rainhari guru kat sini pagi ning just meraikan guru yang da...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat

Soladariti Mp Kepala Batas Kutip Derma Bantu Bayar Rm825k Kepada Lim Kit Siang Lim Guan Eng

Peraturan Denda Gila Kepada Pekerja Ramen Chain