Perak Haramkan Arak Di Tempat Sambutan Thaipusam


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 7, 2025 8:25 AM
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh di Ipoh, dari 10 hingga 12 Feb ini

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A. Sivanesan berkata larangan itu julung kali dilaksanakan susulan aduan dalam kalangan penganut dan pengunjung semasa sambutan di lokasi berkenaan.

“Sebelum ini, ada aduan berlaku aktiviti jualan dan minum arak ketika perarakan pedati terutama waktu malam, cuma tiada tindakan tegas diambil.

“Jadi kali ini, jika berlaku (penjualan dan minum), polis tidak akan tolak ansur, mereka akan ditangkap terus dan dibawa ke mahkamah,” katanya pada sidang media Sambutan Hari Thaipusam 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh semalam.

Sivanesan berkata 350,000 orang dijangka menghadiri sambutan perayaan di kuil berkenaan yang merupakan antara lokasi tumpuan para penganut agama Hindu di negara ini.

“Bagi memastikan kelancaran sambutan perayaan itu, 400 anggota polis akan berada di sekitar lokasi sambil dibantu beberapa agensi lain yang terlibat secara langsung sepanjang tiga hari perayaan berlangsung,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata orang ramai dinasihatkan mengelak melalui Jalan Raja Muda Aziz, Jalan Sultan Idris, Jalan Sultan Yusof, Jalan Lahat, Jalan Tun Perak dan Jalan Sungai Pari yang menjadi laluan pedati ke kuil berkenaan.

“Kita tak tutup jalan, cuma kita nasihatkan orang ramai tidak melalui jalan-jalan yang dinyatakan bagi mengelak berlaku kesesakan semasa perarakan pedati di laluan-laluan ini,” katanya.

Selain itu, beliau turut meminta mana-mana individu yang berminat membuka gerai jualan berdekatan kuil berkenaan supaya membuat permohonan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) selewat-lewatnya 8 Feb ini.

“Individu yang berminat boleh datang secara terus ke MBI untuk mengisi borang bagi permohonan permit sementara, dan saya juga ingatkan mana-mana individu yang menjaja tanpa permit, maka tindakan sewajarnya akan dikenakan,” katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/perak-haramkan-arak-di-tempat-sambutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perak Sokong Kajian Larangan Jual Arak Di Lokasi Majoriti Umat Islam

Perak Sokong Kajian Larangan Jual Arak Di Lokasi Majoriti Umat Islam

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 292 hits
bharian com myOleh Januari 28 2025 1 02pmDatuk Seri Saarani Mohamad Foto fail BERNAMAIpoh Kerajaan Perak menyokong langkah Majlis Bandaraya Ipoh untuk mengkaji cadangan perluasan sekatan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk ...
Tempers Flare Over Thaipusam Overcrowding Delays At Ktm Stations

Tempers Flare Over Thaipusam Overcrowding Delays At Ktm Stations

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 182 hits
The large crowd of Thaipusam devotees at a KTM station last night PETALING JAYA Frustration is running high and tempers are flaring due to overcrowding and delays at KTM stations this Thaipusam Sri Subramaniar Swamy Temple committee chairma...
Thaipusam Devotees High Hopes Of Selangor Mb Giving Go Ahead To Batu Caves Temple Escalator Project Shattered

Thaipusam Devotees High Hopes Of Selangor Mb Giving Go Ahead To Batu Caves Temple Escalator Project Shattered

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 382 hits
THOUSANDS of Thaipusam devotees who are hopeful of Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari turning up at the Sri Maha Mariamman Devastanam Kuala Lumpur to grant green light to the much awaited construction of the Batu Caves temple ...
Menu Lunch Sempena Thaipusam

Menu Lunch Sempena Thaipusam

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 258 hits
Assalamualaikum SA dah siap masak goreng goreng aje plan sebenar nak buat sambal udang petai tapi lupa plak beli udang suami plak dh pi kerja malas nak suruh dia pusing balik SA masak simple je malas nak gulai ke apa asyik bersantan aje kan...
Devotion In Action Thaipusam Celebrations Draw Crowds Nationwide

Devotion In Action Thaipusam Celebrations Draw Crowds Nationwide

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 150 hits
Hindu devotees make their way towards the Batu Caves temple for Thaipusam Picture by Firdaus LatifKUALA LUMPUR Feb 11 Hindu devotees throughout Malaysia celebrated Thaipusam with various festivities today Thousands continue to throng Sri Su...
Old Video Of Muslims Joining Thaipusam March Resurfaces To Reignite Need For Contentious Guidelines

Old Video Of Muslims Joining Thaipusam March Resurfaces To Reignite Need For Contentious Guidelines

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 252 hits
THROW enough mud and some of it will stick This seems to be the modus operandi of those with a pro opposition agenda Their continued attacks on the Madani administration seem to focus on Islamic credentials and the failure of the government...
Citizens Of The World Aroma Perjalanan Cerita Dan Impian Dalam Setiap Semburan

Bila Perut Tak Tenang

Practical Guide To Hair Loss Treatment In Kl Malaysia

Hotel Kucing Spa Kinrara Masih Beroperasi

Pengasas Azmy Burger Azmy Bin Sanusi Meninggal Dunia

Simple Yummy Beef Meatball Recipe

Kumbang Bunga Trending Youtube Di 3 Negara Duet Siti Nurhaliza Bersama Lesti Kejora

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fam Sambut Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa

Operasi Penyelamatan Kapal Kabel Mackay Bennett Dalam Misi Mengembalikan Mayat Titanic

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Maiwp Tv Alhijrah Meterai Memorandum Persefahaman Lahirkan Projek Bangkit Sebagai Platform Transformasi Usahawan

Caning Not A Complete Solution To Discipline Issues Said Rafizi Who Suggests Japan As An Example

Malaysians Urged To Wear Only Black White Or Dark Attire In Thailand To Honour Late Queen Mother Sirikit