Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti


PERANAN PERPUSTAKAAN /PUSAT SUMBER SEKOLAH DALAM MEMBINA BANGSA BERKUALITI.
 (Sedutan ucapan dalam majlis pelancaran Dokumentari Khas Sasterawan Negara Zurinah Hassan terbitan Perpustakaan Negara Malaysia, 24.10.2024).  
Terima kasih Kementerian Perpaduan Negara, khasnya Perpustakaan Negara Malaysia yang telah  menerbitkan dokumentari ini.
 Tidaklah salah kalau saya katakan bahawa bagi seorang penulis, tempat yang paling dekat di hatinya ialah perpustakaan. Begitulah pengalaman peribadi saya sendiri, semasa masih bergelar murid sekolah,  saya sering masuk perpustakaan untuk mencari buku-buku sastera sama ada novel,  antologi cerpen dan puisi. Di situlah tempat saya membaca dan mengasah bakat dalam penulisan. Bila saya menyebut perpustakaan saya lebih merujuk kepada perpustakaan sekolah (school library), atau apa yang sekarang ini dikenali sebagai pusat sumber sekolah.
 Hasil dari jasa perpustakaan atau pusat sumber itu, dapatlah saya menjadi seperti  sekarang. Sekarang saya lebih mampu membeli buku, tetapi tetap mendapati diri masih berharap kepada perpustakaan untuk sebab sebab atau keperluan yang berlainan.  
 Untuk menjelaskan apakah “keperluan yang berlainan” itu,  saya ingin menarik perhatian kepada keadaan pasaran buku di negara kita.  
 
Kita selalu mendengar para pemimpin dan para ilmuan menyuarakan pendapat bahawa negara memerlukan bahan bacaan yang berkualiti demi  membangun bangsa yang berkualiti.  

Namun begitu kita masih menghadapi situasi di mana bahan bacaan yang berkualiti  ini masih sukar bersaing di pasaran. Penerbit-penerbit dan pengedar buku  terus menumpukan perhatian atau lebih terdorong untuk menerbit dan memasarkan  buku yang menguntungkan mereka.  

Setiap tahun kita melihat orang berduyun-duyun ke Pesta Buku khasnya PBAKL, bahkan ada yang berbaris panjang untuk membeli buku. Hal ini menunjukkan bahawa buku masih relevan pada era digital ini.

Andainya penganjur  PBAKL  menyimpan rekod senarai “best seller” mereka bolehlah kita lihat apakah buku-buku yang dikerumuni orang ramai. Yang pasti buku-buku karya Sasterawan Negara tidak pernah termasuk dalam senarai tersebut.  

Hakikatnya, buku-buku karya-karya sastera yang bermutu termasuk karya sasterawan negara  sukar bersaing di pasaran berbanding bahan-bahan bacaan yang dilabelkan sebagai “popular” dan “trendy” .   Masalah ini adalah masalah lama. Ia pernah disuarakan, termasuk oleh Sasterawan Negara Allah Yarham Usman Awang. Cuma buku-buku yang menjadi teks sekolah sahaja yang boleh dijual.

Hal ini perlu diberi perhatian kerana penerbit-penerbit dan pengedar buku akan terus menumpukan perhatian atau lebih terdorong untuk menerbit dan memasarkan  buku yang menguntungkan mereka.   

Dalam situasi inilah kami memerlukan perpustakaan dan pusat sumber  membantu mengatasi   masalah.   Jika ada peraturan yang menetapkan  setiap  buku Sasterawan Negara wajib dibeli oleh pusat sumber sekolah maka masalah ini dapat diatasi. Peraturan atau arahan sebegitu  belum wujud pada masa ini menyebabkan Penerbit-penerbit besar, misalnya DBP dan MAPIM  terpaksa mencetak dalam jumlah yang kecil bagi mengelak kerugian.

 
Saya mohon maaf kerana terpaksa melafazkan coretan rasa.  
Semoga kata-kata saya tidak menjadi sebuah dosa.









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2024/12/peperanan-perpustakaan-pusat-sumber.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stara Mahu Lebih Ramai Pelajar Sekolah Rendah Fokus Akademik Dari Awal Usia

Stara Mahu Lebih Ramai Pelajar Sekolah Rendah Fokus Akademik Dari Awal Usia

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 201 hits
STARA MAHU LEBIH RAMAI PELAJAR SEKOLAH RENDAH FOKUS AKADEMIK DARI AWAL USIA Assalammualaikum semua Baru baru ini Ruby telah menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang STARA yang bertujuan menghargai dan meraikan kecemerlangan murid murid STARA da...
15 Kasut Sekolah Hitam Terbaik Tahan Lasak

15 Kasut Sekolah Hitam Terbaik Tahan Lasak

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 120 hits
Apakah kasut sekolah hitam yang sesuai untuk anda beli pada tahun 2025 ini Dalam artikel ini kami akan kongsikan 15 kasut sekolah hitam terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga PALLAS X SERIES Black Lace Up School Shoe K...
5 Aktiviti Seronok Untuk Anak Di Rumah Sepanjang Cuti Sekolah

5 Aktiviti Seronok Untuk Anak Di Rumah Sepanjang Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 18/12/2024 - jumlah : 184 hits
Cuti sekolah adalah waktu yang paling ditunggu tunggu oleh anak anak Tapi bila terlalu lama di rumah tanpa aktiviti menarik anak anak boleh cepat bosan Jadi jom cuba 5 idea ini untuk pastikan mereka aktif ceria dan masa bersama keluarga jad...
Peranan Guru Didik Anak Lelaki Di Sekolah

Peranan Guru Didik Anak Lelaki Di Sekolah

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 172 hits
Peranan guru didik anak lelaki di sekolah Guru adalah tulang belakang sistem pendidikan dan memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk masa depan anak anak lelaki Peranan Guru Didik Anak Lelaki Di Sekolah Di sekolah guru bukan sa...
Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 286 hits
Kalendar Kuda dan Kalendar Akademik berikut telah diselaraskan dan dikemaskini berdasarkan dan takwim penggal persekolahan bagi sesi 2025 2026 dan juga cuti sempena perayaan tahun 2025 2026 1 Kalendar Kuda 2025 Januari 2025 Disember 2025 Cu...
Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 145 hits
Intan Ladyana sebak anak sulung masuk sekolah Anak Mommy dah ready Mommy yang tak ready Ramai ibu ibu bila mana anak sulung mula sekolah selalunya akan mengalirkan air mata Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Ini tidak terkecuali ...
3 Pelajar Maut 2 Parah Tangki Air Meletup Di Sekolah

3 Pelajar Maut 2 Parah Tangki Air Meletup Di Sekolah

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 244 hits
BHarianonline nbsp NEW DELHI Tiga pelajar maut manakala dua lagi parah selepas tangki air meletup di Sekolah St Alphonsa di Itanagar semasa waktu persekolahan Runtuhan dinding disebabkan oleh letupan tangki itu mengakibatkan pelajar yang se...
Perangai Bangsa Pas

Perangai Bangsa Pas

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 102 hits
KALAU IKUT DEFINISI FAHAMAN BANGSA PAS HANYA MELAYU PAS SAJA ALLAH BUAT DENGAN PENUH ISTIMEWA BANGSA2 LAIN DI DUNIA TERMASUK BANGSA ARAB PUN LOW CLASS SEOLAH2 ALLAH JADIKAN MCM SAMPAH ITU IKUT ACUAN ANUTAN AGAMA LEBAI MASUK PAS MASUK SYURGA...
Nanasheme Kau Yang Ku Sayang Chord

Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Drama Demam Viral

Runabout A Custom Honda Cbx250 Twister From Argentina

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

Gagal Sertai Liga Malaysia Musim Depan Peminat Sri Pahang Anggap Final Piala Malaysia Tak Lagi Bermakna

Potong Cake Birthday


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Membuat Kuih Butir Nangka Lebih Sedap

Are Self Cleaning Fish Tanks Still Fiction Practical Fishkeeping

Kemalangan Ngeri Lelaki Maut Digilis Lori Dilanggar Beberapa Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Rompak Cari Duit Raya

Menu Berbuka 14 Ramadan Sotong Goreng Kunyit Sayur Pak Choy Sos Tiram Sotong Goreng Tepung

Ura Pas Ancam Turun Ke Jalanan Anwar Ikrar Akan Lawan Dengan Himpunan Lebih Besar