Perang Syria Menuju Penghujungnya


DI SEBALIK pelbagai riuh-rendah politik sama ada di dalam mahu pun di luar negara, Persidangan Empat Negara di Istanbul, Turki hujung minggu lalu boleh dikatakan mencatat sejarah yang cukup besar dalam arena politik antarabangsa.
Selepas hampir lapan tahun Perang Syria berlangsung dahsyat dengan memakan ratusan ribu korban dan krisis jutaan pelarian, akhirnya bumi Istanbul, Turki menjadi saksi bahawa tragedi tersebut bakal berakhir.
Atas inisiatif Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Persidangan yang membabitkan empat kuasa iaitu Turki, Rusia, Jerman dan Perancis telah berlangsung bagi membincangkan langkah akhir dalam proses menamatkan Perang Syria.
Persidangan yang dihadiri kesemua pemimpin tertinggi empat negara tersebut – Presiden Erdogan (Turki), Presiden Vladimir Putin (Rusia), Canselor Angela Merkel (Jerman), dan Presiden Emmanuel Macron (Perancis) – menyaksikan sekurang-kurangnya tujuh langkah penyelesaian akhir yang kritikal telah dipersetujui bersama.
Pertama, keempat-empat pemimpin tersebut bersetuju bahawa hanya penyelesaian politik yang akan dilaksanakan dalam menamatkan Perang Syria ini – bukannya kempen perang berskala besar-besaran yang terakhir ke atas kubu puak pemberontak yang kini berada di Idlib sebagai benteng akhir mereka.
Mereka bersetuju bahawa proses politik yang inklusif dan diterajui oleh warga Syria sendiri sahaja yang akan disokong – dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai pemantau.
Kedua, usaha merangka Perlembagaan yang baharu buat Syria perlu dimulakan segera di Geneva – selewat-lewatnya sebelum akhir tahun 2018 ini. Sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan untuk kerja-kerja merangka Perlembagaan Syria yang baharu ini.
Perkara yang cukup penting dipersetujui dalam persetujuan yang ketiga iaitu pengekalan wilayah Syria. Hal ini bermakna bahawa keempat-empat kuasa ini bersetuju bahawa peta Syria tidak boleh dicerai-beraikan; Syria mesti terus wujud sebagaimana sempadan berdaulatnya sebelum perang meletus pada 2011.
Sebarang usaha pihak pemisah yang cuba untuk memerdekakan sebahagian dari wilayah Syria mahu pun cubaan mana-mana kuasa asing untuk menduduki mana-mana wilayah Syria yang tertentu akan ditolak sekeras-kerasnya.
Kesemua empat pemimpin tertinggi ini juga menyokong gencatan senjata semua pihak di Idlib, Syria yang dibroker sebelum ini oleh Erdogan dan Vladimir Putin.
Seperti yang diketahui umum, Idlib ialah wilayah terakhir di mana para penentang kerajaan Syria berkubu selepas mereka ditewaskan di kesemua wilayah Syria yang lain sebelum ini seperti di Aleppo dan Ghouta.
Keempat-empat negara turut menegaskan keperluan untuk terus memerangi ‘terorisme’ dan mencela penggunaan senjata kimia. Namun demikian, takrifan ‘terorisme’ itu tentulah akan menimbulkan persoalan menjelang pengakhiran Perang Syria ini; siapakah ‘teroris’ atau ‘pengganas’ yang perlu untuk tetap diperangi itu?
Adakah pendirian ini akan melancarkan atau sebaliknya menghangatkan kembali Perang yang semakin hampir untuk tamat ini?
Persetujuan tentang pentingnya kemasukan bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Syria secara besar-besaran turut dinyatakan.
Bantuan kemanusiaan sama ada daripada PBB mahu pun daripada institusi-institusi antarabangsa yang lain perlu dipercepatkan dan dipermudahkan tanpa ada halangan yang tidak perlu – terutama sekali melibatkan perseteruan politik mahu pun ancaman bersenjata.
Aspek keenam pula menyaksikan kesemua empat pemimpin tersebut bersepakat bahawa proses kepulangan pelarian Syria ke tanah air mereka perlu dirancang dengan rapi. Tiada mana-mana pihak yang perlu berasa terancam sekiranya mereka kembali ke Syria. Bagi mencapai matlamat tersebut, kemudahan perumahan dan keselamatan sosial yang bersesuaian perlu diwujudkan di Syria.
Persetujuan yang ketujuh dan terakhir – yang juga merupakan persetujuan yang paling utama – yang dimeterai bersama pemimpin Ankara, Moscow, Paris dan Berlin tersebut ialah langkah mewujudkan pilihan raya yang telus dan diperhatikan oleh badan pemerhati antarabangsa di Syria.
Seluruh rakyat Syria – termasuklah mereka yang telah meninggalkan negara tersebut pada masa perang – perlu dibenarkan untuk turut serta dalam proses demokratik tersebut.
Pastinya, dalam keadaan dua kuasa besar dunia – Amerika Syarikat dan China – sedang sibuk berperang dalam sektor perdagangan, teknologi, dan juga berkonfrontasi di Selat Taiwan dan Laut China Selatan, perkembangan di Istanbul ini sedikit-sebanyak menjanjikan pengakhiran positif di bumi Syria – setidak-tidaknya di atas kertas. – SINAR
* Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
The post Perang Syria Menuju Penghujungnya appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/perang-syria-menuju-penghujungnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adli Abdullah Bangkit Terbang Menuju Bintang

Adli Abdullah Bangkit Terbang Menuju Bintang

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 273 hits
Rasa berat jiwa saya apabila mengingatkan kebaikan sahabat seorang ini Kawan blog saya sejak 2009 Apabila ada artikel saya di laman web ILuvIslam keluar atau saya terlibat dengan buku antologi tertentu beliau ini paling awal tampil memberi ...
Bantah Icerd Bergema Menuju Ke Sogo

Bantah Icerd Bergema Menuju Ke Sogo

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 496 hits
MUHAMED NORAZIHA ABDULLAH SYAHIRAH SALLEHKUALA LUMPUR Laungan Bantah ICERD bergema sepanjang jalan dari Masjid Jamek menuju ke tempat perhimpunan di pekarangan hadapan pusat membeli belah Sogo di ibu negara hari ini Orang ramai berarak menu...
Journalist Freed After 3 Year Captivity In Syria Returns To Japan

Journalist Freed After 3 Year Captivity In Syria Returns To Japan

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 247 hits
Japanese freelance journalist Jumpei Yasuda whose three year hostage ordeal in Syria ended following his release departed Istanbul on Thursday aboard a Japan bound flight Xinhua news agency quoted a report from public broadcaster NHK 8211 R...
Militan Daesh Bunuh 41 Tentera Pro As Di Syria

Militan Daesh Bunuh 41 Tentera Pro As Di Syria

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 237 hits
Militan Daesh bunuh 41 tentera pro AS di Syria Dikemas kini 2 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 27 Oct 2018 11 00PM midd
Check In Menuju Kematian

Check In Menuju Kematian

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 334 hits
ARTIKEL KE 878 Check in maut Baru saja membaca berita kalo pesawat Boeing 737 milik maskapai Lion air rute Jakarta Pangkal Pinang diberitakan jatuh dan belum jelas nasib seluruh penumpangnya Satu lagi musibah melanda negeri ini Setelah sebe...
Basarnas Duga Tekanan Keras Lion Air Saat Menuju Air Membuat Adanya Serpihan

Basarnas Duga Tekanan Keras Lion Air Saat Menuju Air Membuat Adanya Serpihan

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 258 hits
Basarnas duga tekanan keras Lion Air saat menuju air membuat adanya serpihan Bambang Suryo juga belum bisa memastikan apakah pesawat meledak sebelum jatuh ke laut sehingga muncul potongan tubuh penumpang Serpihan ekor pesawat yang ditemukan...
5 Langkah Menuju Financial Freedom

5 Langkah Menuju Financial Freedom

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 313 hits
Dalam masa ekonomi gawat ni semua orang sibuk bekerja untuk hidup Tapi kadang2 kita lupa kalau hidup terlampau sibuk sangat dengan kerja kang boleh mati dalam stress Kesian tu Tak dapat merasa duit hasil kerja keras sendiri Dah meh aku shar...
5 Kebiasaan Kecil Dalam Hubungan Yang Ternyata Bisa Jadi Batu Sandungan Menuju Kelanggengan

5 Kebiasaan Kecil Dalam Hubungan Yang Ternyata Bisa Jadi Batu Sandungan Menuju Kelanggengan

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 248 hits
Karena sekecil apapun kebiasaan itu kalau tidak baik sudah pasti berdampak buruk juga ke hubungan kalian
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord