Peraturan Baru Pkp Akan Jejas Klinik Swasta Kata Mma




Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyambut baik langkah kerajaan melaksanakan lebih banyak sekatan terhadap perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk memerangi Covid-19.
Tetapi, Presidennya, Dr N Ganabaskaran bimbang mengenai impak sekatan baru itu, termasuk pergerakan dan waktu operasi klinik swasta.
“Ia baik untuk menyekat pergerakan kerana kes Covid-19 tidak berkurangan dan kita dapat melihat masih ramai tidak duduk di rumah. Mereka boleh menyebarkan virus itu.
“Tetapi, ini akan menjejaskan klinik swasta. Mereka sudah mengalami kemerosotan kira-kira 70% dalam perniagaan sejak permulaan PKP dan kita bimbang ramai yang terpaksa tutup kedai,” katanya kepada FMT.
Dr N Ganabaskaran
Ganabaskaran berharap kerajaan akan mengkaji langkah untuk membantu doktor klinik swasta yang turut memerangi penularan itu bersama pengamal sektor kesihatan awam.
Katanya, doktor klinik swasta memainkan peranan penting dalam menyediakan penjagaan kesihatan utama kepada rakyat setiap hari dan mereka dibebani beberapa isu lain selama bertahun-tahun, termasuk pembatalan kawal selia yuran.
Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin berkata, mengehadkan waktu operasi dari 8 pagi hingga 8 malam tidak menjadi masalah kerana kebanyakan pasar raya ditutup lebih awal sekarang.
“Pasar raya kami di Subang Jaya ditutup pada 11 malam kerana ia besar dan memenuhi keperluan ramai, tetapi ia tidak menjadi masalah untuk tutup lebih awal.”
Kebimbangan utamanya ialah kenderaan swasta tidak sepatutnya berada di jalan raya selepas 10 malam dan ini akan menjejaskan pekerjanya.
“Jika kita berhenti benarkan orang masuk pada 8 malam, masih ada isu pembeli yang akan keluar dari pasar raya. Ada barisan panjang di kaunter bayaran yang akan mengambil masa sehingga sejam setengah untuk selesai.”
Katanya, pembersihan dan penyimpanan makanan tidak terjual mengambil masa sejam lagi yang bermakna jika mereka perlu tutup pada 8 malam, pekerja hanya boleh pulang kira-kira 10 malam.
“Saya tidak mahu pekerja saya dihentikan polis, jadi kami perlu menutup kedai pada 6 petang supaya semua orang boleh sampai di rumah menjelang 10 malam.”
Ameer turut mengeluh keputusan kerajaan menurunkan harga siling topeng daripada RM2 kepada RM1.50 yang akan menjejaskan peniaga yang mempunyai stok dibeli pada harga RM1.70 hingga RM1.80 ketika harga siling ialah RM2.
Sekarang, katanya, peniaga terpaksa menjual topeng itu pada harga lebih rendah daripada apa yang mereka bayar sebelum ini.
Pengasas bersama DeliverEat, Tan Suan Sear berkata waktu operasi 8 pagi hingga 8 malam untuk khidmat penghantaran makanan tidak menjadi masalah kerana mereka sudah mengubah waktu operasi sebelum ini.
“Di Pulau Pinang, kedai perlu ditutup pada 8 malam dan kita beroperasi di sana, jadi kami akan menyeragamkan operasi kami di KL juga. Kami rasakan ia lebih baik untuk kesihatan dan keselamatan penghantar kami.”
Beliau berkata, syarikatnya sudah menasihatkan pelanggan memesan makanan lebih awal untuk mengelakkan semua orang membuat pesanan pada waktu puncak.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/31/peraturan-baru-pkp-akan-jejas-klinik-swasta-kata-mma/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=peraturan-baru-pkp-akan-jejas-klinik-swasta-kata-mma

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Jejas Pendapatan Anak Seni

Pkp Jejas Pendapatan Anak Seni

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 269 hits
PENGUATKUASAAN Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara turut membawa kesan tersendiri terhadap golongan penggiat seni Mereka yang merangkumi penyanyi pelakon penganjur konsert dan penerbit filem mengakui kini berdepan tempoh yang suka...
Fasa Kedua Pkp Lebih Kritikal Dan Mustahak Kata Ketua Pengarah Kesihatan

Fasa Kedua Pkp Lebih Kritikal Dan Mustahak Kata Ketua Pengarah Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 263 hits
Hari telah masuk hari pertama fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan setelah dua minggu fasa pertama kita jalani Ketua Pengarah Kesihatan berkata tempoh fasa kedua PKP ini lebih kritikal dan mustahak kerana tempoh ini penentu bagi Malaysia ...
Shakilla Cuba Resipi Baru Dari Aiskrim Zaman Kanak Kanak Masa Pkp Low Sugar Low Fat Ameena Pun Suka

Shakilla Cuba Resipi Baru Dari Aiskrim Zaman Kanak Kanak Masa Pkp Low Sugar Low Fat Ameena Pun Suka

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 362 hits
Sebenarnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga tersayang Bagi ibu ibu tentulah acara memasak menjadi rutin setiap hari Ada sahaja hidangan tersedia untuk dihidangkan buat keluarga tersaya...
Ingkar Pkp Takkan Nak Tunggu Seperti Filipina Baru Nak Takut

Ingkar Pkp Takkan Nak Tunggu Seperti Filipina Baru Nak Takut

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 282 hits
Pertimbangkan juga skim Rukun Tetangga bantu pihak berkuasa BANGI Sudah tiba masanya kerajaan bertegas atau lebih berkeras mengetatkan Perintah Kawalan Pergerakan dalam menangani pandemik COVID 19 di negara ini Pensyarah Kanan Sains Politik...
Pkp Kedua Pihak Polis Dalam Mod Keras Kata Menteri Kanan Keselamatan

Pkp Kedua Pihak Polis Dalam Mod Keras Kata Menteri Kanan Keselamatan

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 331 hits
Dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID 19 pihak polis kini dalam mod keras bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa dua yang sedang dilaksanakan kata Menteri Kanan Keselama...
Jangan Layan Pihak Langgar Pkp Macam Penjenayah Kata Ngo

Jangan Layan Pihak Langgar Pkp Macam Penjenayah Kata Ngo

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 285 hits
Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia mengingatkan bahawa mereka yang melanggar perintah kawalan pergerakan tidak wajar dilayan seperti penjenayah Dalam satu kenyataan hari ini NGO itu menyifatkan tindakan polis menangkap individu yang melang...
Kerajaan Perlu Gesa Majikan Pks Hantar Pulang Pekerja Asing Ketika Pkp Kata Mtuc

Kerajaan Perlu Gesa Majikan Pks Hantar Pulang Pekerja Asing Ketika Pkp Kata Mtuc

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 400 hits
Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pengurangan levi untuk pekerja asing sebanyak 25 kepada semua syarikat yang permit pekerjanya tamat pada April hingga Jun 2020 PETALING JAYA Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berkata kerajaan perlu me...
Guna Budi Bicara Hukum Pesalah Ingkar Pkp Kata Ketua Hakim

Guna Budi Bicara Hukum Pesalah Ingkar Pkp Kata Ketua Hakim

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 279 hits
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat PETALING JAYA Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menyeru hakim mahkamah menggunakan budi bicara dalam mengenakan hukuman terhadap pesalah yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan dengan men...
14 Hari Terakhir Pkp Penentu Putuskan Rantaian Covid 19 Kata Noor Hisham

14 Hari Terakhir Pkp Penentu Putuskan Rantaian Covid 19 Kata Noor Hisham

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 411 hits
March 30 2020 8 00 PMKetua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehari sebelum perintah kawalan pergerakan dilaksanakan 10 000 rakyat Malaysia pulang dari luar negara PUTRAJAYA Tempoh dua minggu terakhir perintah kawalan perge...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang