7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam




Hari Arafah adalah hari yang dinanti-nantikan oleh jutaan umat Islam di seluruh dunia yang jatuh pada 9hb Zulhijjah setiap tahun. Ia merupakan hari penentuan bagi setiap jemaah haji melengkapkan rukun penting dalam pekerjaan ibadah haji.



Hari Arafah dikenali sebagai kemuncak ibadah Haji di mana jutaan jemaah berkumpul di Padang Arafah, yang terletak sekitar 20 kilometer dari Mekah. Sekiranya mereka gagal menghadirkan diri melaksanakan wukuf di padang Arafah, maka tidak sah pekerjaan hajinya.  



Di sini, mereka melaksanakan wukuf di Padang Arafah untuk berdoa, berzikir, dan memohon keampunan dari Allah.

 


Keistimewaan hari Arafah:

 

1. Sebahagian daripada Rukun Haji.

Hari Arafah penting kerana ia merupakan sebahagian daripada Rukun Haji. Ibadah ini juga sangat signifikan dan adalah puncak berkumpulnya seluruh jutaan jemaah Haji dari segenap pelusuk dunia.

 

Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi S.A.W bersabda: الحَجُّ عَرَفَةُ

“Haji adalah Arafah.” – [Riwayat al-Tirmizi (889)]

 

2. Hari kesempurnaan agama.

Di Arafah inilah Rasulullah S.A.W menyampaikan Khutbah Wada’ atau khutbah perpisahan. Ia digelar ‘perpisahan’ kerana tidak lama setelah menyampaikan khutbah tersebut, Baginda pun wafat.

 

Pada ketika itu, telah turunnya surah al-Ma’idah ayat ke-3 sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah S.W.T melalui Rasulullah S.A.W:

 

 “ Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” – [Al-Ma’idah: 3]

 

3. Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam.

Daripada Uqbah bin Amir R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Hari Arafah, hari korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum.” – [Riwayat Abu Daud (2419), Tirmizi (773) dan al-Nasa’ie (3004)]


4. Hari Arafah adalah hari penyaksian.

Hari Arafah turut digelar sebagai hari penyaksian kerana pada hari tersebut, Allah SWT mengambil perjanjian setia daripada zuriat Nabi Adam sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

 

“Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia di Arafah daripada zuriat yang berada dalam tulang belakang Nabi Adam, dan mengeluarkan zuriat itu di hadapannya seperti biji-bijian, kemudian Allah berkata kepada mereka dengan firmanNya, “Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi,” yang demikian itu supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) mengenai (hakikat tauhid) ini.” – [Riwayat Ahmad]


 

5. Kedahsyatan doa pada Hari Arafah.

Arafah dikenali sebagai tempat berdoa paling mustajab dan di situlah Nabi Muhammad S.A.W mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa. Menurut sumber, ada juga pendapat lain mengaitkan wukuf dengan wahyu yang diterima Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

 

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.” – [Riwayat al-Tirmizi (3585)]

 

6. Ganjaran puasa Arafah.

Berpuasa pada Hari Arafah adalah sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji. Ia adalah peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan kerana ganjaran puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.

 

Daripada Abi Qatadah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda apabila ditanya mengenai puasa pada Hari Arafah:

 

“Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. – [Riwayat Muslim (1162)]
 

7. Hari keampunan.

Ambillah peluang untuk bertaubat dan memohon ampun sebanyak-banyaknya kerana Hari Arafah adalah hari pelepasan dari api neraka. Pada hari ini, keampunan dari Allah terbuka luas.

 

Daripada Aisyah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
“Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah.” – [Riwayat Muslim (1348)

[Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Pelbagai Sumber]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2024/11/7-keistimewaan-hari-arafah-hari-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 145 hits
Daripada Tsauban r a beliau berkata Rasulullah SAW bersabda Hampir tiba suatu waktu di mana bangsa bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka Maka salah seorang sahaba...
Perang Uhud Sejarah Peperangan Iktibar Buat Umat Islam

Perang Uhud Sejarah Peperangan Iktibar Buat Umat Islam

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 81 hits
Perang Uhud merupakan perang kedua umat Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad S A W Peperangan ini telah berlaku disebabkan dendam kafir Quraisy yang telah kalah pada peperangan pertama iaitu Pertempuran kedua umat Islam dan kafir Quraisy i...
Malaysia Zahir Komitmen Bantu Pembangunan Umat Islam Di Peru

Malaysia Zahir Komitmen Bantu Pembangunan Umat Islam Di Peru

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 117 hits
Md ZanSat 16 November 2024Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dinyatakan beliau dalam pertemuan bersama Persatuan Islam Peru pimpinan Murad Hamida di Lima sempena lawatan rasmi ke Amerika Latin dan Mesyuarat Pemimpi...
Apple Sahkan Amaran Baru Untuk Jutaan Pengguna Macbook

Apple Sahkan Amaran Baru Untuk Jutaan Pengguna Macbook

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 85 hits
23 Nov 2024 02 06pm EST Transformasi iPhone Apple di EU mungkin akan meluas lapor menunjukkan scope topStory index 1 title Transformasi iPhone Apple di EU mungkin akan meluas lapor menunjukkan image 23 2024 hourMinute 02 06 amPm pm isEDT fa...
Sepupu Menantu Muhyiddin Terima Jutaan Ringgit Masuk Dalam Akaun Syarik

Sepupu Menantu Muhyiddin Terima Jutaan Ringgit Masuk Dalam Akaun Syarik

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 88 hits
Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah Rubin Balang berpendapat dia tidak perlu disiasat hanya kerana dirakam berbincang mengenai lesen projek di negeri itu dan dikaitkan dengan rasuah Bagaimanapun kata Rubin jika pihak penguat kuasa berp...
Amanah To Fight Anti Ph Claims Of Islam Under Threat

Amanah To Fight Anti Ph Claims Of Islam Under Threat

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 100 hits
Mohamad Sabu speaking at the Selangor Amanah convention in Shah Alam today PETALING JAYA Amanah plans to combat claims that Islam is under threat with Pakatan Harapan at the helm of the federal government party president Mohamad Sabu said t...
Tegakkan Islam Menjadi Fardu Ain Kuasa Besar Kafir

Tegakkan Islam Menjadi Fardu Ain Kuasa Besar Kafir

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 213 hits
1 TIS 2024 Intisari ucapan Tuan Guru Abdul Hadi November 23 2024Saya membuat catatan ucaptama Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Terengganu International Summit 2024 pagi ini Beberapa intisari ucapannya di bawah Maksudnya Manusia it...
Pelakon China Dylan Wang Bayar Jutaan Pada Bekas Teman Wanita Sebagai Yuran Putus Cinta

Pelakon China Dylan Wang Bayar Jutaan Pada Bekas Teman Wanita Sebagai Yuran Putus Cinta

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 153 hits
Pelakon China Dylan Wang kini sudah menjadi nama terkenal di negara itu berkat rakan drama dan wajah tampan beliau Namun baru baru ini desas desus bertiup kencang bahawa beliau telah putus cinta dengan teman wanita yang sudah lama bersama d...
Kelantan Setiap Hari Redah Sungai Imamkan Jemaah Masjid

Kelantan Setiap Hari Redah Sungai Imamkan Jemaah Masjid

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 91 hits
Siti Rohana Idrisbhnews bh com myImam tua Masjid Al Ahmadiah Mukim Pulau Teluk Renjuna Mohd Amin Zulkahar Saari 35 melepaskan tali yang mengikat botnya di jeti Kok Majid untuk ke masjid Foto SITI ROHANA IDRISTUMPAT Sejak sembilan tahun lalu...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan