Peraduan Syawal Bersama Unifi Tm Tawarkan Barangan Elektrik Bernilai Lebih Rm600 Ribu
Peraduan Syawal Bersama Unifi TM Tawarkan Barangan Elektrik Bernilai Lebih RM600 RibuTelekom Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Kempen Syawal Bersama Unifi (#syawalwithunifi) yang menawarkan hadiah lumayan berupa barangan elektrik bernilai lebih rm600 ribu khas untuk pelanggan Unifi.
Peraduan #syawalwithunifi telah bermula sejak 15 April lalu dan tarikh akhir untuk pelanggan baru dan pelanggan sedia ada untuk turut serta dalam peraduan ialah pada 13 Julai 2021.
Pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi “Smart TV 55”, Tablet Samsung serta barangan elektrik lain seperti Philips Pressure Cooker, Philips Air Fryer, Vivo V20 Smartphone dan banyak lagi.
Pelanggan baru dan pelanggan sedia ada hanya perlu melanggan atau menaik taraf pakej Unifi Home (serendah RM89 sebulan) atau Unifi Mobile (serendah RM59 sebulan) dan Unifi Your World.
Pengalaman Menjadi Pelanggan Pakej Unifi Home Macam aku pernah kongsi sebelum ini, aku stop melanggan Astro disebabkan keperluan anak aku perlukan Internet untuk sesi pembelajaran dari rumah.
Baca di sini cara Tutup akaun Astro melalui panggilan Telefon
Tahun lepas aku decide untuk subscribe pakej Unifi Home dan bayar RM94 termasuk caj perkhidmatan (cukai). Keperluan orang tak sama kan? Jadi fikir baik-baik yang mana menjadi keutamaan.
Antara sebab utama aku melanggan Unifi adalah aku memang pengguna tegar Internet. Kerja sebagai penulis blog dan juga aktif di sosial media memerlukan Internet yang berkelajuan tinggi dan stabil.
Tambahan pula di waktu PKP, sekolah banyak adakan sesi pembelajaran melalui Google Classroom dan belajar dengan menonton video di Youtube.
Syukur sangat lokasi tempat tinggal aku ni coverage Unifi dia bagus. Ada lah beberapa kali berlaku gangguan perkhidmatan tapi boleh kira dengan jari.
Hampir setahun jadi pengguna Unifi dan setakat ni aku berpuas hati.
Cara Sertai Peraduan Syawal Bersama UnifiLangkah 1
Pilih mana-mana pakej Unifi Home dan / atau Unifi Mobile. Semakin banyak anda melanggan, semakin tinggi peluang anda untuk menang.
Langkah 2
Daftar dan isikan maklumat lengkap secara dalam talian menggunakan link pendaftaran ini untuk memenangi RM100 Duit Raya (untuk 1,000 langganan terawal).
Langkah 3
Selesai pendaftaran, anda secara automatik tercalon untuk memenangi Hadiah Utama dan Hadiah Harian.
Senarai pemenang akan diumumkan di laman web Unifi.
Semua pemenang (Hadiah Harian dan Hadiah Utama) akan diberitahu melalui e-mel.
Senarai Hadiah Utama & Hadiah Harian
Hadiah Utama
TV Pintar LG 65”, bernilai RM4,499 (10 Pemenang)Telefon Pintar VIVO x60, bernilai RM2,699 (20 Pemenang)Phillip Cordless Vacuum bernila RM2,299 (20 Pemenang)RM100 Duit Raya (Shopee Voucher)
Hadiah Harian
TV Pintar LG 65”, bernilai RM2,799Telefon Pintar VIVO, bernilai RM1,299Philips Pressure Cooker, bernilai RM799Philips Air Fryer, bernilai RM499RM100 Duit Raya (Shopee Voucher)
Untuk anda yang sedang mencari pakej internet boleh consider melanggan Unifi. Kebetulan pula peraduan ni tengah berlangsung jadi untung sangat dah. Tarikh akhir 13 Julai tau, mana tahu menang TV tak pun Pressure Cooker tu.
Sila klik link yang aku kongsi ni untuk mendaftar.
Daftar Pakej Unifi Home / Mobile
Daftar Pakej Unifi Home / Mobile
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2021/06/peraduan-syawal-bersama-unifi-tm.html