Perang Russia Ukraine Peringatan Untuk Tingkatkan Kesiapsiagaan Pertahanan Negara



Saudara Pengarang,
Serangan Russia ke atas Ukraine baru-baru ini telah menunjukkan pentingnya kesiapsiagaan angkatan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara. Soalannya, adakah Malaysia mempunyai keupayaan untuk mengatasi ancaman luar sekira berlaku konflik ketenteraan?
Di saat negara jiran mengumumkan pembelian jet tempur Rafale, kita pula mengumumkan penyewaan 4 buah helikopter Leonardo AW139 melalui kaedah “Government Operate, Company Own and Maintain” (GOCOM) sambil menunggu peruntukan daripada Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030).
Di saat mereka membuat perancangan untuk membeli kapal selam, kita pula masih menanti penyerahan kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang dijanjikan pada 2019.
Di saat kedaulatan negara dicabar, kelihatan pemimpin kita membisu seribu makna.
Projek pembinaan kapal LCS sepanjang 111 meter dengan jumlah sesaran sebanyak 3,100 tan, iaitu kapal tempur terbesar armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), bermula pada tahun 2014 setelah kontrak dianugerahkan kepada syarikat Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) dan kerja dijalankan berdasarkan rekaan Naval Group (syarikat Perancis).
Ketika diumumkan pada 2014, kapal LCS dikatakan mempunyai keupayaan halimunan. Namun, setelah penantian selama sedekad, kini sudah terserlah bahawa kapal tersebut bukan sahaja halimunan kepada radar musuh, tetapi juga di mata rakyat Malaysia.
Berikutan tragedi KRI Nanggala, kerajaan Indonesia telah mengambil inisiatif untuk memodenkan aset ketenteraan mereka. Persoalannya, adakah pihak berwajib kita sedang menunggu kejadian seburuk itu sebelum mengambil apa-apa tindakan?
Walaupun saya bersetuju bahawa kita sepatutnya “ukur baju di badan sendiri”, benar atau tidak andaian bahawa Malaysia tidak mampu untuk memperoleh aset ketenteraan canggih seperti negara lain?
 
Ayuh kita melihat fakta.
Malaysia bukanlah sebuah negara yang tidak mampu dari segi kewangan dan kepakaran.
Jurutera anak watan telah pun membuktikan kebolehan mereka dengan pembinaan kapal peronda kelas-Kedah yang dibina di Limbungan Lumut, kapal ronda laju kelas-Jerong di Limbungan Butterworth dan kapal peronda kelas-Musytari di Limbungan Pasir Gudang.
Ketiga-tiga kapal tersebut dibina di tanah air hasil daripada kerjasama di antara jurutera tempatan dan pemilik rekaan asing.
Dari segi kewangan pula, Malaysia dianggarkan terletak di tangga keempat dalam senarai ekonomi terbesar di Asia Tenggara dari segi keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun 2022 selepas Indonesia, Thailand dan Vietnam berdasarkan laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Namun, menurut data terbitan Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI) untuk tempoh masa 10 tahun dari 2010 ke 2020 pula, perbelanjaan Malaysia untuk aset ketenteraan hanya 1.426 bilion Dolar Amerika Syarikat (AS$). Jumlah tersebut adalah ke-6 tertinggi di Asia Tenggara selepas Vietnam (AS$6.865 bilion), Singapura (AS$5.925 bilion), Indonesia (AS$5.465 bilion), Thailand (AS$2.912 bilion), dan Myanmar (AS$2.702 bilion).
Perkara ini menunjukkan bahawa Malaysia kini menjadi bahan jenaka walhal kita mempunyai kemampuan dan kebolehan yang mencukupi untuk melaksanakan program perolehan aset ketenteraan dengan baik.
Saya juga harus menekankan bahawa penelitian saya ini bukan tentang keinginan untuk bermegah. Sebaliknya, saya hanya ingin menyeru agar Kerajaan lebih serius dalam program pembangunan aset strategik supaya Angkatan Tentera Malaysia kekal di tahap kesiapsiagaan yang tinggi, sekaligus menjamin bahawa kedaulatan negara kekal dalam keadaan terjaga.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai sejarah dipenuhi kisah kegagahan laksamana dan nakhoda di alam samudera, pihak berkuasa hendaklah mengambil langkah tegas untuk memperkasakan keupayaan pengawalan sempadan sebelum timbulnya keperluan yang mendesak.
Malaysia amat memerlukan program pemodenan aset ketenteraan laut kerana situasi geopolitik negara semakin genting.
Dengan kekerapan pencerobohan kapal asing semakin meningkat, kelewatan pembekalan kapal LCS akan merencatkan kemampuan Tentera Laut Diraja Malaysia untuk menjamin keselamatan perairan negara.
Malaysia terletak di laluan perdagangan global dan kawasan maritim strategik.
TLDM bertanggungjawab di atas kawasan maritim yang merangkumi perairan di Laut China Selatan dan laluan perdagangan Selat Melaka. Tanpa penambahan aset moden TLDM akan kekal dalam keadaan “overstretched” dan terpaksa menggunakan aset yang tidak sesuai dari segi umur, jenis dan keupayaan kapal.
Doktrin moden menekankan keupayaan “maritime domain awareness” yang melibatkan aset peperangan udara, permukaan laut, bawah laut dan elektronik. Namun, asasnya tetap sama.
Asasnya adalah kapal tempur dan kapal LCS merupakan aset paling penting untuk Malaysia muncul sebagai sebuah angkatan laut moden yang disegani.
Tanpa kapal tempur yang berteknologi canggih dan berkesan, angkatan laut kita akan ketinggalan jauh terkebelakang berbanding angkatan laut dari negara-negara lain.
Bukan sekadar bertempur, kapal LCS berkelengkapan canggih juga mampu menggerunkan para musuh sehingga memberikan Malaysia keupayaan pencegahan atau  “deterrence capability”.
Jika projek LCS tidak diteruskan, maka perancangan untuk menaikkan taraf kesiapsiagaan TLDM akan terkubur.
Maka, harus dikatakan sekali lagi bahawa isu keperluan terhadap LCS, kebolehan jurutera tempatan dan kemampuan kewangan tidak patut menjadi halangan kepada Malaysia.
Isu sebenarnya terletak pada sifat tamak dan rakus para pemegang amanah, serta perasaan teragak-agak oleh pihak berwajib yang membiarkan projek LCS dalam keadaan tergantung.
Kini, negara kita memerlukan keputusan jelas daripada kepimpinan peringkat tertinggi negara dan keberanian untuk menghukum para penderhaka yang telah memungut wang haram dari projek LCS, lantas menyumbang kepada isu kewangan projek.
Kerajaan juga perlu berani untuk terus mempertingkatkan tadbir urus dalam industri pertahanan. Isu rasuah adalah barah kepada negara kita dan kerajaan harus terus komited untuk memperkenalkan sebuah sistem perolehan aset pertahanan yang telus, adil dan beramanah.
TLDM perlu diperkasakan demi keselamatan anggota dan bagi mempermudahkan pasukan anggota laut kita menjalankan tugas mereka dalam menjaga kedaulatan negara.
Dengan ini, saya menutup nukilan saya dengan perasaan penuh harapan agar berita baik akan menyusul dan Kerajaan pusat, bersama dengan TLDM, BHIC dan Naval Group dapat bekerjasama untuk mengatasi isu kekangan aset TLDM.
Abdul Wahid Mohd Don (Pesara ATM)
Setiawangsa, Kuala Lumpur
 
Baca Artikel Menarik:
PRN Johor: BN dilihat lebih terkehadapan – Penganalisis Hampir 400 Pelancong Terkandas Di Pulau Perhentian Ekoran Cuaca Buruk [VIDEO] BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’ Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA Tiada seorang anak saya ditawar kerja dengan Goldman Sachs – Najib Leissner sogok suami Zeti Pengerusi EAIC tak tahu bagaimana sistem polis berfungsi – Hamid Saya tak ada kroni – Mahathir Mahkamah tolak rayuan Anwar kembalikan semula saman kes liwat Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api Shashic minta Shuk turunkan ilmu curang M’sian Penthouse Adult Model Releases A Song & Netizens Are Amazed By The MV And Her Voice Gempar! Babi Hutan Pecah Masuk Rumah, Selamba Lepak Atas Sofa Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’ Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

#PRNJohor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

The post Perang Russia-Ukraine peringatan untuk tingkatkan kesiapsiagaan pertahanan negara appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/28/perang-russia-ukraine-peringatan-untuk-tingkatkan-kesiapsiagaan-pertahanan-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Askar Ukraine Di Julang Sebagai Wira Negara Sanggup Letup Diri Halang Kemaraan Russia

Askar Ukraine Di Julang Sebagai Wira Negara Sanggup Letup Diri Halang Kemaraan Russia

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 203 hits
KIEV Seorang askar Ukraine dijulang sebagai wira negara kerana sanggup berkorban dengan meletupkan dirinya bagi memusnahkan sebuah jambatan untuk menghalang kemaraan tentera Rusia lapor akhbar The Sun kelmarin Vitaly Skakun Volodymyrovych y...
Kami Telah Ditinggalkan Sendirian Untuk Mempertahankan Negara Presiden Ukraine

Kami Telah Ditinggalkan Sendirian Untuk Mempertahankan Negara Presiden Ukraine

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 148 hits
Presiden Ukraine berkata negaranya telah ditinggalkan sendirian untuk melawan Rusia selepas Kremlin melancarkan pencerobohan besar besaran yang membunuh 130 rakyat Ukraine pada hari pertama Kami telah ditinggalkan sendirian untuk mempertaha...
Russia S Unlawful Invasion Of Ukraine

Russia S Unlawful Invasion Of Ukraine

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 198 hits
Feb 24 2022 will go down in the history of the early 21st century as a day in infamy Russian President Vladimir Putin s unprovoked and flagrant invasion of another independent sovereign nation constitutes a violent disregard of Ukraine s te...
Ringkasan Konflik Rusia Ukraine Hingga Tercetus Perang

Ringkasan Konflik Rusia Ukraine Hingga Tercetus Perang

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 546 hits
Apakah sebenarnya krisis dan konflik yang menyebabkan pergolakan antara negara Rusia dan juga Ukraine sehingga kemuncaknya menyebabkan tercetusnya peperangan pada tahun 2022 ini
Akhirnya Rusia Isytihar Perang Ke Atas Ukraine

Akhirnya Rusia Isytihar Perang Ke Atas Ukraine

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 255 hits
MOSCOW Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine menyifatkan ia sebagai operasi ketenteraan khas dan bukan bertujuan menduduki negara itu Menurut laporan akhbar Daily Mail Putin memberitahu anggota perkhid...
Perang Rusia Ukraine Boleh Meningkatkan Harga Petrol Elektrik Makanan Di Singapura

Perang Rusia Ukraine Boleh Meningkatkan Harga Petrol Elektrik Makanan Di Singapura

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 260 hits
Jika anda pernah ke mana mana di Internet baru baru ini anda pasti pernah mendengar tentang perang yang bakal berlaku antara Rusia dan Ukraine Tetapi jika anda tidak dikaitkan dengan berita anda boleh bermula di sini Walaupun kedua dua nega...
Rusia Isytihar Perang Ke Atas Ukraine

Rusia Isytihar Perang Ke Atas Ukraine

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 215 hits
MOSCOW Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine menyifatkan ia sebagai operasi ketenteraan khas dan bukan bertujuan menduduki negara itu Menurut laporan akhbar Daily Mail Putin memberitahu anggota perkhid...
Un General Assembly Demands Russia Withdraw From Ukraine

Un General Assembly Demands Russia Withdraw From Ukraine

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 189 hits
A UN police officer stands under a screen showing results from a vote on a resolution condemning Russia s invasion of Ukraine during the 11th emergency special session of the United Nations General Assembly at United Nations headquarters in...
Ukraine Russia War Driving Up Commodity Prices Khazanah

Ukraine Russia War Driving Up Commodity Prices Khazanah

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 200 hits
The implications of the Ukraine Russia war has resulted in soaring commodity prices amid sanctions imposed on Russia said Khazanah Nasional Bhd today Managing director Amirul Feisal Wan Zahir said Khazanah has a small exposure in Europe and...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran