Perang Yaman Konflik Antara Sunni Syiah


Yaman menjadi negara terbaharu di Asia Barat yang ditimpa malapetaka selepas Syria dan Iraq terjerumus ke dalam kancah peperangan apabila kumpulan pemberontak Houthi menawan ibu negara itu, Sanaa, pada September 2014.


Krisis di Yaman agak rumit dan melibatkan banyak pihak yang bersengketa termasuk pemberontak Houthi, kerajaan Yaman, al-Qaeda, bekas Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh dan parti al-Islah.

Punca Konflik Yaman

Punca sebenar tercetusnya pergolakan ini masih samar, namun faktor konflik geopolitik antara Arab Saudi dan Iran, persengketaan antara Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta ketidakpuasan hati dalam soal politik dan ekonomi mungkin menyumbang kepada ketidakstabilan di Yaman.

Yaman, sebuah negara yang pernah menjadi antara pusat peradaban tertua di dunia tetapi kini antara negara termiskin dan termundur.

Memahami konflik Yaman

Krisis terbaharu yang tercetus di Yaman menambahkan keadaan tidak stabil Asia Barat ketika Iraq dan Syria masih bergolak.

Selama ini, AS dan kuasa-kuasa Barat lebih memberikan tumpuan memerangi al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) di Yaman berbanding kumpulan Houthi yang mewakili minoriti Syiah di kawasan Yaman Utara.

Namun, bagi kebanyakan rakyat Yaman, kumpulan Houthi merupakan watak yang lebih penting daripada AQAP kerana mampu mengubah landskap politik di negara tersebut.

Asia Barat tidak boleh lari daripada isu pergelutan antara Arab Saudi dan Iran untuk memperluaskan pengaruh geopolitik masing-masing di rantau tersebut, keadaan sama berlaku di Iraq dan Syria.

Arab Saudi dan Iran dikatakan terlibat menghulurkan bantuan kewangan dan senjata kepada pihak yang bersengketa.

Dalam kes di Yaman, Arab Saudi secara jelas menyokong kerajaan Yaman yang sekular dan pro-Amerika Syarikat (AS), manakala Iran pula menyalurkan bantuan kewangan dan senjata kepada pemberontak Houthi kerana mempunyai fahaman yang sama iaitu Syiah.

Peningkatan mendadak kekuatan persenjataan kumpulan Houthi sejak Oktober 2013 menguatkan lagi dakwaan ini.

Namun, Iran menafikan tuduhan ini dan menyatakan sokongan kepada Presiden Yaman, begitu juga dengan pemberontak Houthi yang menafikan tuduhan ini dan tidak mahu meminta pertolongan Iran.

Sekiranya benar Yaman menjadi medan perang proksi antara dua kuasa besar di rantau itu, maka amat malanglah kerana Yaman yang merupakan negara termiskin di dunia Arab bakal menuju kehancuran.

Walaupun miskin, Yaman sebenarnya amat penting bagi rantau tersebut, kerana kedudukannya yang strategik kerana terletak di sebelah selat Bab al-Mandab yang menghubungkan Laut Merah dengan Teluk Aden yang menjadi laluan kapal-kapal tangki minyak.

Arab Saudi dan Mesir bimbang keselamatan di laluan itu terancam sekiranya pejuang Houthi menguasai Yaman.

Sengketa Sunni-Syiah

Selain itu, persengketaan antara Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah mungkin antara faktor tercetusnya perang di Yaman.

Meskipun, Yaman tidak mempunyai sejarah permusuhan antara dua aliran dalam Islam itu, perkembangan semasa di Syria dan Iraq mungkin mempengaruhi hubungan antara Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara itu.

Kehadiran al-Qaeda yang anti Syiah di Yaman sejak 2009 mungkin telah mencetuskan permusuhan antara sekta.

Ramai pemerhati sebelum ini melihat krisis di Yaman lebih kepada pergelutan politik dalaman dan perseteruan antara kabilah, kerana pejuang Houthi tidak mahu kelihatan merampas kuasa tetapi memberontak bagi mendapatkan lebih hak politik dan ekonomi.

Namun, dengan pejuang Houthi kini menguasai hampir keseluruhan negara tersebut, matlamat perjuangan kumpulan pemberontak itu mungkin bukan sekadar mahu menuntut hak politik dan ekonomi, tetapi mahu menggulingkan kerajaan dan melaksanakan undang-undang Syiah seperti yang didakwa.

Apa yang lebih membimbangkan, situasi di negara itu mungkin merebak ke negara-negara Arab lain terutama Arab Saudi yang berjiran dan mempunyai kekeluargaan dengan Yaman.

Siapa Pemberontak Houthi?

Houthi merupakan kumpulan pemberontak yang juga dikenali sebagai Ansarullah yang bermaksud "penolong agama Allah."

Anggota kumpulan ini merupakan kabilah di Yaman yang menjadi pengikut Zaidiyah iaitu mazhab dalam Syiah yang paling mirip dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kumpulan pemberontak ini mendapat namanya daripada Hussein Badreddin Houthi yang mengetuai kebangkitan pertama kumpulan ini pada Jun 2004 dalam usaha untuk memperluaskan kuasa autonomi mereka di wilayah Saada di Yaman Utara.

Wilayah itu diperintah hampir 1,000 tahun oleh kerajaan imamah Syiah Zaidiyah yang mendakwa keturunan Nabi Muhammad SAW.

Pemerintahan imamah itu tumbang selepas berlaku revolusi Yaman pada 1962 dan sejak itu, wilayah tersebut terpinggir dari segi pembangunan dan ekonomi. Kerajaan Yaman juga mempunyai pengaruh yang kurang di kawasan itu.

Permulaan Konflik

Pemberontakan kali pertama kumpulan Houthi pada 2004 tercetus selepas Hussein yang merupakan ketua ulama pembangkang melancarkan perang bagi mempertahankan komuniti Syiah Zaidiyah daripada pencerobohan kerajaan.

Dalam konflik itu, kerajaan Arab Saudi membantu Yaman bagi menjamin kestabilan sempadan supaya pemberontakan itu tidak merebak ke wilayahnya.

AS yang merupakan sekutu Yaman didakwa turut membantu dengan melancarkan 28 serangan udara ke atas pemberontak.

Pada 2010, pemberontak Houthi dan kerajaan Yaman di bawah bekas Presiden, Ali Abdullah mencapai kata sepakat untuk menamatkan pertempuran melalui gencatan senjata.

Syiah Zaidiyah

Hussein dilahirkan di Marran, Saada pada 1956. Bapanya, Badreddin al-Tabatabai merupakan seorang ulama Syiah Zaidiyah.

Pelopor kumpulan Houthi ini bersama keluargnya termasuk bapa dan adiknya, Abdul Malik pernah menetap lama di Qom, Iran.

Dia dikatakan mempunyai hubungan baik dengan pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei dan hubungan mereka dikatakan sama dengan pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah.

Hussein merupakan pengikut Syiah Zaidiyah Jurudiyah yang mirip dengan Syiah Isna Asriyah atau Syiah 12 yang terdapat di Iran.

Sebelum penyatuan Yaman Utara dan Selatan pada 1990, beliau menubuhkan Persatuan Pemuda (Itihad al-Syabab) pada 1986 bagi mendoktrin pemuda memahami Syiah Zaidiyah yang mirip dengan Syiah 12 berbanding mazhab Zaidiyah yang tidak ketara perbezaan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selepas penyatuan Yaman Utara dan Yaman Selatan, Persatuan Pemuda berubah menjadi parti politik dengan nama Parti al-Haq yang kemudian berjaya menduduki Parlimen Yaman dari 1993 hingga 1997.

Pada masa sama, Hussein menubuhkan gerakan bersenjata yang dikenali sebagai al-Syabab al-Mukminin bagi menentang pencerobohan AS di Iraq dan campur tangan di Yaman.

Hussein mengetuai al-Syabab al-Mukminin melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan Yaman pada 2004.

Namun, beliau terbunuh bersama 20 pengikutnya dalam serangan tentera Yaman di Marran, Saada pada September 2004.

Selepas kematian Hussein, adik-adiknya; Abdul Malik, Yahia dan Abdul Karim mengetuai kumpulan tersebut yang kemudian dikenali sebagai Houthi.

Pemberontakan Houthi

Walaupun militan Houthi mengadakan gencatan senjata dengan kerajaan Yaman pada 2010, pertempuran kecil masih meletus antara kumpulan itu dengan tentera kerajaan dan AQAP yang mempunyai pengaruh kuat di kawasan selatan dan timur negara itu.

Kumpulan Houthi mula menawan Sanaa sejak 21 September 2014 kerana menentang pembentukan kerajaan peralihan yang diterajui sebahagian besar oleh pengikut bekas Presiden, Ali Abdullah yang digulingkan oleh rakyat pada 2012.

Mereka juga menuntut kerajaan Yaman meminda Perlembagaan yang diluluskan bagi membahagikan negara itu kepada enam wilayah persekutuan.

Konflik tersebut semakin memuncak apabila pemberontak Houthi menyerang Istana Presiden Yaman, Abd. Rabbuh Mansur Hadi di Sanaa pada 20 Januari lalu.

Abd. Rabbuh kemudian melarikan diri bersama pengawal keselamatannya selepas dibenarkan keluar dengan selamat dari kediaman itu untuk berlindung di Arab Saudi.

Walaupun Abd. Rabbuh bersetuju untuk memenuhi tuntutan pemberontak sebagai syarat gencatan senjata, militan Houthi yang disokong oleh bekas Presiden, Ali Abdullah terus mara dan mengepung kediaman Perdana Menteri, Khalid Bahah beberapa jam selepas itu.

Krisis yang semakin meruncing itu menyebabkan Abd. Rabbuh meminta pertolongan daripada Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang pro-AS untuk membantu mempertahankan kerajaannya.

Ekoran itu, 10 negara Arab termasuk Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu melancarkan serangan besar-besar di Yaman bagi menghancurkan militan Houthi pada 25 Mac lalu.

Antara kawasan yang menjadi sasaran serangan ialah pangkalan tentera udara al-Anad di utara Aden dan Istana Presiden Yaman di Sanaa.

Serangan itu membunuh beberapa komander kumpulan militan tersebut termasuk Abdel Khaleq Badereddine al-Houthi, Yousef al-Madani dan Yousef al-Fishi.

Serangan tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi itu telah membunuh sekurang-kurangnya 160 orang manakala lebih 500 orang cedera.

Sejak Mac lalu sahaja, hampir 400 orang terbunuh manakala 2,100 cedera dalam konflik tersebut.

Pada 14 April lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi mengenakan sekatan senjata terhadap militan Houthi dan menggesa pemberontak itu berundur dari kawasan yang ditawan.

Sehingga hari ini, pakatan negara Arab terus menggempur pemberontak Houthi yang semakin terdesak dan kini dilaporkan berlindung di kawasan pergunungan.

Tentera bersekutu menegaskan serangan itu akan diteruskan sehingga pemberontak menyerah diri kepada kerajaan Yaman.

Negara Yang Tersepit

Yaman, sebuah negara antara yang termiskin dalam rantau Arab kini menjadi semakin sengsara akibat konflik di antara pihak yang sedang bertelagah.

Jutaan rakyat Yaman kini berhadapan dengan tiga tragedi kerakusan tangan manusia, konflik bersenjata berat yang dahsyat, kebuluran dan malnutrisi serta penularan wabak kolera, difteria dan H1N1.

Rekod yang dicatatkan oleh World Humanitarian Organization (WHO) menunjukkan:
Sejumlah lebih 22 juta atau 75% penduduk Yaman ketika ini memerlukan bantuan kemanusiaan segera.Lebih 2 juta terpaksa melarikan diri dan kehilangan tempat tinggal (Internally displaced Person).Lebih 16 juta tidak mendapat akses kepada bantuan perubatan dan air bersih.11 juta kanak-kanak turut menjadi mangsa di mana 1.5 juta daripadanya berhadapan dengan malnutrisi akut dan 400,000 sedang kritikal!18 juta penduduk Yaman berhadapan dengan krisis makanan dengan 8.4 juta tidak tahu bilakah hidangan makanan seterusnya akan dapat mereka nikmati.1 juta kes kolera dilaporkan sehingga Disember 2017 disebabkan oleh penggunaan air yang tidak bersih dan sehingga kini telah membunuh hampir 2,500 orang.Dilaporkan setiap 10 minit yang berlalu, seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat kebuluran dan juga penyakit-penyakit lain yang tidak dapat dirawat dengan sempurna kerana kekurangan fasiliti dan juga ubat-ubatan.
Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Siapa Sebenarnya Houthi Yang Menyerang Mekah Dan Diperangi Arab Saudi?Asal-usul Nama Hari Rabu Dan Kaitannya Dengan Negara Yaman?
sumber: utusan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/06/perang-yaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konflik Berterusan Antara Safa Dan Penyokong Pasukan Sabah Fa

Konflik Berterusan Antara Safa Dan Penyokong Pasukan Sabah Fa

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 317 hits
Konflik berterusan antara SAFA dan penyokong pasukan Sabah FABagaikan menemui jalan buntu belum lagi reda dengan pelbagai isu timbul antara pengurusan SAFA dan penyokong bola sepak Sabahan Rhinos Di sebalik aksi pemain di atas padang yang k...
Baca Surah Al Kahfi Antara Cara Pendinding Diri Di Akhir Zaman

Baca Surah Al Kahfi Antara Cara Pendinding Diri Di Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 747 hits
Dah baca Surah Al KAHFI Kenapa perlunya baca Surah Al Kahfi ni Saya nk kongsi 2 kelebihan membaca Surah Al Kahfi setiap hari Jumaat dan cara untuk membaca Surah Al Kahfi secara mudah dan cepat Pertama Akan dipancarkan cahaya untuknya dianta...
Yakin Ada Khasiat Ladang Biak 6 Billion Ekor Lipas Antara Terbesar Dunia

Yakin Ada Khasiat Ladang Biak 6 Billion Ekor Lipas Antara Terbesar Dunia

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 261 hits
Lipas merupakan serangga yang sering ditakuti oleh kebanyakan manusia Ketakutan yang dialami bukanlah kerana serangga itu berbahaya namun disebabkan rasa geli terhadapnya Namun begitu disebalik kebencian rata rata orang terhadap serangga it...
Nilai Barangan Dirampas Antara Rm900j Hingga Rm1 1b Amar Singh

Nilai Barangan Dirampas Antara Rm900j Hingga Rm1 1b Amar Singh

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 296 hits
Gambar HiasanKUALA LUMPUR Jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas di kediaman berkaitan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ialah antara RM900 juta hingga RM1 1 bilion kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ...
Pascaputusan Mk Pdip Yakin Antara Prabowo Dan Jokowi Tak Ada Masalah

Pascaputusan Mk Pdip Yakin Antara Prabowo Dan Jokowi Tak Ada Masalah

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 156 hits
Arteria memahami sikap Prabowo yang tidak memberikan ucapan selamat kepada Jokowi ketika menyampaikan pidato usai putusan sengketa Pilpres 2019 oleh hakim MK Hal terpenting kata dia antara Jokowi dan Prabowo tidak ada permasalahan satu sama...
Warga Malaysia Antara Yang Paling Ramah Di Dunia Mengikut Kajian Snap

Warga Malaysia Antara Yang Paling Ramah Di Dunia Mengikut Kajian Snap

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 300 hits
Slogan pelancongan Malaysia ialah Malaysia Truly Asia Di kalangan pelancong Malaysia terkenal dengan rakyat yang ramah dan mudah dibawa berbual jika dibandingkan dengan negara Eropah Minggu ini Snap Inc berkongsi kajian yang mengesahkan sta...
Lim Dedah Kesatuan Wartawan Jurugambar Antara Penerima Wang 1mdb Minta Pulangkan Kembali

Lim Dedah Kesatuan Wartawan Jurugambar Antara Penerima Wang 1mdb Minta Pulangkan Kembali

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 273 hits
CYBERJAYA 25 Jun Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendedahkan kesatuan wartawan dan jurugambar akhbar di Pulau Pinang antara pihak yang menerima wang berkaitan 1Malaysia Development Bhd Tanpa mendedahkan mendedahkan identiti penerima ...
Cari Penyelesaian Terbaik Pertemuan Antara 3 Pihak Esok

Cari Penyelesaian Terbaik Pertemuan Antara 3 Pihak Esok

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 172 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Gaji Rendah Gaya Hidup Mewah Antara Punca Rasuah

Gaji Rendah Gaya Hidup Mewah Antara Punca Rasuah

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 204 hits
Gaji rendah gaya hidup mewah antara punca rasuah JohorTimes Jangan makan rasuah hukumnya HARAM Dosa haram dikumpul secukup rasa boleh membawa anda ke neraka JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel ...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Negara Paling Banyak Menang Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Pulut Sambal

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Apa Saja Yang Anda Berikan Tumpuan Dalam Fikiran Akhirnya Akan Jadi Kenyataan

Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free