Perang Dagang China As Mungkin Berakhir Julai
Perang dagang China – AS mungkin berakhir Julai?Posted By: Pentadbiron: June 30, 2019 Print EmailPresiden Donald Trump berkata detik “bersejarah” bakal tercipta andai Amerika Syarikat (AS) dan China dapat mengadakan perjanjian perdagangan yang adil, lapor agensi berita Anadolu.Trump berkata demikian pada pertemuannya dengan Presiden China Xi Jinping di luar Sidang Kemuncak G20 di Jepun pada Sabtu, lapor agensi berita Anadolu.Hasil mesyuarat berkenaan menjadi penentu sama ada perang perdagangan dan tarif akan berlarutan di antara kedua-dua kuasa dunia itu.“Sebenarnya hubungan kita erat dan…berlaku sedikit pertikaian tetapi kini kita kembali rapat,” kata Trump pada sidang media yang turut dihadiri Presiden Xi.Sengketa perdagangan jelas menjejaskan kedua-dua negara menyaksikan banyak syarikat Amerika dan China kerugian berbilion dolar, mempengaruhi sektor perkilangan dan rangkaian bekalan, selain mewujudkan ketidaktentuan pasaran di seluruh dunia.Trump sebelum ini dilaporkan berkata akan memperluas tarif sedia ada ke atas semua barangan import China ke AS, andai tiada kemajuan berhubung permintaan AS untuk pembaharuan ekonomi.Xi berkata China bersedia berbincang mengenai isu asas yang menjadi perbalahan dan menggesa mengadakan dialog.Katanya, walaupun banyak perubahan berlaku dalam hubungan China-AS sejak 40 tahun lalu, “satu fakta yang tidak disangkalkan ialah kedua-dua negara mendapat manfaat daripada kerjasama sedangkan sengketa hanya merugikan.”“Kerjasama dan dialog lebih baik daripada perpecahan dan konfrontasi,” kata XiSejak mengambil alih pentadbiran pada 2016, Trump sering menuduh China menjalankan perang perdagangan tidak adil terhadap AS dengan memberi subsidi kepada perniagaan milik China, selama bertahun-tahun mencuri harta intelek AS dan menekan syarikat Amerika supaya berkongsi rahsia perdagangan jika mahu berurus niaga di China.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2019/06/perang-dagang-china-as-mungkin-berakhir.html