Perancangan Rapi Yang Agak Mengusarkan Situasi Siapa Punya Angkara
Nampaknya keadaan makin panas dan kritikal di lokasi tapak kuil Seafield Sri Maha Mariamman.
Rusuhan ganas terjadi dan dikatakan ada lagi kereta terbakar menjadikan jumlah 24 buah kereta dibakar perusuh.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/27/kereta-dibakar-pejabat-pemaju-dipecah-penunjuk-perasaan-kuil-di-seafield/
Malah perusuh menganggu laluan LDP (Lebuhraya Damansara Puchong) sehingga jalan terhalang dan lalu lintas terhenti.
Ramai yang tidak bersalah terbabit, katanya dua penunggang motorsikal yang kebetulan melalui kawasan himpunan itu dipukul tanpa belas.
Paling sedih bomba yang menjalankan tugas untuk memadamkan kebakaran juga dijadikan mangsa oleh perusuh.
https://www.kinitv.com/video/67903O74
Apa semua ini? Adakah keadaan kritikal ini sudah dirancang rapi? Tidak diketahui sepenuhnya.
Siapa perancangnya?
TANGAN-TANGAN GHAIB MENJERAT RAKYAT DALAM KETEGANGAN KAUM MELALUI ISU KUIL DI SEAFIELD
Kaum India adalah kaum yang sangat pantang agamanya dicuit, apatah lagi rumah ibadatnya cuba dirobohkan walau atas alasan apa sekalipun. Untuk membakar kemarahan masyarakat India tidak sukar bagi si tangan ghaib - gunakan sahaja kuil.
Orang Melayu juga pantang dicabar dan tegar berpantang maut sebelum ajal andai mereka dituduh keterlaluan.
Orang Cina akan bingkas jika ekonomi jadi taruhan.
Tangan-tangan ghaib mula menjalankan tugas demi menjayakan agenda yang lebih besar. Ratifikasi ICERD hanya sub agenda yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan agenda yang lebih besar.
Gangster melayu telah diperangkap untuk melibatkan diri dalam pengambilan tanah tapak kuil. Inilah yang berlaku sekiranya yang bergelar melayu itu tidak benar-benar mengikut lunas Islam. Jika mereka ikut lunas Islam yang sebenar, mereka tidak akan sesekali menerima sebarang upah atau tugasan yang berkaitan dengan rumah ibadat orang lain.
Menjadi satu tanda tanya, apa perlunya penyerang-penyerang ini memakai topeng segala untuk menyorokkan identiti diri tetapi sebelum serangan telah melaungkan takbir? Tidakkah itu akan mendedahkan terus identiti mereka dan akan dikaitkan dengan MUSLIM serang kuil? Dan apa pula perlunya mereka "mencicirkan" kad pengenalan dan juga SIJIL SILAT GAYONG dalam serangan subuh hari tersebut seolah-olah ingin memberitahu semua orang bahawa mereka ialah melayu?
Penyerang pula dikatakan berbaju hijau - warna yang sinonim dengan parti berlandaskan Islam, PAS. Dan dijumpai pula baju korporat berwarna merah, berlogo bunga raya bersama-sama sampul berlabel pendaftaran keahlian Bersatu dan parti ini adalah parti yang sinonim dengan pribumi (melayu dan bumiputera).
Heboh diperkatakan oleh netizen pula, dalam kalangan ahli lembaga pengarah syarikat pemaju itu ada seorang saudara rapat kepada Ahli Parlimen DAP.
Dan sekarang ini di segenap ceruk media sosial, cuba digambarkan kekecohan yang berlaku adalah disebabkan serangan melayu ke atas kuil hindu sedangkan perkara induk di sebaliknya adalah sangat berbeza.
Satu perkara yang rakan-rakan berbangsa India di negara ini harus sedar ialah wujudnya orang-orang politik yang sedang mempergunakan kaum India untuk mereka naik ke atas. Dahulu rakan-rakan berbangsa India dipergunakan untuk bantu kemenangan BN dan pejuang mereka si waytha telah mendapat imbalan kerusi Timbalan Menteri walaupun sebelum itu sampai ke Hague dia membawa isu bangsanya ditindas oleh BN.
PRU14 rakan-rakan India kita ini dipergunakan sekali lagi, kali ini untuk membantu menaikkan PH pula tetapi nasib mereka tetap juga sama. Kalau penulis jadi orang india, penulis sedikit pun tidak akan percaya kepada waytha lagi.
Selama ini kaum India patuh dan ikut cakap waytha dan menganggap dia seorang wira hingga memberi undi kepada BN dulu dan sekarang PH pula.
Dahulu dia dapat jadi Timbalan Menteri dan sekarang dia dah jadi menteri penuh, isu kuil tak jugak dapat dia selesaikan. Yang makin tebal poketnya hanya dia. Terbayang kereta jaguarnya yang menjalar itu. Bangsanya yang konon dia perjuangkan tu tetap juga semakin terhimpit.
Kepada kaum India di Malaysia ini, ayuh kita bersatu di bawah urus tadbir Islam. Lihat di Kelantan bagaimana harmoninya masyarakat India di sana hidup di bawah pentadbiran Islam di bawah teraju kerajaan PAS. Tiada isu roboh meroboh kuil di sana bahkan kaum India di Kelantan bebas mengamalkan adat dan amalan keagamaan mereka walaupun mereka hanya kelompok minoriti di sana. Islam adalah satu agama yang melarang sebarang bentuk penindasan terhadap agama dan bangsa lain.
"Untukmu agamamu dan untukku agamaku".
Tahniah kepada PAS Kota Raja dan juga Ikatan atas ziarah yang dibuat ke Kuil Sri Mahamariamman di Seafield bagi membawa mesej Islam cintakan keamanan dan menyerang rumah ibadat agama lain bukanlah satu praktis dalam Islam.
Semoga kita semua tidak mudah terpengaruh dengan kerja-kerja jahat dari "tangan-tangan ghaib" itu.
Tinta Marhaen
27 Nov 2018
#MAMPUCentre
#IslamMemimpinPerubahan
#tolakRasisme
#tolakICERD
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.headbomb.net/2018/11/perancangan-rapi-yang-agak-mengusarkan.html