Perang Rusia Ukraine Cia Dan Nato Penjahat Di Balik Tabir


Daripada apa yang dunia diberitahu rundingan damai pusingan keenam antara Rusia dan Ukraine telah selesai di Istanbul Turki pada penghujung Februari tahun 2022. Tidak ada berita lanjut menyusul hasil dari rundingan ini.


Apa yang jelas, kota-kota Ukraine terus dibedil oleh bala tentera Rusia dari darat, laut dan udara. Perang ini menimbulkan masalah orang pelarian.

Lebih dua juta warga Ukraine telah melarikan diri. Ada yang masuk ke Rusia, ke Belarus, ke Poland, ke Republik Czech dan negara jiran bersebelahan untuk mencari keselamatan.

Presiden Vladimir Putin memanggil perang ini sebagai special operation - operasi khas - dari Rusia.

Sementara itu, Presiden Volodymyr Zelenskyy menjerit terpekik terlolong melaung bahawa Ukraine telah diserang oleh Rusia.

Perangai terpekik terlolong Zelenskyy ini tidak menghairankan kerana sosok ini hanyalah seorang pelawak manakala Putin adalah bekas mata-mata gelap perisik KGB pada zaman Soviet Union. Putin juga pemain sukan judo dan pemilik tali pinggang hitam.

Putin ialah bekas perdana menteri Rusia dan menjadi presiden pada tahun 2000. Zelenskyy pula bekas pelawak yang bertukar menjadi pelakon dan kemudian menjadi presiden pada 2019.

Kalau kita membaca dan mengikuti laporan media Barat, Ukraine berjaya mengalahkan Rusia. Berpuluh ribu soldadu Rusia gugur. Ratusan kereta perisai Rusia musnah. Berpuluh jet pejuang Rusia telah ditembak jatuh.

Malah kuasa Putin sedang goyah dan bila-bila masa saja akan berlaku peralihan kuasa di Kremlin.

Bacaan politik seperti ini meyakinkan Presiden Joe Biden ketika berucap di Poland telah berkata "this man has to go.."

Putin wajib berambus.

Tak dilapor media Barat

Putin digambarkan sebagai Hitler jenis baru. Bekas setiausaha negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice bersuara mengatakan bahawa Putin tidak memiliki kewarasan fikrah lagi sehingga sanggup menghantar bala tentera Rusia untuk 'mati katak' di Ukraine.

Dilaporkan oleh media Barat bahawa rancangan 'perang jahat' Putin ini telah gagal meleset.

Seluruh dunia mengikut laporan media Barat sedang menyekat ekonomi Rusia dan saban hari rakyat dunia mengutuk Putin.

Media seperti stesen CNN, BBC, DW dari Jerman, ABC dari Australia - semua memberi laporan betapa Putin telah membuat silap besar.

Putin menyangka rakyat Ukraine akan menyambut soldadu Rusia dengan tangan terbuka.

Tidak cukup dengan ini stesen RT (Russia Today) telah dilarang beroperasi di Amerika Syarikat dan negara Eropah. Internet dan YouTube telah menghalang kemasukan semua berita yang berpunca dari Rusia.

Justeru kita hanya mendengar satu cerita sahaja. Cerita orang jahat bernama Putin. Cerita lain media Barat tidak lapor.

Bayangkan, ramai warga dunia tidak sedar bahawa Presiden Zelenskyy ini hanyalah seorang pelawak.

Apa sebenarnya terjadi?

Tulisan ini akan cuba memberi pencerahan tentang perang yang telah berlaku semenjak lapan tahun.

Selama lapan tahun berita perang ini ditutup dan tidak dihebohkan daripada diketahui warga dunia.

Tidak seperti yang berlaku sekarang - Perang Ukraine yang dihebohkan - perang 'senyap' ini telah mengorbankan lebih 14,000 nyawa.

Lapan tahun? Kenapa lapan tahun? Bukankah Perang Ukraine hanya bermula pada 24 Feb 2022?

Betul. Tarikh 24 Februari 2022 adalah permulaan special operation dari Rusia.

Operasi khas ini adalah sambungan perang lapan tahun yang berlanjutan dari wilayah Donbass di timur Ukraine. Perang ini telah bermula pada tahun 2014 lagi.

Apa punca perang yang bermula pada tahun 2014?

Perang Donbass ini tidak dilapor dan tidak dihebohkan oleh media Barat. Malah punca Perang Donbass ini juga cuba disorokkan.

Pada tahun 2014, satu rampasan kuasa telah berlaku di Kyiv ibu kota Ukraine. Dengan slogan antirasuah dan menentang oligarch, rakyat telah keluar berdemo ke jalan raya.

Hasilnya, kerajaan Presiden Victor Yunokovych yang dipilih oleh rakyat jatuh. Presiden Yunokovych lari ke Rusia untuk menyelamatkan diri.

Di belakang rampasan kuasa 2014 ini ialah kumpulan Azov, kumpulan Nazi bentuk baru sambungan dari ideologi Hitler peninggalan Perang Dunia Kedua.

Batalion Azov tersusun dan bersenjata. Mereka inilah yang mengepung, mengganas dan membunuh di Istana Presiden di Dataran Maidan Kyiv pada 2014.

Permulaan perang 8 tahun lalu

Di belakang rampasan kuasa 2014 ini ialah CIA dan Amerika Syarikat, yang memberi sokongan moral dan dana untuk menjatuhkan Yunokovych.

Puan Victoria Nuland diplomat Amerika yang bertugas di Kyiv telah mengaku bahawa Amerika telah membelanjakan AS$5 bilion dolar untuk rancangan menjatuhkan kerajaan Yunokovych. Dana ini disalurkan kepada parti politik dan pelbagai kumpulan NGO.

Peranan CIA dalam babak rampasan kuasa 2014 ini tidak dihebohkan oleh media arus perdana Barat.

Rampasan kuasa 2014 yang ditaja oleh AS ini mengubah politik Ukraine. Dari sebuah negara yang berbaik dengan Rusia menjadi negara yang mahu menjadi sekutu Eropah dan mahu menjadi anggota Nato.

Di wilayah Donbass – sama seperti empat wilayah Selatan Siam berbangsa Melayu – di Donbass berbangsa Rusia.

Bila rampasan kuasa 2014 berlaku, warga etnik Rusia di Donbass bangun melawan kerajaan pusat di Kyiv. Mereka tidak mahu memusuhi Rusia.

Tentera Ukraine datang untuk menundukkan pemberontakan dan gerakan pemisah. Masuk batalion Azov – kumpulan neo-Nazi. Inilah permulaan perang lapan tahun dahulu.

Dalam masa yang sama satu pungutan suara telah dijalankan pada Februari 2014 di Crimea, yang mana penduduknya adalah etnik Rusia. Hasil pungutan suara, 97 peatus warga mahu Crimea masuk menjadi Persekutuan Rusia.

Media Barat juga tidak menghebohkan bahawa Crimea ini asal usulnya adalah sebahagian dari Rusia.

Pada tahun 1953, untuk menstabilkan politik Ukraine, Nikita Khrushchev ( 1894-1971) yang ketika itu memimpin Rusia telah memberikan wilayah Crimea ini kepada Ukraine.

Apa yang media Barat hebohkan hanyalah pungutan suara ini tidak diiktiraf oleh dunia. Sejarah, asal usul Crimea tidak di hebohkan.

Perang di wilayah Donbass berterusan hingga diadakan Perjanjian Minsk. Perjanjian ini meredakan perang, memulang tahanan perang, menghormati sempadan yang sedia wujud dan mengundurkan senjata berat.

Perjanjian Minsk ini ditandatangani oleh Rusia dan Ukraine di Minsk ibu negara Belarus pada 5 September 2014.

Tetapi keganasan batalion Azov di wilayah Donbass berterusan. Bentrokan dan pertempuran sering berlaku walaupun telah ada Perjanjian Minsk yang mengajukan damai.

Tiba-tiba Presiden Zelenskyy yang dipilih pada tahun 2019 menghidupkan kembali niat Ukraine untuk menjadi anggota Nato.

North Atlantic Treaty Organisaton (Nato) ini adalah perjanjian di bawah telunjuk Amerika.

Nato – perjanjian politik dan ketenteraan ini ditubuhkan pada tahun 1949.

Sambut dengan tangan terbuka

Tujuan Nato: Untuk menentang negara-negara blok Soviet Union yang dipimpin oleh Rusia setelah tamat Perang Dunia Kedua.

Sebagai jawapan kepada Nato – enam tahun kemudian pada tahun 1955, Soviet Union mendirikan Warsaw Pact.

Perjanjian Warsaw ini menyatukan negara Blok Soviet dalam hal politik, ekonomi dan kerjasama.

Dua blok – blok Amerika dan blok Soviet menjadi protagonis Perang Dingin. Dari tahun 1947 hingga runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989 dua blok – superpower - ini bertelagah.

Asas Perang Dingin dua blok ini ialah pertempuran dua ideologi, sistem ekonomi kapitalis yang dikepalai oleh Amerika dan ideologi sistem ekonomi sosialis yang dipimpin oleh Rusia.

Suasana politik berubah. Pada tahun 1985 Rusia di bawah Mikhail Gorbachev (1931) membawa 'perestroika' dasar baru yang terbuka.

Amerika di bawah Ronald Reagan (1911-2004) menyambut dasar Rusia ini dengan tangan terbuka.

Akhirnya, Amerika di bawah Presiden Ronald Reagan dan Soviet Union di bawah Presiden Mikhail Gorbachev berjabat tangan.

Dua bekas musuh ini bertemu di Geneva (1985), di Reykjavik (1986), di Washington DC (1987) dan di Moscow (1988). Permusuhan tamat.

Tembok Berlin runtuh pada tahun 1989. Blok Soviet Union dimansuhkan. Perang Dingin tamat. Perjanjian Warsaw terbatal dengan sendirinya.

Salah satu perkara yang dipersetujui oleh Reagan dan Gorbachev ialah Nato tidak akan menambah ahli dan menular ke Timur hingga ke sempadan Rusia.

Sayangnya persetujuan ini tidak dihitamputihkan antara Reagan dengan Gorbachev.

Dunia mengalu-alukan tamatnya Perang Dingin. Tetapi Nato masih wujud. Nato masih dengan agenda utama menjadikan Rusia sebagai musuh.

Bukan saja Nato tidak dimansuhkan malah terus menerima negara baru sebagai anggota.

Negara bekas Perjanjian Warsaw dan Blok Soviet: Hungary, Republik Czech, Albania, Crotia, Estonia, Latvia, Lithuania, Monte Negro, Romania, Slovakia, Slovania dan Poland, kini menjadi anggota Nato.

Nato ditubuhkan dengan satu tujuan: Menentang Rusia dan Soviet Union. Kini Soviet Union tidak wujud tetapi niat dan tujuan Nato masih lagi melihat Rusia sebagai musuh.

Bila Ukraine berniat hendak menjadi anggota Nato, ertinya Ukraine hendak bermusuh dengan Rusia.

Rusia telah memberi amaran dan memberi ingatan berkali kali. Jangan luaskan anggota Nato hingga sampai ke depan pintu Rusia.

Negara-negara bekas Blok Soviet yang menjadi anggota Nato tidak dilihat mengancam keselamatan Rusia, tetapi Ukraine sangat istimewa.

Ukraine dan Rusia bersempadan – seperti Tanah Semenanjung bersempadan dengan Siam.

Justeru jika Ukraine menjadi anggota Nato ini bermakna senjata nuklear Nato boleh dipasang betul-betul di tepi katil Rusia.

Media Barat dan penyokong Nato sentiasa berhujah hak Ukraine untuk membuat perjanjian dengan sesiapa sahaja. Ini kerana Ukraine negara berdaulat.

Betulkah hujah ini?

Untuk memahami hujah ini mari kita kembali ke tahun 1962. Ketika ini Perang Dingin sedang memuncak. Rusia dipimpin oleh Nikita Khrushchev manakala Amerika dipimpin oleh John F Kennedy (1917-1963).

Rusia dengan senyap-senyap telah cuba memasang senjata nuklear di Cuba. Bayangan jarak Cuba dengan Amerika Syarikat hanya 90 batu.

Semua kota Amerika menjadi sasaran senjata Rusia. Bila rancangan Rusia ini diketahui oleh badan perisik Amerika maka terjadi apa yang kini diingati sebagai Cuban Missile Crisis.

Presiden Kennedy membantah. Pertelagahan terjadi. Dunia hampir meledak dengan senjata nuklear. Amerika berkeras menolak rancangan Cuba untuk menempatkan senjata Rusia di negara mereka.

Betul – Cuba negara berdaulat boleh membuat perjanjian dengan sesiapa saja. Ini hak Cuba. Tetapi memasang senjata nuklear di Cuba mengancam keselamatan Amerika Sarekat.

Akhirnya Rusia membatalkan niat untuk memasang missile di Cuba.

Babak ini sama dengan apa yang berlaku di Ukraine sekarang. Tetapi media Barat langsung tidak membuat perbandingan dengan apa yang berlaku pada tahun 1962 dengan apa yang berlaku pada tahun 2022.

Bulan Februari 2022, Presiden Zelenskyy mengoyakkan Perjanjian Minsk. Wilayah Donbass yang majoritinya etnik Rusia kembali dibedil. Kumpulan neo-Nazi Azov kembali mengganas.

Justeru pada 22 Februari 2022, Parlimen Rusia mengiktiraf wilayah Donbass sebagai negara merdeka.

Dua hari kemudian Presiden Putin melancarkan apa yang dipanggil 'special operation – operasi khas' ke atas Ukraine.

Dua tujuan asal operasi ini. Pertama 'denazification' membebaskan pengaruh Nazi di wilayah Donbass.

Kedua untuk mempertahankan hak etnik Rusia menggunakan bahasa Rusia yang diganyang dan ditindas di Ukraine.

Apakah perang akan berterusan?

BACA INI JUGA: 10 Peperangan Yang Bermula Dengan Pembohongan Amerika SyarikatAl-Malhamah Al-Kubra, Perang Besar Di Tanah Arab Dan Iran Tanda Akhir Sebelum Kiamat
sumber: malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/04/punca-perang-rusia-ukraine.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konvoi Tentera Rusia Panjang Hampir 13 Kilometer Menuju Selatan Ukraine

Konvoi Tentera Rusia Panjang Hampir 13 Kilometer Menuju Selatan Ukraine

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 365 hits
IMEJ satelit menunjukkan ratusan kenderaan tentera mengikuti konvoi ke selatan Velkyi Burluk di Ukraine AFP KIEV Beberapa imej satelit baharu yang disiarkan firma Maxar Technologies memaparkan konvoi kenderaan tentera Rusia sepanjang 12 9 k...
Askar Rusia Didakwa Serah Kereta Kebal Demi Wang Tunai Kewarganegaraan Ukraine

Askar Rusia Didakwa Serah Kereta Kebal Demi Wang Tunai Kewarganegaraan Ukraine

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 154 hits
Andrusiv memuat naik imej ini beserta dengan dakwaannya mengenai seorang askar Rusia yang menyerah kalah Twitter KIEV Ukraine Seorang askar Rusia yang menyerahkan kereta kebalnya akan menerima ganjaran tunai berjumlah 7 500 selain layak mem...
Jenderal Ketujuh Rusia Tewas Dalam Perang Di Ukraina

Jenderal Ketujuh Rusia Tewas Dalam Perang Di Ukraina

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 281 hits
Semangat juang para prajurit Rusia yang rendah disebut sebut sebagai penyebab komandan senior mereka harus terjun langsung ke garis depan pertempuran
Sri Mulyani Waspadai Dampak Perang Rusia Ukraina Dan Covid 19 Yang Kembali Menyebar

Sri Mulyani Waspadai Dampak Perang Rusia Ukraina Dan Covid 19 Yang Kembali Menyebar

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 163 hits
Kenaikan harga komoditas ini juga perlu diwaspadai dampaknya ke Tanah Air Apalagi dari sisi kebijakan global The Fed mulai melakukan tapering
Pas Chief Accuses Ukraine Of Being Zionists Nato Of Intentionally Provoking Russia

Pas Chief Accuses Ukraine Of Being Zionists Nato Of Intentionally Provoking Russia

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 160 hits
PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang has accused war torn Ukraine of being a Zionist country and labelled the war between themselves and invading Russia as part of a ploy to force Jewish Ukrainians to seek refuge in Israel to build the st...
Tentera Rusia Selamatkan Kru Helikopter Ukraine

Tentera Rusia Selamatkan Kru Helikopter Ukraine

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 256 hits
MELITOPOL Dua kru sebuah helikopter Ukraine mengucapkan terima kasih kepada tentera Rusia kerana menyelamatkan dan memberi rawatan perubatan pada 5 April lalu sehingga mereka dapat meneruskan hidup Dalam satu kenyataan yang disiarkan media ...
2 Tentera Rusia Maut Selepas Makan Roti Beracun Diberi Oleh Rakyat Ukraine Di Kharkiv

2 Tentera Rusia Maut Selepas Makan Roti Beracun Diberi Oleh Rakyat Ukraine Di Kharkiv

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 168 hits
2 tentera Rusia maut selepas makan roti beracun diberi oleh rakyat Ukraine di KharkivDua tentera Rusia berhampiran Kharkiv meninggal dunia selepas memakan roti berisi racun yang diberi oleh rakyat Ukraine dakwa agensi perisikan Ukraine Dua ...
Rusia Ugut Finland Hancur Sekiranya Sertai Nato

Rusia Ugut Finland Hancur Sekiranya Sertai Nato

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 148 hits
Rusia ugut Finland hancur sekiranya sertai NATO Seorang wakil rakyat Rusia memberi amaran kepada Finland mengenai impak serius yang bakal diterima sekiranya Helsinki memilih untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara lapor akhbar ...
Ukraina Klaim 18 300 Tentara Rusia Terbunuh Dalam Perang

Ukraina Klaim 18 300 Tentara Rusia Terbunuh Dalam Perang

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 159 hits
Ukraina menyampaikan sebanyak 18 300 tentara Rusia terbunuh di negara itu saat perang memasuki hari ke 40
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa