Perangai Lama Beli Aset Di London Boleh Jejas 8 Juta Pendeposit Th




 Menurut berita dari portal The Edge bertarikh 21 July/ 2022, Lembaga Tabung Haji (LTH) telah membeli hartanah di London bernilai £247.5 juta bersamaan RM1.32 bilion. Vendornya Sinarmas menjual semua sahamnya kepada TH pada nilai £247.5juta.
Transaksi tersebut tidak menyatakan harga belian sebenar (acquisition price) dan hanya memaklumkan nilai hartanah yang dikenali sebagai bangunan Great Minster.
Pihak Menteri perlu telus dalam menyatakan kos sebenar keseluruhan pembelian termasuk yuran brokerage atau komisyen yang dibayar kepada broker yang dilantik.
Masalah menyembunyikan harga belian sebenar telah menimbulkan berbagai tanggapan negatif rakyat khususnya umat Islam terhadap ketelusan pihak TH dan kepentingan pihak tertentu yang mengaut yuran komision yang tidak masuk akal tinggi.
Dalam keadaan kejatuhan nilai ringgit akhir-akhir ini pembelian tersebut boleh membawa risiko kepada pulangan nilai jika berlaku transaksi untuk dijual kemudian hari.
Selain daripada itu melonggokkan pelaburan RM1.32 bilion kepada hanya satu hartanah turut mengundang risiko kepada keutuhan aset TH.
Kenyataan saya ini datang atas kebimbangan apakah pengurusan TH kembali ke “perangai lama” tanpa pengurusan risiko aset yang berkesan dan berhemah sehingga potensi menjejaskan 8 juta pendeposit dan menjejaskan fasa kelestarian TH demi kepentingan umat Islam.
Adalah lebih baik ditumpukan kepada perubahan struktural regim kos subsidi haji bagi menangani kenaikan kos haji daripada menanganinya dengan pembelian aset yang berisiko tinggi di luar negara.
Pengalaman TH sebelum 2018 yang lemah dalam pengurusan risiko aset serta tatakelola kewangan yang tidak telus telah membawa kepada jurang negatif antara aset dan liabilti sebanyak RM4.1bilion yang dicatitkan dalam laporan audit 2017.
Sejak 2015 pemberian hibah atau dividen melanggar seksyen 22(3)(a) yang mensyaratkan aset tidak boleh kurang daripada tanggungan.
Tujuan penstrukturan semula pada tahun 2018 adalah untuk TH mematuhi perundangan yang ditetapkan untuk tujuan pengeluaran Hibah yang menepati undang-undang tubuh TH.
Pihak kami dengan pengurusan yang telus telah berjaya mengimbangi aset dan tanggungan sehingga TH kini kembali ke landasannya yang betul dan mengikut undang-undang.
Yb DS Dr. Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar
Naib Presiden Parti AMANAH
22 July 2022






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/perangai-lama-beli-aset-di-london-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahasiswa Beli Sepasang Kakaktua Raja Rp50 Juta Disita Negara

Mahasiswa Beli Sepasang Kakaktua Raja Rp50 Juta Disita Negara

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 227 hits
BKSDA Jawa Tengah mengevakuasi sepasang burung endemik kakaktua raja dari seorang warga di Semarang Evakuasi dilakukan untuk pengembangbiakan burung yang termasuk satwa dilindungi negara
Ramai Tak Tahu Corong Pam Botol Pam Susu Tak Boleh Guna Lama Lama Ini Jangka Hayat Breast Pump

Ramai Tak Tahu Corong Pam Botol Pam Susu Tak Boleh Guna Lama Lama Ini Jangka Hayat Breast Pump

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 250 hits
Aksesori pam susu sebenarnya ada tempoh hayatnya sendiri Mungkin ramai yang terlepas pandang tentang perkara ini kerana tanggapan kita terhadap pam susu adalah gajet penyusuan yang selagi fizikalnya elok selagi itulah kita akan pakai Kaunse...
Menteri Agama Hang Jangan Buat Diam Tabung Haji Beli Hartanah Rm1 32b Di London

Menteri Agama Hang Jangan Buat Diam Tabung Haji Beli Hartanah Rm1 32b Di London

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 296 hits
KENYATAAN AKHBAR TABUNG HAJI BELI HARTANAH RM1 32B DI LONDON 1 Menurut berita dari portal The Edge bertarikh 21 July 2022 Lembaga Tabung Haji telah membeli hartanah di London bernilai 247 5 juta bersamaan RM1 32 bilion Vendornya Sinarmas me...
Mantap Dato Dah 80 Juta Syamsul Yusof Sasar Rm90 Juta Kutipan Mat Kilau Sekali Yusof Haslam Ded4h Boleh Cecah

Mantap Dato Dah 80 Juta Syamsul Yusof Sasar Rm90 Juta Kutipan Mat Kilau Sekali Yusof Haslam Ded4h Boleh Cecah

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 331 hits
Kuala Terengganu Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam percaya filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mampu mencapai kutipan melebihi RM100 juta apabila tayangannya kini memasuki minggu keempat
Kabel Senilai Ratusan Juta Dicuri Kapolda Riau Minta Anak Buah Jaga Ketat Aset Pln

Kabel Senilai Ratusan Juta Dicuri Kapolda Riau Minta Anak Buah Jaga Ketat Aset Pln

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 176 hits
Belajar dari pengalaman itu Kapolda Riau Irjen Pol Mohammad Iqbal langsung mendatangi Kantor PLN Wilayah Riau dan Kepri di Jalan Tuanku Tambusai Kelurahan Labuh Baru Barat Kota Pekanbaru
Boleh Beli Tapi Nak Buat Untuk Create Memories Gigih Ibu Siapkan Kek Hari Jadi Mesra Bayi

Boleh Beli Tapi Nak Buat Untuk Create Memories Gigih Ibu Siapkan Kek Hari Jadi Mesra Bayi

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 307 hits
Hari jadi anak antara perkara yang ditunggu tunggu setiap ibu Pasti nak meraikan hari bahagia ini Ada yang memilih untuk membeli kek yang sudah siap ada juga yang memilih untuk membuat sendiri kek hari jadi anak Bagi Puan Farah kali ini dia...
Harini Ada Orang Yang Bangga Walaupun Dia Tak Tutup Aurat Tapi Boleh Pergi Umrah Ustaz Kazim Elias

Harini Ada Orang Yang Bangga Walaupun Dia Tak Tutup Aurat Tapi Boleh Pergi Umrah Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 228 hits
Harini Ada Orang Yang Bangga Walaupun Dia Tak Tutup Aurat Tapi Boleh Pergi Umrah Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Senang Jaga Boleh Buka Radio Kuat Kuat Ayda Jebat Syukur Anak Mudah Dijaga Tak Dedahkan Gajet

Senang Jaga Boleh Buka Radio Kuat Kuat Ayda Jebat Syukur Anak Mudah Dijaga Tak Dedahkan Gajet

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 253 hits
Diam tak diam anak kesayangan pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir Ana Nayla kini sudah pun berusia hampir sepuluh bulan Dalam usianya menghampiri usia satu tahun banyak yang dikongsikan Ayda mengenai cinta hatinya itu lebih lebih ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin