Peraturan Baru Jangan Sampai Menganiaya Rakyat




oleh Ab Jalil Backer
Peraturan jangan aniaya rakyat
DALAM menyambut tahun baru, rakyat Malaysia akan dikenakan dua peraturan kecil baharu yang tampak remeh tetapi agak membebankan dan berunsur penindasan kecil.
Mulai 1 Januari lalu, kerajaan mula menguatkuasakan saman ke atas mereka yang merokok di kedai makan dan lain-lain tempat terbuka.
Malah, di tempat rehat lebuh raya, bukan sahaja kedai makan, keseluruhan kawasan tersebut diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. Tindakan ini seolah-olah memaksa perokok melanggar peraturan dan menerima hakikat akan dikompaun jika tertangkap.
Menurut Kementerian Kesihatan bagi kesalahan pertama perokok akan dikompaun RM500. Bagi kesalahan seterusnya, mereka boleh didakwa di mahkamah dengan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Jumlah denda dan hukuman bagi kesalahan seterusnya bukan sahaja terlalu berat malah tidak masuk akal bagi kesalahan merokok.
Ia hampir sama dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh arak. Walaupun tidak dinafikan merokok kepada kesihatan perokok dan orang sekeliling, peraturan yang dibuat haruslah realistik dan berimbang dengan kesalahan dan tidak menganiaya rakyat.
Oleh kerana kerajaan membenarkan penjualan rokok dan mengutip cukai berbilion ringgit setahun, maka harus ada penyelesaian yang tidak menganiaya perokok.
Minggu lalu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyatakan cadangan supaya semua pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan bilik khas di lokasi yang bersesuaian untuk perokok.
Saya fikir cadangan yang lebih baik dan menjimatkan kos ialah membenarkan para peniaga kafe menyediakan bilik khas untuk perokok dengan syarat ia bilik tertutup yang mempunyai sistem pengudaraan yang mencukupi.
Penggunaan CRS
Ramai yang tidak sedar bahawa selain daripada saman merokok di tempat awam, kerajaan juga sudah mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint Seat: CRS) untuk anak di bawah umur 10 tahun pada kereta persendirian.
Jika sebelum ini penggunaan CRS diwajibkan ke atas bayi dan kanak-kanak kecil, kini ia telah dinaikkan sehingga umur 10 tahun.
Peraturan itu menimbulkan dilema besar kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Jika sebuah keluarga mempunyai tiga hingga empat orang anak di bawah 10 tahun dan berkereta sedan, hampir pasti tiada ruang untuk pemasangannya.
Tidak mungkin ada kereta sedan mampu memuatkan tiga hingga empat kerusi kanak-kanak dalam satu kereta. Itu belum lagi diambil kira kos pemasangan.
Tidak dinafikan bahawa penggunaan CRS merupakan langkah keselamatan tambahan yang boleh mengurangkan risiko kematian kanak-kanak apabila berlaku kemalangan jalan raya.
Isunya bukan tidak sayang anak. Ia soal kemampuan rakyat untuk melaksanakan agak tidak berpatutan. Ingat kata kunci dalam CRS ini ialah keselamatan tambahan, bukannya keselamatan asas (basic) atau utama.
Jika CRS ini merupakan keselamatan utama sudah tentu ia juga perlu diwajibkan ke atas kenderaan awam seperti teksi dan e-hailing.
Malah, kajian yang dijalankan mendapati kerusi khas ini boleh merendahkan risiko kematian sehingga 70 peratus bagi bayi dan 50 peratus bagi kanak-kanak berusia antara satu hingga lima tahun. Jadi mengapa kerajaan hendak membebankan rakyat sehingga anak berumur 10 tahun.
Keselamatan jalan raya yang bersifat tambah nilai ini sepatutnya dilakukan melalui kempen kesedaran dan pelaksanaan sukarela, bukanya melalui ancaman saman dan kompaun.
Ketika menteri bermewah-mewahan dengan tempahan kereta rasmi baharu jenis MPV berjenama Toyota Vellfire, rakyat bawahan menyambut tahun baru 2020 dengan pelbagai peraturan dan saman untuk menambah kantung kerajaan.
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/06/peraturan-baru-jangan-sampai-menganiaya-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peraturan Buat Rakyat Malaysia Di Thailand Jangan Hisap Rokok

Peraturan Buat Rakyat Malaysia Di Thailand Jangan Hisap Rokok

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 618 hits
HATYAI Thailand Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla melancarkan Kempen Kesedaran mengandungi lima peraturan dan undang undang perlu dipatuhi pelancong Malaysia yang ingin memasuki negara jiran itu semalam Kesemua peraturan dan undang undang...
Rakyat Dah Tak Ada Isu Besar Isu Baru

Rakyat Dah Tak Ada Isu Besar Isu Baru

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 407 hits
Yang Ada isu lama lapuk ISU basi ISU diperbesarkan Lokman Adam nak saman AGISU dunia intanasionalKahkahkah Salute Tun Panji belum kibarMusuh sudah muflis Kikikiki
Megawati Jangan Menjadi Politisi Populis Yang Sibuk Obok Obok Emosi Rakyat

Megawati Jangan Menjadi Politisi Populis Yang Sibuk Obok Obok Emosi Rakyat

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 771 hits
Ketua Umum Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan Megawati Soekarnoputri mengingatkan kepada seluruh kadernya untuk tidak menjadi politisi populis yang hanya sibuk memainkan emosi rakyat
Jangan Marah Jika Rakyat Dakwa Kerajaan Berat Sebelah

Jangan Marah Jika Rakyat Dakwa Kerajaan Berat Sebelah

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 574 hits
By 12 January 2020Prof Datuk Dr Teo Kok SeongKUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan didakwa kekurangan kecerdasan emosi dalam menangani isu pemasangan tanglung dan tulisan Jawi Berikutan itu tindakan kerajaan yang bersungguh sungguh memperta...
Jangan Ego Tanyalah Anak Tentang Diri Kita Baru Jadi Yang Terbaik

Jangan Ego Tanyalah Anak Tentang Diri Kita Baru Jadi Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 538 hits
Tidak semestinya kita seorang ibu akan sentiasa betul Ada masanya anak yang masih kecil boleh bantu untuk buat kita mengenali dan menginsafi diri Anak kecil sangat telus dan tidak akan berbohong Sesekali cuba tanyakan pada mereka apa perasa...
Tolong Jangan Beritahu Isteri Saya Tuan Lelaki Berstatus Suami Ditahan Berkhalwat Dengan Janda Di Malam Tahun Baru

Tolong Jangan Beritahu Isteri Saya Tuan Lelaki Berstatus Suami Ditahan Berkhalwat Dengan Janda Di Malam Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 819 hits
Seorang janda anak satu ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah bilik di Pusat Peranginan Air Panas Ulu Legong Baling pagi Rabu Janda berusia 34 tahun itu ditahan dengan lelaki berusia 33 tahun oleh anggota penguat...
Jangan Tengok Anak Orang Lain Lihat Dulu Kelebihan Anak Sendiri Baru Kita Bangga

Jangan Tengok Anak Orang Lain Lihat Dulu Kelebihan Anak Sendiri Baru Kita Bangga

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 426 hits
Biasanya ibu bapa tak nampak kekuatan atau kelebihan lain pada anak kerana apa yang mereka nilai adalah pencapaian dari akademik semata mata Malah masyarakat pun akan membandingkan antara anak dia dan anak orang lain melalui cara yang sama ...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Canyoni A Hidden Gem Of Adventure And Natural Beauty In Albania


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh