Perang Harga Minyak Tamat Al Hamdulillah Berita Baik Untuk M Sia




ALHAMDULILLAH syukur, berita gembira untuk kita. Akhirnya selepas sebulan perang harga minyak meletus antara Arab Saudi dan Rusia yang menjatuhkan harga minyak global di saat krisis COVID-19, hari ini kedua-dua negara melalui OPEC+ telah bersetuju untuk menamatkan perang berkenaan.

Tamatnya perang harga minyak ini menjanjikan potensi berita baik untuk negara kita dan negara pengeluar minyak lain yang lebih bersifat ‘price taker’ – Kerajaan yang pendapatannya agak bergantung pada kenaikan harga minyak, tetapi tidak mampu untuk mempengaruhi harga minyak.

Bagi negara kita, sekitar 30.9 peratus daripada pendapatan Kerajaan adalah disumbang oleh hasil petroleum. Tamatnya perang harga minyak ini dijangka meningkatkan harga minyak sebanyak USD15 setong dalam masa terdekat. Setiap kenaikan harga minyak sebanyak USD1 satu tong pula akan menyaksikan Kerajaan kita meraih pendapatan sebanyak RM300 juta.

Kedua-dua Arab Saudi dan Rusia serta negara-negara anggota OPEC yang lain bersetuju untuk memotong pengeluaran minyak masing-masing sebanyak 9.7 juta tong sehari, kurang sedikit berbanding cadangan asal iaitu 10 juta tong. Sekali gus menjanjikan kenaikan harga minyak ke paras yang stabil.Presiden Amerika Donald Trump menjadi pemenang terbesar apabila beliau bukan sahaja ‘berjaya’ menjadi perantara Presiden Andres Manuel Lopez Obrador (Mexico), Presiden Vladimir Putin (Rusia), dan juga Raja Salman (Arab Saudi) dalam rundingan menamatkan perang harga minyak ini, bahkan beliau ‘berjaya’ memastikan bahawa tiada pemotongan besar dalam pengeluaran minyak Amerika.Hal ini bermakna dalam keadaan Arab Saudi dan Rusia bersetuju untuk memotong pengeluaran minyak masing-masing – sekali gus menjanjikan kenaikan harga minyak global – Amerika yang tidak perlu memotong banyak pengeluaran minyak mereka akan menikmati keuntungan.Keadaan ini menjadikan peluang Donald Trump untuk menghadapi Pilihan Raya Presiden Amerika 2020 semakin cerah kerana ‘kejayaan’ beliau menamatkan perang harga minyak ini akan menaikkan harga minyak, tanpa Amerika perlu memotong banyak pengeluaran minyak, sekali gus menguntungkan industri ‘shale oil’ Amerika, negeri-negeri pengeluar minyak di Amerika, dan juga gergasi minyak seperti Exxon.Untuk rekod, perang harga minyak ini meletus pada Mac 2020 apabila Arab Saudi meningkatkan pengeluaran minyak – kemuncaknya hingga ke 12.3 juta tong sehari pada April – di samping memberikan diskaun kepada para pelanggannya di Eropah, Asia, dan Amerika Syarikat.Arab Saudi sengaja bertindak sedemikian untuk menjatuhkan harga minyak dengan lebih buruk sebagai isyarat tidak berpuas hati dengan tindakan Rusia yang sebelum itu enggan untuk mengurangkan pengeluaran ketika wabak COVID-19 mula memberi impak.Tindakan Rusia ketika itu adalah sebagai balasan kepada Amerika Syarikat – sekutu rapat Arab Saudi – yang menekan pengeluar minyak terbesar Rusia Rosneft (ROSN.MM) supaya menjual aset mereka di Venezuela, negara yang dikuasai sekutu Rusia iaitu Nicolas Maduro (Sosialis pewaris Hugo Chavez yang ingin digulingkan Amerika).Hakikatnya, meski pun Rosneft melepaskan pegangan mereka daripada aset-aset di Venezuela, namun ia telah dibeli oleh syarikat-syarikat milik Kerajaan Rusia (kroni Presiden Vladimir Putin) juga. Maka pelan Amerika untuk menghapuskan pengaruh Rusia di Venezuela tetap gagal meski pun Rosneft menjual aset mereka di Venezuela.Ternyata, pihak yang paling rugi dalam perang harga minyak ini ialah Arab Saudi sendiri. Saham Aramco jatuh, manakala sekitar 40 peratus pendapatan Kerajaan mereka bergantung pada harga minyak yang telah mereka sendiri jatuhkan. Amerika khususnya Trump menang di mata syarikat gergasi minyak dan juga negeri-negeri pengeluar minyak di Amerika. Rusia pula masih berjaya mengekalkan pengaruh mereka dalam industri minyak Venezuela melalui proksi Kremlin.Apa yang pasti, kita di Malaysia perlu berdoa semoga tamatnya perang harga minyak ini akan menyaksikan kenaikan harga minyak yang signifikan demi meningkatkan pendapatan Kerajaan bagi terus berhadapan dengan krisis COVID-19.Semoga Allah peliharakan ekonomi politik kita.Oleh: ABDUL MUEIN ABADI
Penulis ialah Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda – HARAKAHDAILY 13/4/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/04/perang-harga-minyak-tamat-al.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arab Saudi Menagguhkan Keputusan Mengenai Harga Minyak Mentah Sekali Lagi

Arab Saudi Menagguhkan Keputusan Mengenai Harga Minyak Mentah Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 262 hits
Ahli politik Mexico Andres Manuel Lopez Obrador sedang mempertimbangkan peningkatan dalam pengeluaran minyak di negaranya tetapi tanpa mengeksport sepenuhnya Iaitu dia merancang untuk mengurangkan bekalan di luar negara selama beberapa tahu...
Harga Minyak Terus Tunjuk Trend Penurunan

Harga Minyak Terus Tunjuk Trend Penurunan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 269 hits
Berikut merupakan senarai harga terbaharu bahan api kitaran bermula dari 11 17 April 2020 Mengikut pengumuman terbaharu itu kesemua harga bahan api mengalami penurunan dari 7 9 sen berikutan ketidaktentuan harga pasaran dunia Senarai harga ...
Minyak Terdapat Penembusan Harga Namun Tidak Ada Pertumbuhan

Minyak Terdapat Penembusan Harga Namun Tidak Ada Pertumbuhan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 228 hits
Menteri tenaga Arab Saudi mengatakan bahawa dia bersedia untuk mengurangkan pengeluaran minyak jika perlu Apabila kita memerlukan terima kasih kepada fleksibiliti dan pragmatisme kita boleh melakukan lebih banyak daripada yang sepatutnya ki...
Harga Minyak Susut Semula

Harga Minyak Susut Semula

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 284 hits
By 3 April 2020Gambar hiasan foto AgensiMELBOURNE Harga minyak susut dalam dagangan hari ini selepas merekodkan keuntungan besar sehari pada sesi terdahulu selepas Donald Trump memaklumkan beliau sudah menjadi orang tengah dalam rundingan p...
Imbas Virus Corona Harga Minyak Mentah Maret Anjlok Jadi Usd34 23 Per Barel

Imbas Virus Corona Harga Minyak Mentah Maret Anjlok Jadi Usd34 23 Per Barel

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 234 hits
Meluasnya wabah virus corona atau Covid 19 sebagai pandemi global terus menekan harga minyak dunia Kondisi ini berdampak pula pada pergerakan harga rata rata minyak mentah Indonesia atau Indonesian Crude Price bulan Maret 2020
Kabar Baik Orang Indonesia Ciptakan Rapid Test Covid 19 Mandiri Dengan Harga Murah

Kabar Baik Orang Indonesia Ciptakan Rapid Test Covid 19 Mandiri Dengan Harga Murah

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 227 hits
Santo Purnama merupakan salah satu entreprenuer Indonesia yang berhasil mengembangkan rapid test Covid 19 secara mandiri Dalam waktu 4 bulan Santo mengembangkan teknologi pengetesan melalui perusahaannya sendiri
Malaysia Hilang Hasil Rm300 Juta Setiap Satu Dolar Harga Minyak Jatuh

Malaysia Hilang Hasil Rm300 Juta Setiap Satu Dolar Harga Minyak Jatuh

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 292 hits
Pada setiap satu dolar harga minyak jatuh M sia hilang hasil RM300 jutaMalaysia akan kehilangan RM300 juta bagi setiap kejatuhan harga minyak mentah dunia sebanyak AS 1 setong kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mustapa Mohamed Beliau berkata ba...
2 Wni Di Australia Positif Covid 19 Kondisinya Baik

2 Wni Di Australia Positif Covid 19 Kondisinya Baik

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 191 hits
Sampai hari ini 6 560 orang di Australia terkonfirmasi positif virus Corona Pasien meninggal 69 orang sedangkan angka kesembuhan mencapai 4 132 kasus
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo