Penyu Mati Tersangkut Pukat Di Marang Terengganu


Sedih sungguh mendengar berita kematian kawan Tedi ni, tapi itulah taqdir.
MARANG – Seekor Penyu Hijau agar atau nama saintifiknya ‘Chelonia mydas’ seberat lebih 100 kilogram dipercayai mati tersangkut pada pukat nelayan sebelum ditemui mati terdampar oleh orang ramai dan kaki pancing di Pantai Kelulut di sini, kelmarin.

Seorang penduduk ditemui di tempat kejadian, Awang Muda Mohamad, 46, berkata, penyu yang ditemui itu dipercayai mati lebih dua hari lalu sebelum hanyut ke pantai berdasarkan keadaan bangkai yang sudah mulai reput dan berbau.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati kepala haiwan hampir pupus itu juga tercedera
 
“Ada kemungkinan penyu ini mati tersangkut pada pukat nelayan berdasarkan kecederaan pada kepalanya. Penyu jenis ini biasanya mati tersangkut pada pukat tunda atau jaring pukat pari sebelum dibuang ke laut lalu dihanyutkan ombak ke pantai,” katanya.
Sementara itu, Jabatan Perikanan Terengganu ketika dihubungi Sinar Harian juga tidak menolak kemungkinan bangkai penyu agar dewasa yang ditemui terdampar di Pantai Kelulut itu mati apabila haiwan itu tersangkut pukat nelayan.

Pengarahnya, Zakaria Ismail, berkata berdasarkan siasatan awal, penyu yang dipercayai spesies penyu agar itu mungkin tersangkut pada pukat nelayan iaitu pukat pari dan mati di tengah laut, sebelum bangkainya dibuang dan hanyut ke pantai berkenaan

kgbaruzon1: Pukat Pari
Zakaria berkata, pukat pari mempunyai ukuran mata melebihi 25.4 sentimeter yang digunakan khas untuk menangkap ikan pari berbahaya kepada penyu kerana ia turut boleh memerangkap haiwan itu sekali gus menyebabkan kematiannya.

Menurutnya, sepanjang Januari tahun ini sebanyak tiga ekor penyu agar ditemui mati terdampar di pantai negeri itu dipercayai berpunca daripada penggunaan peralatan dilarang termasuk pukat pari seperti yang berlaku dalam kes di Pantai Kelulut di sini.

“Sepanjang bulan ini Jabatan Perikanan Terengganu sudah mengesan tiga penyu agar mati terdampar iaitu seekor di Kuala Merchang, Marang, seekor lagi di Pantai Kuala Abang, Dungun dan yang terakhir ialah di Pantai Kelulut di sini, seperti yang telah dilaporkan." “Manakala sebanyak 134 pukat pari telah disita di sekitar perairan negeri sejak April hingga September tahun lalu dalam operasi mengesan pukat pari yang kegunaannya adalah salah mengikut Enakmen Penyu Negeri Terengganu dan Akta Perikanan,” katanya.
Dalam pada itu, Zakaria berkata, nelayan yang tertangkap penyu dengan tidak sengaja semasa menjaring ikan hendaklah segera melepaskannya manakala jika penyu itu didapati mati mereka perlu melaporkan kepada pegawai perikanan bagi tindakan pelupusan
 Sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/penyu-mati-tersangkut-pukat-1.21423 2 Feb 2012

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2012/02/penyu-mati-tersangkut-pukat-di-marang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Penyu Ditemukan Mati Di Dekat Pltu Batu Bara Bengkulu

Lima Penyu Ditemukan Mati Di Dekat Pltu Batu Bara Bengkulu

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 255 hits
Belum diketahui penyebab kelima penyu itu mati Mereka ditemukan hanya berselang dua pekan Warga Kelurahan Teluk Sepang Rustam mengatakan bahwa bangkai empat dari lima penyu yang ditemukan mati itu ditemukan di pantai
Terengganu Lakar Sejarah Jaguh Ragbi Malaysia

Terengganu Lakar Sejarah Jaguh Ragbi Malaysia

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 297 hits
SERDANG 23 NOVEMBER 2019 Pemain Terengganu meraikan kejayaan muncul juara selepas menewaskan Sabah 26 24 pada perlawanan akhir rugbi Piala Agung 2019 di Kompleks Sukan UPM STR OWEE AH CHUN Mereka adalah jagub baharu sukan ragbi Malaysia apa...
Uptown Kontena Terengganu

Uptown Kontena Terengganu

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 1054 hits
Uptown This container is located in Gong Badak Kuala Terengganu or more specifically in the coastal area of Kampung Pantai Tok Jembal Containers providing food and beverage service in Uptown This container is called Dapo Pata which means be...
Makan Di Hotel Uitm Dungun Terengganu

Makan Di Hotel Uitm Dungun Terengganu

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 1141 hits
Hotel UiTM Dungun TerengganuJalan jalan terengganu jika sampai di Dungun boleh la makan makan di Hotel UiTM Dungun Tapi biasalah kan harga pun harga hotel la juga Memang mahal dari warung warung biasa Tapi dari segi rasa makanan di sini men...
Terengganu Won T Turn Into Taliban State

Terengganu Won T Turn Into Taliban State

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 304 hits
The guidelines drafted to govern matters related to entertainment culture and tourism in Terengganu next year would not have a negative impact to the point of it being labelled as a Taliban state State Syariah Education and Higher Learning ...
Belanjawan Kerajaan Terengganu Defisit Salahkan Kerajaan Dulu Juga

Belanjawan Kerajaan Terengganu Defisit Salahkan Kerajaan Dulu Juga

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 424 hits
Mohd Asri Abu BakarSelepas prestasi kewangan Terengganu merosot PAS tampil dgn menyalahkan KERAjaan UMNO BN yg memerintah Terengganu sebelum ini Yang Peliknya belanjawan tahun sebelum sebelum ni takde pula bunyi pasal hutang hutang ni kan S...
Bakes2bites Kek Mini Sedap Terengganu Pelbagai Perisa

Bakes2bites Kek Mini Sedap Terengganu Pelbagai Perisa

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 1008 hits
Siapa je yang tak suka makan kek kan Lembut gebu dan manis di mulut menjadi sebab kenapa berat badan saya masih tak turun sehingga sekarang Apatah lagi bila terjumpa pula page bakes2bites yang menjual kek mini pelbagai perisa di instagram m...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd