Penyokong Najib Makin Tak Puas Hati Dengan Zahid Pm Dakwa Shahril Kj


freemalaysiatoday.com
Reshna Reem Ganesan - 03 Apr 2023, 7:15pm

Situasi itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak menyemak sabitan dan hukuman dalam kes SRC International.
Shahril Hamdan dan Khairy Jamaluddin berkata, perasaan tidak puas hati semakin meningkat dalam Umno terhadap presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Perasaan tidak puas hati dikatakan semakin meningkat dalam Umno terhadap presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dakwa Shahril Hamdan dan Khairy Jamaluddin.

Dua bekas pemimpin Umno itu, berkata keadaan itu berlaku susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas perdana menteri, Najib Razak, menyemak semula sabitan dan hukuman dalam kes rasuah SRC International.

Dalam program “Keluar Sekejap” bersama Khairy, Shahril berkata, ada implikasi politik pada Zahid dan kerajaan perpaduan diterajui Anwar susulan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

“Kedua-dua pihak (Pakatan Harapan atau Umno) tidak mengakui perkara ini, tetapi satu perkara yang buat Umno sedia bersama dengan PH adalah dengan harapan Najib dibebaskan.

“Bagaimanapun, saya melihat pertikaian dan serangan terhadap Zahid serta (Anwar) dalam forum atau kumpulan menyokong Najib. Di sinilah ia bermula. Memang ada perbincangan antara ahli Umno dan akar umbi (tidak bersetuju).

“Sekiranya situasi itu tidak ditangani pemimpin Umno, saya percaya ia boleh memberi ancaman kepada kepimpinan parti dan gabungan politik dengan PH,” kata Shahril.

Shahril adalah bekas ketua penerangan Umno yang digantung keahlian selama enam tahun.

Khairy dipecat Umno turut bersetuju dengan Shahril, dan menyatakan, ada tindak balas kuat dalam kalangan penyokong Najib terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

“Kenyataan Zahid yang bagi saya jawapan munasabah untuk timbalan perdana menteri berkata, bahawa beliau akur dengan keputusan mahkamah. Ia mencetuskan reaksi sebahagian pihak,” katanya.

Bagaimanapun, bekas ketua Pemuda Umno itu berkata, Zahid seorang ahli “politik yang sempurna” yang mampu menguruskan sebarang ketidakpuashatian dalam parti.

Najib disabitkan pada Julai 2020 atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah ke atas dana SRC berjumlah RM42 juta.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Beliau mula menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022, selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya, diikuti Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman asal.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman terhadapnya dengan keputusan majoriti 4-1. Dengan keputusan itu, Najib perlu menjalani baki hukuman penjara malainkan mendapat pengampunan diraja


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/04/penyokong-najib-makin-tak-puas-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rpk To Najib S Loyalists Zahid Has Betrayed Bn Umno Bossku To Languish Behind Bars

Rpk To Najib S Loyalists Zahid Has Betrayed Bn Umno Bossku To Languish Behind Bars

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 198 hits
Mercenary blogger and once PKR ally Raja Petra Kamaruddin has turned the table on UMNO president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi exposing his sinister plan and holding him responsible for lying to the loyal supporters of incarcerated former p...
Mahkamah Tommy Thomas Dakwa Najib Selepas Terima Kertas Siasatan Lengkap Tiada Niat Jahat

Mahkamah Tommy Thomas Dakwa Najib Selepas Terima Kertas Siasatan Lengkap Tiada Niat Jahat

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 257 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas tidak sewenang wenangnya mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dengan niat jahat tetapi hanya selepas menerima kertas siasatan yang lengkap daripa...
Anwar At Umno S Mercy Double Whammy Of Najib S Royal Pardon Dropping Of Zahid S Graft Charges

Anwar At Umno S Mercy Double Whammy Of Najib S Royal Pardon Dropping Of Zahid S Graft Charges

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 316 hits
Even though it goes through a process and I am in that process in the end the question of awarding medals and pardons is the authority and discretion of the YDPA and does not need to be discussed publicly AS the push for the royal pardon of...
100 Tahun Lagi Pun Ph Tidak Akan Tergugat Dengan Umno Yang Masih Mempertahan Najib Dan Zahid

100 Tahun Lagi Pun Ph Tidak Akan Tergugat Dengan Umno Yang Masih Mempertahan Najib Dan Zahid

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 316 hits
Selepas Mahathir adalah Anwar Seeloknya Muhyiddin memberi LALUAN kepada Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri Jika Anwar GAGAL mengganti Tun calon terdekat yang paling layak adalah Azmin dan Timbalan Perdana Menteri adalah Mukhriz Jika d...
All Legal Procedures Followed In Najib S Royal Pardon Bid Zahid

All Legal Procedures Followed In Najib S Royal Pardon Bid Zahid

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 297 hits
Umno s intention to submit an appeal to the Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah for His Majesty s consideration in granting a full royal pardon to former party president Najib Abdul Razak is in accordance with existing legal pr...
Zahid Minta Umno Sabah Jangan Guris Hati Rakan Kerajaan Perpaduan

Zahid Minta Umno Sabah Jangan Guris Hati Rakan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 187 hits
Januari lalu berlaku krisis politik di Sabah apabila ketua Umno negeri itu Bung Moktar Radin mengumumkan BN tidak lagi menyokong Hajiji Noor sebagai ketua menteri PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan ahlinya di Sabah ...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights