Perang Saudara Melayu Dalam Pirane 6 Buah Negeri


ULAS PIRAKE  

JIKA diperhatikan kepada pola pengundi yang berlaku pada Pirane (Pilihan Raya Negeri) di enam buah negeri Sabtu lepas ia menunjukkan pertembungan atau perang di antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu. Tampaknya demokrasi atau pilihan raya menjadi medan perang saudara orang Melayu. Kandati pun ada serngan ke atas kaum lain, tetapi perang sesama Melayu lebih ketara.
Realiti ini berlak di Terengganu, Kelantan dan Kedah, ia tidak berlaku di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Pola pengundian ditiga negeri itu undi berdasarkan kaum. Rasis. 

Pihak mana kalah di tiga negeri itu ia membabitkan parti yang didominasi orang Melayu. Ternyata pihak PN menjuarai pilihan raya berkenaan. Apa yang dipilih atau menjadi tarikan orang Melayu ialah tawaran keagamaan dan kebangsaan. Kemenangan bergaya PN di Kedah, Terengganu dan Kelantan menunjukkan hakikat itu. Orang Melayu membuat pilihan kepada parti bernuansa naluri semula jadi mereka, bukan kepada parti yang menawarkan kesejahteran ekonomi dan perpaduan buat mereka. Orang Melayu di ketiga-tiga buah negeri itu menolak dengan kejam orang Melayu lain yang dianggap tidak Islamik. Di Terengganu parti orang Melayu (PH-BN) tidak diberi sebarang kerusi

Kita berharap pola atau sikap ini tidak berkekalkan dan ia wujud pada pilihan raya ini sahaja yang digumbakan sebagai suatu memorandum untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim yang digerakan oleh desperado politik. Ertinya peperangan itu bukan bertitik tolak daripada suatu kewajiban mutlak, tetapi semata-mata kerana muslihat dan maksud politik. Orang Melayu terhasut oleh orang yang kecewa

Di negeri-negeri itu perlawanan berlaku di antara dua kumpulan atau gabungan, PH-BN yang dilihat gabung liberal nasionlis, bukan pure Melayu, kerana dalam gabungan itu ada berbagai bangsa dan kaum. DAP yang berada dalam PH adalah mewakili kaum bukan Melayu. Walaupun dalam DAP ada orang Melayu hatta menjadi pemimpin dan wakil rakyat, itu gambaran sebenar akan kerencaman parti itu. Kehadiran orang Melayu dalam DAP boleh disifatkan sebagai umpan pancingan sahaja demi kepuasan politik orang bukan Melayu (baca Cina). 
Demikian juga walaupun Umno sebelum ini dilihat parti assobiyah, parti memperjuangkan kepentingan bangsa tetapi demi kepentingan negara dan perpaduan Umno kemudian sanggup menerima DAP.  Perubahan sikap Umno itu sesuai dengan peredaran masa dan dinamika politik dimana politik "persukuan" tidak lagi sesuai dalam negara seperti Malaysia bermasyarakat majmuk ini. Keterbukaan fikiran rakyat dan kebebasan mengakses maklumat menjadikan mana-mana parti fanatik dengan idealogik lamanya akan ketinggalan.  Umno menyedari perubahan itu. 
Manakala satu lagi gabungan PN (Pas dan Bersatu) dilihat pure gabungan Melayu. Walaupun di dalamnya ada Gerakan, tetapi ia hanya sebagai simbolik untuk menarik atau tidak mengecilkan hati bukan Islam sahaja. Perananan dan fungsi Gerakan dalam PN tidak sama dengan fungsi dan peranan DAP dalam PH. Hakikatnya PN adalah gabungan pure Melayu. Melayu yang makan nasi dengan budu, cecanluk ataupun belacan. 
PH parti yang menjadikan assobiyah sebagai modal utamanya, dimana modal ini pernah diguna pakai dan digelarkan oleh Pas terhadap Umno. Satu masa dahulu pemimpin Pas mengecam ideologi dan praktis Umno sebagai parti memperjuangkan assobiyah yang mana perjuangan berasaskan prinsip itu tidak berbau syurga. Aneh dan peliknya hari ini bauan itu yang sedang dibanggakan oleh PN dan menyumba ke dalam lubang hidung mereka. Demikian peredaran masa dan peralihan musim berlaku. 
Sesungguhnya saya jengkel untuk mengata dan menerima PN adalah gabungan perjuangkan Islam ketimang PH. Sebabnya PH juga gabungan yang tidak mengkesampingkan Islam. Dengan ada Umno dan Parti Amanah Negara (walaupun "kocil") dalam PH, itu sudah membuktikan PH mempunyai nuasana Islam yang tersendiri, progresif dan moden. Manakala  "nusana" Islam dalam PN ekstream dan fanatik. 
Dari dua golongan itu, rakyat Kelantan, Terengganu dan Kedah memilih PN gabungan yang senonimas dengan latar belakang kehidupan dan budaya mereka. Parti itu serasi dengan fahaman siasah sempit mereka terhadap agama. Keterbuktian itu jelas apabila PN menang besar di ketiga-tiga negeri itu. Bukan sahaja menguasai hampir 100 peratus kerusi DUN di tiga negeri tetapi majoriti yang dikutipnya cukup besar. 
Misalnya di Kedah terdapat 25 kerusi yang dimenangi dengan majoriti lebih 10,000 undi. Majoriti terbesar ialah lebih 23,000 undi. Belum berlaku dalam sejarah pilihan raya kerusi DUN dimenangi dengan majoriti begitu besar tetapi ia berlaku di Kedah. Suatu pencapaian yang sangat luar biasa. Perolehi majoriti besar ini menunjukkan penolakan total rakyat kepada gabungan liberal atau rencam seperti PH. 
Punggutan besar undi itu dan menawan ketiga-tiga negeri berkapastiti Melayu lebih 90 peratus itu menjelaskan rakyat negeri itu mesra dan dengan Pas. Rakyat teruja dan terpesona dengan tawaran manifesto Pas yang berkonsepkan Syurga. Walaupun parti Bersatu latar belakangnya sama dengan Umno, nasionalis, tetapi ia mengenepikan pegangan itu kerana Bersatu sanggup memendirkan diri mengikut dan menumpang pengaruh Pas. Tindakan ini mengutungkan Bersatu

Seperti disebut tadi, walhal dari segi nilai parti, Pas bukan merupakan parti yang boleh menjamin kehidupan rakyat dunia dan ukhrawi. Ia bukan parti membawa pembangunan, sebaliknya menawarkan pembangunan akhirat yang penuh dengan retorik. Pas menawarkan syurga dalam kempen-kempennya. Menawar sesuatu yang halimunan yang Pas sendiri tidak mengetahui kedudukan Syurga itu. Pas hanya baca dari kitab-kitab tua lalu mentafsirkan kepada rakyat. Di sinilah kebijaksana Pas mengeksploit elemen agama yang mana situasi itu tidak dilakukan PH dan BN bagi mengelakkan memfitnahkan agama. . 
Walaupun kempen itu tidak dipecayai rakannya Bersatu, tetapi atas dasar mahu menumpang "tui" ia didiamkan sahaja.  Bak kata walaupun buah dihulur itu mabuk, tetapi demi mengalas perut kosong diambil juga, padahal akhirnya merana. 
Pengerusi PN yang juga presiden bersatu Mahiaddin Yassin sendiri pernah menganalogikan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Secara sedar dan insaf Mahiaddin tahu akan kebobrokan Pas sebagai parti politik yang membawa rakyat negara ini ke belakang dan tepu dalam fahaman agama yang jumud. Namun kerana untuk menumpang kekuatan Pas maka anologi dahsyat Mahaidaan itu dilupakan. Manakala Pas juga redha demi kuasa dan gila kedudukan. 
Menang adalah hak Pas kerana mereka pandai eksploitasikan elemen agama. Dalam politik tidak jadi masalah kalau elemen aga,a atau bangsa dimainkan kerana ia halal. Tetapi apakah manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat di negeri berkenaan apabila berpegang kepada fahaman politik songsang demikian. 
Dari sisi pembangunan ternyata jelas Kelantan, Terengganu dan Kedah jauh ketinggalan daripada pembangunan berbanding dengan negeri-negeri lain. Iya, Pas selalu mengatakan tidak ada orang mati kebuluruan di Kelantan, Teregganu dan Kedah, tetapi nikmat dan keseronkan suatu kehidupan tidak dapat dikecapi di negeri berkenaan, terutamanya Kelantan. 
Pembangunan moden infastruktur yang ada di Trengganu dan Kedah kini adalah hasil kerja dan buah tangan kerajaan BN sebelum ini

Kesimpulannya pilihan raya lalu adalah perang saudara dalam politik di antara Melayu sama Melayu. Malangnya dalam perang itu digunakan Islam dan bangsa sebagai propganda untuk mempersonakan orang Melayu. Keputusan diperolehi menunjukan PN berjaya dalam perang tersebut dengan melalui matlamat menghalalkan cara. 
Persoalannya apakah "politik perang" saudara begitu baik buat Malaysia? Undi berdasarkan kaum seperti berlaku di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang merbahaya kerana ia boleh mengencat usaha perpaduan ummah dan perwujudan kehormonian kaum. Pengundian berdasarkan kaedah dan pendekatan itu, berasaskan sentimen kaum dan agama juga boleh meletakkan negara dalam keadaan tidak stabil. Natijah dari itu menyebabkan kita politik demokrasi demokrasi dalam tafsiran kira rosak. 
Negara ini dan penganalan demokrasinya tidak boleh dilingkari atau dibatasi elemen-elmen demi yang negatif. 
Semoga pola politik sedemikian tidak akan berpanjangan dan ia sesuai untuk pilihan raya ke-15 di enam buah negeri itu sahaja. Selepas ini kita berharap politik dan demokrasi kita kembali waras dan sihat dalam usaha kita untuk membangunkan bangsa negara ini. [wm.kl. 7:42 pm 14/08/2023]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2023/08/perang-saudara-melayu-dalam-pirane-6.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cina Ph Vs Cina Pn Melayu Takut Hilang Negeri Dan Tuduh Hilang Negeri

Cina Ph Vs Cina Pn Melayu Takut Hilang Negeri Dan Tuduh Hilang Negeri

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 286 hits
Menjawab isu yang diangkat oleh walaun kononnya Melayu Selangor berundur serta negeri dikawal oleh bukan Melayu dan sebagainya di sini aku lampirkan senarai keputusan PRN Selangor Kerusi yang dimenangi oleh calon bukan Melayu PH sebenarnya ...
Mso Analisa Awal Pirane 6 Negeri

Mso Analisa Awal Pirane 6 Negeri

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 188 hits
Mohd Sayuti OmarUmno tidak membantu PH Ahli Umno masih skeptikal dengan PH yang berkerjasama dengan Dap Pimpinan Umno gagal untuk menjelas dan meyakinkan ahli Umno tentang Dap Dari satu sisi kerjasama PH dengan BN tidak memberi kesan positi...
Bukan Melayu Penentu Di 4 Negeri Menurut Kajian

Bukan Melayu Penentu Di 4 Negeri Menurut Kajian

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 290 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kaji selidik Ilham Centre mendapati keputusan menjelang PRN Sabtu ini sangat kuat dipengaruhi undi daripada bukan Melayu terutama di empat daripada enam negeri Menjangkakan undi Melayu akan terpecah walaupun keter...
Bawa Mak Pah Lunch Di Zamira Dapur Kayu Di Pedas Negeri Sembilan

Bawa Mak Pah Lunch Di Zamira Dapur Kayu Di Pedas Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 256 hits
Assalamualaikum Ahad semalam dua beranak ni merayap lagi almost every weekend merayap semalam plak kisahnya pergi hantar baju kat anak buah SA yang SA lantik jadi pengapit dia mulanya x berani sebab kemetot alaaaa nak harap sape lagi kan mi...
Aminuddin Reappointed As Negeri Sembilan Mb

Aminuddin Reappointed As Negeri Sembilan Mb

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 223 hits
Negeri Sembilan Pakatan Harapan chairperson Aminuddin Harun was sworn in as menteri besar for the second term today Aminuddin 56 took the oath of office loyalty and secrecy before the Yang Dipertuan Besar of Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ib...
Muhyiddin Patut Letak Jawatan Gagal Tawab 2 Negeri

Muhyiddin Patut Letak Jawatan Gagal Tawab 2 Negeri

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 282 hits
Pengerusi PN Mahiaddin Yassin masih meroyan mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 11 apabila meminta Pengerusi Kerajaan Perpaduan serta Pengerusi BN meletak jawatan selepas prestasi Pilihan Raya Negeri di 6 negeri yang kurang memberangsa...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean