Penyusuan Ibu Label Botol Baby Koala Wajib Ada
As salammualaikum,
Genap usia Mikhael 2 bulan,Alhamdulilah berat hari tu last check up 4.81kg,pipi semakin montel ,mama cukup bahagia sekali melihat perkembangan anak.
Berbeza dengan kakak,dulu mama bekerja sepenuh masa dan jaga kaunter di bank,jadi penyusuan ibu hanya sempurna hingga alya 2 bulan,lepas tu on off,pernah juga mak hantar alya ke pejabat untuk menyusu.Sudahnya terpaksa campur dengan susu formula.Hampir setahun juga alya menyusu badan campur dengan susu formula. atas faktor kerja yang tidak memungkinkan untuk mama selalu pam susu.
Hari ini,InsyaALLAH memang niat nak susukan adiknya hingga 2 tahunJadi selain kelengkapan mengepam susu seperti botol susu,pam ,cooler bag dan storage bottle,label pada botol susu juga amat penting untuk rekod bila tarikh susu di pam agar susu disimpan mengikut aturan masa yang ditetapkan.
Jika sebelum ni menggunakan sticker,kadang-kadang nak tampal kertas dengan soletip,sudahnya ada yang tercabut,botol juga tak nampak kemas.Tetapi hari ini,mama terjumpa Label botol produk genius dari Baby Koala menjadikan penyimpanan susu lebih teratur dan kemas.Gaya ibu berkerjaya yang lebih sistematik menyimpan susu untuk si manja.
Paling penting label Botol Baby Koala direka unik dengan menggunakan silikon gred makanan yang berkualiti tinggi.Samaada mama mengepam susu di rumah atau di pejabat,Label Botol Baby Koala membolehkan mama melabel botol dengan nama,tarikh dan kandunga tanpa sebarang masalah.Yang bestnya tulisan menggunakan dakwat marker pen boleh dibasuh dan ditulis semula sekerap yang mungkin.
Label Botol Baby Koala ini bukan sahaja boleh digunakan pada botol pemyimpanan susu badan tetapi boleh digunakan untuk cawan sippy,botol air dan bekas makanan kecil.Label yang menarik dan berwarna warni ini mengandungi 4 keping dan 1 pen marker dalam 1 packaging dengan harga RM 49.90 satu pek.
Yang bagusnya dengan adanya Label Botol Baby Koala ni ia membantu para ibu yang terpaksa meninggalkan anak untuk dijaga seperti taska dan rumah pengasuh.Dengan adanya label yang unik,senanglah pengasuh untuk membezakan susu kepunyaan siapa.Label juga penting agar susu yang disimpan tidak bercampur dengan susu anak jagaan yang lain.Ia membantu penjaga lebih sistematik dan kemas.
Keistimewaan Produk
Boleh digunakan dengan pen mana mana pen marker.Mudah dipadam dengan air.Sangat elastik dan fleksibelDihasilkan daripada silicon gred makanan berkualiti tinggi yang bebas daripada BPA dan Phthalate.Produk mesra alam dan tidak toksik.Mudah dan menjimatkan.Boleh dimasukkan di dalam sterilizer,dishwasher dan microwave.Sangat disyorkan untuk setiap kanak-kanak.Sesuai untuk ibu-ibu menyusu untuk melabelkan botol simpanan susu,susu formula untuk mengenalpasti botol bayi.sippy cup dan botol air terutamanya di pusat penjagaan anak,tadika dan sekolah.FDA Amerika Syarikat diluluskan
Cara penggunaan Label Botol Baby Koala
Masukkan Label Botol Baby Koala pada botol.Tulis pada label menggunakan pen marker yang disediakn atau mana-mana permanent pen marker.Tunggu beberapa saat untuk membiarkan dakwat kering sebelum menggunakannya.Jika memanaskan botol dalam air,pastikan lap label perlahan-lahan agar tulisan tidak hilangSelepas mencuci label,jika ingin menulis semula dengan serta merta,pastikan label kering dengan mengelapnya dengan tuala kering.Untuk menghilangan tulisan,hanya perlu bilaskan label dengan air dan gosok atau lap dengan span.Untuk penggunaan chiller bag dengan pek ais,pastikan botol simpanan susu diletakkan dengan ziplock bag secara individu bagi mengelakkan kelembapan yang boleh menyebabkan tulisan hilang.
Label Botol Baby Koala berharga RM49.90 dan setiap mengandungi 4 keping label botol dan 1 pen marker.
Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut,sila layari:
Facebook:https://www.facebook.com/babykoalalandInstagram@babykoalalandShopee:https://shopee.com.my/babykoala2018Platform Membeli-belah Online:Motehrhood.com.my
Dealers:Bebehaus,Baby Dots,Babyland SS2
Untuk pertanyaan mengenai Label Botol Baby Koala,sila e-mel kepada
[email protected] Appreciate your time reading this entry.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://irdagarmin.blogspot.com/2018/11/penyusuan-ibulabel-botol-baby-koala.html