Perang Siber Red Bean Army Gugat Keamanan Malaysia



DAHULUNYA, terutama musim PRU11 dan PRU12 kecoh dengan munculnya Red Bean Army (RBA) yang dikaitkan dengan DAP sampai tidak senang duduk kerajaan ketika itu.

Awal kemunculannya operasi mereka hanya 20 orang meningkat ratusan dan Ribuan serta bayaran diberikan lebih RM3,000 sekepala.

Hari ini, adakah mereka lebih besar?

Lebih bahaya? Menggunakan modus operandi yang berbeza dan menerima bayaran yang lebih lumayan?

“Sekarang masih wujud. Tidak guna nama lain tetapi wujud dalam keadaan yang jauh lebih bijak, terancang, lebih tersembunyi, bersatu dan jauh lebih bahaya,” kata bekas Setiausaha Kebangsaan Eksekutif Pemuda DAP, Shen Yee Aun yang mengetahui kewujudan dan operasi RBA sewaktu bersama DAP dahulu.
Beliau yang juga penganalisis dan strategis sosial media dan komunikasi politik berkata, falsafah kewujudan RBA harus digeruni kerana mereka lebih teratur dan membuat kerja walau tidak ditaja.

Pada PRU14, Yee Aun berkata, fokus tentera maya itu lebih terarah kepada golongan muda yang tidak minat politik dan mewujudkan personaliti siber.

“Golongan ini sangat bahaya sebab setiap personaliti siber itu ada kepakaran dalam bidang tertentu. Ada penyokong yang membuatkan mereka mampu mempengaruhi minda, emosi, mengikut strategi dan agenda yang disusun oleh DAP.“Pertempuran seperti ini adalah jauh lebih susah sebab jauh lebih tersembunyi. Jauh lebih gelap. Seolah-olah tak ada RBA lagi. Itulah bahayanya,” katanya.
Red Bean Army Gugat Keamanan Malaysia

Fitnah dan hasutan berterusan yang disebarkan oleh Red Bean Army menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Sebelum ini Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, kegiatan tentera siber itu mesti dikekang demi menjaga kestabilan negara dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Menurut beliau, aktivis Red Bean Army sengaja memainkan sentimen perkauman sempit semata-mata mahu mengapi-apikan kaum Cina.

Beliau mengulas mengenai Red Bean Army yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta.

Pasukan berkenaan yang sebelum ini berpangkalan di sebuah hotel di ibu negara dan juga di pejabat Komtar, Pulau Pinang akan menyerang serta menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang bercakap buruk tentang DAP.

Red Bean Army juga didakwa memainkan peranan memanipulasi sentimen kaum Cina untuk menolak calon-calon Melayu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau mengetahui tentang kewujudan Red Bean Army walaupun pendedahan tentang tentera siber pembangkang itu dibuat oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun.

6 TEKNIK SERANGAN "RED BEAN ARMY" LEBIH BAHAYA DARIPADA PENGGANAS KOMUNIS!!!
Penipuan

Salah satu teknik serangan Red Bean Army dalam alam siber adalah mengaplikasi penyebaran penipuan demi mencapai matlamat mereka.

Psikologi

Serangan psikologi Red Bean Army adalah untuk membangkitkan segala emosi masyarakat Malaysia. Emosi kemarahan timbul apabila terdapatnya fitnah berlakunya ketidakadilan dalam Pilihan Raya 13.

Emosi ketakuatan dicetuskan apabila seolah – olah LYNAS itu adalah loji nuklear. Emosi kebencian dibangkitkan apabila digambarkan bahawa UMNO menindas masyarakat Cina.

Provokasi

Red Bean Army akan melancarkan serangan provokasi terhadap sesiapa sahaja lawan mereka di alam siber.

Mangsa – mangsa Red Bean Army akan dilabel sebagai anjing , pengkhinat Cina , pelbagai kata – kata kesat , pelacur dan pelbagai lagi perkataan yang tidah senonoh dalam konteks budaya masyarakat Malaysia.

Perang Saraf

Perang Saraf yang dilancarkan adalah demi untuk melemahkan semangat mental dan emosi sesiapa sahaja yang dianggap memiliki kuasa pengaruh dalam masyarakat yang melawan mereka.

Teknik ini adalah untuk menghentikan sesiapa sahaja yang memiliki pengaruh dalam masyarakat agar tidak akan berani tampil ke hadapan melawan mereka.

Propoganda

Definisi propaganda merupakan mesej-mesej bersepadu yang bertujuan mempengaruhi pendapat atau kelakuan orang ramai.

Propaganda sering memilih fakta-fakta menipu melalui penyingkiran untuk menggalakkan sintesis yang tertentu, ataupun menokok tambah agar menimbulkan reaksi yang lebih beremosi daripada rasional kepada maklumat yang diberi.

Hasil yang diingini ialah perubahan dalam penceritaan kognitif mengenai subjek oleh kumpulan sasaran untuk melanjutkan agenda politik.

Perpepsi

Teknik ini merupakan teknik yang paling berkesan dan juga sangat berbahaya dalam operasi Red Bean Army.

Persepsi seperti hanya Barisan Nasional sahaja yang terlibat dalam rasuah dan kesemua rasuah dalam Pakatan adalah ciptaan Barisan Nasional.

Begitu juga dengan segala skandal yang melibat beberapa pemimpin Pakatan adalah taktik kotor Barisan Nasional sedangkan realitinya adalah skandal yang sebenar.

Persepsi penjenamaan seperti MCA adalah anjing kepada UMNO, UMNO merupakan sebuah parti yang anti Cina, Barisan Nasional adalah zalim dan jahat dan pelbagai lagi persepsi yang amat berbahaya berjaya dirancang dengan amat teliti oleh Red Bean Army sehingga terpahat dalam masyarakat Malaysia yang mudah terpedaya.

Keadaan ini akan menyebabkan segala kebenaran kesilapan dan kelemahan Pakatan akan dianggap sebagai palsu dan segala fitnah yang dilemparkan terhadap Barisan Nasional akan dipercayai sebagai benar.

sumber

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2018/11/perang-siber-red-bean-army-gugat.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap S Red Bean Army Given Rm10 Million Budget

Dap S Red Bean Army Given Rm10 Million Budget

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 452 hits
For 18 years as the opposition Pakatan Harapan has been teaching Barisan Nasional or the government how the country should be run Now that Pakatan Harapan is in charge of running the government they do a U turn and present a budget Budget 2...
Ketahuilah Red Bean Army Makin Kuat Pengaruhi Melayu Serang Melayu

Ketahuilah Red Bean Army Makin Kuat Pengaruhi Melayu Serang Melayu

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 402 hits
DAHULUNYA terutama musim PRU11 dan PRU12 kecoh dengan munculnya Red Bean Army yang dikaitkan dengan DAP sampai tidak senang duduk kerajaan ketika itu Awal kemunculannya operasi mereka hanya 20 orang meningkat ratusan dan Ribuan serta bayara...
Ri Dorong Penguatan Keamanan Siber Kerjasama Intelijen Antisipasi Terorisme

Ri Dorong Penguatan Keamanan Siber Kerjasama Intelijen Antisipasi Terorisme

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 218 hits
Forum APSC di sela sela KTT ASEAN ke 33 di Singapura ini merupakan forum terakhir di bawah Keketuaan Singapura di ASEAN dan untuk tahun 2019 akan diserahkan kepada Thailand Hadir dalam pertemuan tersebut Menteri Luar Negeri RI Retno Marsudi
Cisco Memulakan Pendekatan Panduan Keselamatan Siber Yang Lebih Bijak Kepada Organisasi Malaysia

Cisco Memulakan Pendekatan Panduan Keselamatan Siber Yang Lebih Bijak Kepada Organisasi Malaysia

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 263 hits
Cisco melalui kajian mereka iaitu Kajian Keupayaan Keamanan Asia Pasifik menunjukkan kesedaran ancaman siber yang dihadapi oleh perusahaan Malaysia masih lagi berada ditahap rendah Berdasarkan tinjauan yang dilakukan sebanyak 51 peratus men...
Malaysia Tidak Mahu Kapal Perang As Masuk Perairan Asean

Malaysia Tidak Mahu Kapal Perang As Masuk Perairan Asean

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 251 hits
Foto BernamaSINGAPURA Tidak dibenarkan kapal perang di perairan ASEAN namun bot kecil mungkin boleh kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Amerika Syarikat hari ini Loading var D new Date d document b body ce
Dr Mahathir Harap Perang Dagangan As China Bermanfaat Kepada Malaysia

Dr Mahathir Harap Perang Dagangan As China Bermanfaat Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 278 hits
Dr Mahathir harap perang dagangan AS China bermanfaat kepada Malaysia Dikemas kini 34 minit yang lalu middot Diterbitkan pada
4704 Selamat Pagi Malaysia Forum Kerjasama Ekonomi Rtm 6 11 18

4704 Selamat Pagi Malaysia Forum Kerjasama Ekonomi Rtm 6 11 18

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 440 hits
PPIM yang diwakili oleh Dato Jawahar Ali dan Suraya Ali beserta Datuk Hj Che Mat Che Ali dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia
Dorsett Silka Hotels Malaysia Sertai Tce Wedding Expo Di Mid Valley Pada 9 Hingga 11 November Ini

Dorsett Silka Hotels Malaysia Sertai Tce Wedding Expo Di Mid Valley Pada 9 Hingga 11 November Ini

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 376 hits
Dorsett Silka Hotels Malaysia Sertai TCE Wedding Expo Di Mid Valley Pada 9 Hingga 11 November IniDorsett Silka Hotels Malaysia Sertai TCE Wedding Expo Di Mid Valley Pada 9 Hingga 11 November Ini Assalamualaium Salam Sejahtera gais Kepada ba...
Budget 2019 Malaysia Adalah Belanjawan Yang Sayangkan Rakyat

Budget 2019 Malaysia Adalah Belanjawan Yang Sayangkan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 553 hits
Berikut dinyatakan faedah faedah Budget 2019 Malaysia mengikut stakeholder Pertanian Sektor pertanian adalah diantara yang menerima bajet terbanyak seperti yang dibentangkan dalam budget 2019 Malaysia di parlimen baru baru ini Ianya adalah ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew