Askar Rusia Didakwa Serah Kereta Kebal Demi Wang Tunai Kewarganegaraan Ukraine
Andrusiv memuat naik imej ini beserta dengan dakwaannya mengenai seorang askar Rusia yang menyerah kalah. – Twitter
KIEV, Ukraine – Seorang askar Rusia yang menyerahkan kereta kebalnya akan menerima ganjaran tunai berjumlah £7,500 (RM41,606) selain layak memohon kewarganegaraan Ukraine, demikian menurut satu dakwaan seperti laporan akhbar Daily Star semalam.
Menurut Daily Star, askar Rusia itu dikatakan kecewa selepas mendapati pencerobohan berterusan ke atas Ukraine tidak mempunyai hala tuju yang jelas.
Menteri Dalam Negeri Ukraine, Victor Andrusiv berkata, anggota tentera bernama Misha itu adalah askar terakhir yang berada di dalam kereta kebal Rusia tersebut.
Dia dikatakan takut ditembak mati oleh komander Rusia sekiranya dikesan telah melarikan diri dari medan perang.
Satu perbincangan antara Misha dengan askar Ukraine diatur selepas dia menghubungi mereka.
“Beberapa hari lepas, Misha menelefon kami. Dia memberikan maklumat kepada perisikan tentera Ukraine. Mereka menandakan lokasinya dan dia tiba menemui kami. Pemeriksaan dron mendapati dia berseorangan,” kata Andrusiv.
Tambah Andrusiv, Misha akan menerima ganjaran berupa wang tunai pada akhir peperangan itu.
Pada masa yang sama, dia juga diberikan sebuah televisyen, telefon, dapur dan bilik mandi selain akan diberi peluang untuk memohon kerakyatan Ukraine.
Askar Ukraine sering menghantar pesanan teks kepada tentera Rusia bagi menawarkan mereka peluang untuk menyerah kalah dan menyerahkan peralatan ketenteraan. – AGENSI
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Penjaja sorok jeruk dalam longkang, tepi loji kumbahan
Gambar Bersama Wanita Seksi, Chubb-E Mahu Cari Tukang Sebar
Kutuk rambut isteri, Chris Rock makan penampar Will Smith dalam Oscar [VIDEO]
Mabuk punya pasal
BN anak tirikan P. Pinang, Najib dedahkan lagi putar belit DAP
Nusantara bakal mengubah ekonomi Indonesia
Najib luluskan kemudian Kerajaan PH tangguhkan dan swastakan projek kepada kroni
2 artis berdepan hukuman gantung
Biden hilang akal dan cakap tak pakai otak
Sultan Johor biaya kos bina semula gerai terbakar di Felda Ulu Tebrau
Nad Zainal Lega Babak Panas Dirinya Dalam Drama Ditayangkan Sebelum Mula Puasa
Perempuan ‘telanjang’ dalam MV Chubb-E pula heboh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)
Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah
Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’
The post Askar Rusia didakwa serah kereta kebal demi wang tunai, kewarganegaraan Ukraine appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/28/askar-rusia-didakwa-serah-kereta-kebal-demi-wang-tunai-kewarganegaraan-ukraine/