Perangai Melayu


 

Allahyarham Tenas Effendy, seorang pencinta dan pengkaji budaya Melayu dari Riau banyak menulis mengenai sejarah dan juga perihal adab, adat, dan sejarah bangsa Melayu. Salah sebuah karya beliau yang berkualiti adalah Syair Nasib Melayu (1990), yang menyuguhkan sejarah orang Melayu, cabaran, dan juga harapan untuk generasi mendatang dalam genre syair.
Akan tetapi, sebagai seorang budayawan dan seniman Melayu yang adil, kita mendapati beliau bukan gila-gila atau buta-buta mengangkat orang Melayu dan menuntut-nuntut ketuanannya. Sebaliknya, jika kita membaca dan menilik Syair Nasib Melayu, kita akan mendapati Pak Tenas berterus-terang mengenai perangai Melayu, menyelar tingkah laku buruk, serta mengungkap rasa tidak senang beliau kepada nasib bangsa yang tidak mahu berubah.
Untuk bukan Melayu pula, Pak Tenas juga dengan ikhlas hati mengharapkan mereka sudi berkongsi nasib dan nasi; yang mana ‘senasib sepenanggungan’ dan ‘sesampan sama berkayuh, sebiduk sama berlayar’.
Dalam Syair Nasib Melayu, Pak Tenas menurunkan pelbagai nasihat untuk dijadikan panduan dan rujukan bangsa. Pertamanya, allahyarham mengungkapkan kepentingan ilmu.
Di bumi Melayu pembangunan pesat
Baik di laut maupun di darat
Banyak peluang boleh didapat
Banyaklah usaha boleh dibuat
Tetapi karena ilmu tak ada
Peluang yang ada terbuang saja
Diisi orang awak menganga
Akhirnya duduk mengurut dada
Di bumi Melayu banyak kesempatan
Untuk menjadi sumber pendapatan
Karena pengetahuan tak ada di badan
Orang lain yang memanfaatkan
Sekarang ilmu menjadi ukuran
Untuk mendapat lapangan pekerjaan
Tidak peduli Melayu ataupun bukan
Siapa mampu dia didahulukan.
Ads by KioskedSebahagian besar ingatan Pak Tenas memang memanjangkan persoalan keilmuan ini. Ia menjadi gagasan sentral Syair Nasib Melayu. Keduanya, Pak Tenas menyanggah sifat malas belajar dan tidak mahu mengaji. Beliau malah memanggil golongan pemalas sebagai bodoh, dan celaka, bahkan bebal.
Di sinilah tempat Melayu jatuh
Karena banyak yang masih bodoh
Peluang yang dekat menjadi jauh
Nasib pun malang celaka tumbuh.
Tentulah Melayu tak semuanya bodoh
Ada juga yang pandai dan tangguh
Apabila mereka bersungguh-sungguh
Tentulah dapat hidup senonoh.
Untuk kelompok yang meromantika sejarah lalu dan asyik membesarkan episod lampau yang telah luput berakhir, Pak Tenas melabelkan mereka sebagai mabuk dan dungu.
Kelemahan lain orang Melayu
Mabuk merindu masa yang lalu
Zaman berubah tak mahu tahu
Akhirnya hidup bebal dan dungu
Jika label ‘malas’ selalu membuatkan Melayu melenting, ketahuilah Pak Tenas, seorang tokoh dan pemuka Melayu sendiri pernah menegur sikap segelintir bangsa yang tidak mahu bersusah ini:
Ads by KioskedSebagian Melayu berkepala besar
Pantang baginya bekerja kasar
Menjadi kuli ia tak gemar
Akhirnya nasib tetap terkapar
Sebagian Melayu kerja memilih
Terasa berat ia beralih
Dalam bersaing pasti tersisih
Akhirnya hidup menanggung pedih
Sebagian Melayu tak mau bersusah
Mencari kerja yang mudah-mudah
Bila bersaing tentulah kalah
Akhirnya hidup tak tentu arah
Sebagian Melayu tak jelas tujuan
Sebentar ke kiri sebentar ke kanan
Bagaikan kapal tiada pedoman
Akhirnya hidup dalam bayangan
Sebagian Melayu kurang teliti
Mencari peluang tiada jeli
Hidup selalu menanti-nanti
Akhirnya melamun petang dan pagi
Sebagian Melayu bergantung ke orang
Berusaha sendiri ianya gamang
Percaya diri amatlah kurang
Lambat laun badan terbuang
Sebagian Melayu amat pemalu
Meminta tolong ianya tabu
Biarlah lapuk dalam menunggu
Daripada meminta ke hilir ke hulu
Sebagian Melayu lemah semangat
Terhadap kerja tulangnya berat
Mencari peluang akalnya tumpat
Akhirnya hidup tetap melarat
Ketiganya, Pak Tenas menegur perangai orang yang suka berdengki dan jatuh menjatuhkan. Pantang dilihat Melayu maju maka mereka akan mencari pasal. Apatah lagi jika orang Melayu itu maju bersama-sama kaum bukan Melayu, lebih-lebih lagi datang iri hati dan membuat khianat. Maka diatur bermacam-macam langkah dan muslihat, sehingga ikut tergamak menunggang agama:
Sebagian Melayu asik melagak
Membanggakan diri serta membengak
Kampung halamannya dibiarkan rusak
Akhirnya hidup makan kerak
Ada Melayu berkelompok-kelompok
Satu dan lain saling berantuk
Caci mencaci buruk memburuk
Akhirnya semua jatuh terpuruk
Sebagian Melayu berebut pusaka
Sesama saudara berburuk sangka
Rahmatnya hilang datang celaka
Hidup pun bagai dalam neraka
Ads by KioskedSebagian Melayu berebut pangkat
Sesama saudara cacat mencacat
Satu naik sepuluh menghembat
Akhirnya semua tidak mendapat
Sebagian Melayu berhati pengecut
Membetulkan kemungkaran ianya takut
Duduk menepi bersungut-sungut
Akhirnya hidup ditelan kabut
Sebagian Melayu tergigit lidah
Karena sudah termakan sumpah
Akal hilang budi terlapah
Akhirnya hidup tiada bermarwah
Sebagian Melayu mabuk dunia
Mengejar pangkat memburu harta
Agama menipis iman pun hampa
Akhirnya hidup hina dan dina
Semua perangai buruk di atas kita hadapi hari-harian, di kejiranan, pejabat, menara gading, dan kediaman atau dalam kerabat sendiri. Dalam hal ini jugalah Pak Tenas menyerang tindak-tanduk orang yang bangga menjadi Melayu tetapi kaki fitnah, dan mencari gaduh dengan bukan Melayu.
Sebagian gila memburukkan orang
Menyebarkan fitnah pagi dan petang
Tumbuhlah cemburu terhadap pendatang
Hidup yang rukun mulai merenggang
Ads by KioskedSebagian pula gila menghasut
Mengadu domba mencari pengikut
Hidup yang damai menjadi kusut
Sesama saudara lecut melecut
Sebagian gila mengambil muka
Supaya mendapat tempat yang basah
Sesama saudara laga melaga
Akhirnya hidup berpecah belah
Keempatnya, selain mengkritik keras perangai yang tidak cendekia, Pak Tenas tidak berhenti dan gigih menyerang juga perangai yang konon cendekiawan tetapi sebetulnya meleset teruk dari segi akhlak, ilmu, dan iman. Dalam hal ini Pak Tenas secara bijak menghamburkan kekesalan beliau terhadap Melayu yang tidak mahu turun padang membantu nasib Melayu; kumpulan pengampu; juga kelompok yang hanya pandai bercakap.
Yang kononnya sarjana tetapi membawa bencana ini menjadi sasaran kemarahan almarhum dalam Syair Nasib Melayu:
Sebenarnya banyak Melayu terkenal
Gelar berderet ilmu pun handal
Tetapi karena takut dicekal
Dirinya selamat rakyat terjual
Banyak pula Melayu yang taat
Mencoba tegak membela umat
Sayang dirinya hidup melarat
Baru melangkah sudah sekarat
Ads by KioskedBanyak Melayu merasa kasihan
Melihat kaumnya dalam kesusahan
Hendak menolong awak kelaparan
Hendak bertindak tak ada kekuatan
Banyak Melayu merasa iba
Menengok nasib rakyat jelata
Hendak menolong awak pun papa
Hendak bertindak tak ada daya
Banyak Melayu bercakap di tepi
Menceritakan nasib Melayu kini
Berbicara lantang tidak berani
Takut tercampak atau digari
Ada Melayu hidup berjaya
Karena mau bermuka dua
Ke mari memuji ke sana memuja
Kaumnya melarat ia tak kena
Ada Melayu yang hidup senang
Karena menyelit di ketiak orang
Kaumnya susah ia tak pandang
Harga dirinya sudah melayang
Ada Melayu berpangkat tinggi
Karena ke atas rajin memuji
Nasib bawahan tidak peduli
Entah hidup entah kan mati
Ads by KioskedLebih menyayat hati ialah ada Melayu yang sedar akan keadaan malang ini tetapi tidak mempunyai wadah untuk membetulkan keadaan lantaran dimusuhi bangsa sendiri.
Banyak pula Melayu semenggah
Membela umat hatinya tabah
Tetapi sayang pangkatnya rendah
Menghadapi atasan tergigit lidah
Pak Tenas pernah menjawat sebagai ketua Majlis Kerapatan Adat dan Lembaga Adat Riau. Beliau mengkaji budaya Melayu lebih 30 tahun sebelum meninggal dunia pada 2015. Almarhum juga menghasilkan lebih 120 buah karya yang disebarluaskan oleh Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu di Riau, Dewan Bahasa dan Pustaka serta pejabat Pemerintah Daerah Riau. Beliau turut mengungkapkan lebih 17 ribu ungkapan dan lebih 10 ribu rangkap pantun. Makanya, Pak Tenas orang yang selayaknya untuk bercakap mengenai perangai orang Melayu.
Selain mengingatkan perihal ilmu dan jangan malas, Pak Tenas juga sangat mementingkan kesatuan. Menurut Pak Tenas sikap loba dan tamak musuh perpaduan.
Sesama bangsa kita berpesan
Janganlah suka memakan teman
Loba dan tamak kita jauhkan
Supaya kekal tali persaudaraan.
Mutiara kata Pak Tenas dalam syair ini sangat patut dibaca ramai. Sebagai pengkaji dan peneliti orang Melayu, nasihat dan teguran ikhlas beliau wajar diperiksa. Syair Nasib Melayu ini wajar diangkat bahkan ia patut dibaca sebagai panduan ‘perangai Melayu’. - FMT
Ads by KioskedArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/06/perangai-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zara Pelacur Melayu

Zara Pelacur Melayu

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 218 hits
Zara Pelacur Melayu Zara Pelacur Melayu Semakin hangat nama ZARA di media sosial di facebook ketika ini Jadi admin pun cari lah apa yang menyebabkan nama Zara ini sangat dicari cari oleh orang ramai terutamanya si lelaki lelaki Zara pelacur...
Umno Hilang 50 Undi Melayu Pada Prn Ramal Kj

Umno Hilang 50 Undi Melayu Pada Prn Ramal Kj

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 192 hits
Khairy Jamaluddin berkata PH dinilai sebagai lebih berguna kepada BN berbanding BN kepada PH PETALING JAYA Khairy Jamaluddin meramalkan Umno akan hilang separuh sokongan undi Melayu pada PRN akan datang jika tidak menghapuskan persepsi buru...
Hadi Melayu Mudah Lupa Bersama Ph

Hadi Melayu Mudah Lupa Bersama Ph

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 230 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 1 2023 5 45 PMPresiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Harapan adalah Melayu yang mudah lupa khususnya dalam kalangan pemimpin Katanya banyak kenyataan golongan itu...
Rakyat M Sia Baik Black Eagle Jadi Dambaan Di Lima 23 Ucapan Bahasa Melayu Komentator Korea Tular

Rakyat M Sia Baik Black Eagle Jadi Dambaan Di Lima 23 Ucapan Bahasa Melayu Komentator Korea Tular

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 247 hits
Seminggu berlangsung Pameran Aeroangkasa Maritim Malaysia 2023 berjaya menarik perhatian seluruh penduduk tempatan ARTIKEL BERKAITAN Kalau nak tahu acara ini disertai 400 individu terdiri daripada menteri pertahanan menteri pengangkutan ser...
Singgah Makan Tengahari Sekejap Di Ayam Gepuk Wak Kardan Kampung Melayu Sungai Buloh Selangor

Singgah Makan Tengahari Sekejap Di Ayam Gepuk Wak Kardan Kampung Melayu Sungai Buloh Selangor

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 402 hits
Ayam Gepuk Wak Kardanrestoran Ayam Gepuk Wak KardanKali ni aku nak cari makan yang rare sikit dari kebiasaan aku Makan yang aku nak try makan ni adalah makanan orang jawa jarang la aku nak makan ni Apa lagi jom terjah restoran Ayam Gepuk Wa...
How Weather Conditions Affect Driving Safety

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Houston Apartment Accident Lawyer Seeking Justice And Compensation For Victims

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Cili Api

Percubaan Muhyiddin Tak Mungkin Tarik Sokongan Bukan Melayu

Mufti Perlis Hati Perasaan Orang Islam Perlu Bersama Pakistan