Penyewa Rumah Lari Tinggal Rumah Seperti Tempat Sampah
Sudah selalu rasanya kita dengar kisah penyewa melarikan diri lepas mereka meninggalkan rumah yang disewa dalam keadaan kotor dan macam tongkang pecah.Tapi kisah yang kali ini membuat admin rasa meloya sebab keadaan rumah yang ditinggalkan tu macam dah jadi pusat pelupusan sampah! Sumpah admin tak tipu. Haa korang tengoklah kat bawah ni alkisahnya.
“Total lost jahanam semua benda. Pening kepala oi bila nak start kemas tu. Mana nak mula!”
Menerusi satu posting yang dikongsikan Hang Dhamin di Facebook, rakannya kini dalam keadaan pening kepala apabila rumah yang disewakan telah ditinggalkan dengan kotor sekali oleh seorang penyewa yang tak bertanggungjawab. Kotor ni bukan yang sikit-sikit ye gais. Ini dah tahap rumah tu macam jadi tempat pembuangan sampah.
“Hampa tengok la video kami-kami kemas bagai nak gila” Tuan rumah dan Hang Dhamin ni siap buat video lagi operasi dorang membersihkan rumah tersebut dalam masa 5 hari. Fuhhh 5 hari weh nak kemas rumah flat yang kecil tu! Tu belum dengan jumpa kucing beranak dalam rumah lagi. Aiyooo!
Lega tengok rumah dah kemas, sebelum dan selepas! Terang sikitlah mata admin tengok lepas rumah ni dibersihkan. Tak adalah macam rumah pelupusan sampah walaupun tak dapat dibersihkan sepenuhnya.
“Gila… tak pernah buang sampah ke?? Kalau macam ni rupa, macam mana dia tido, mandi, buang air semua?” Macam manapun seperti yang korang dapat agak, posting ini mendapat kecaman hebat daripada netizen yang tak dapat bayangkan macam mana ‘manusia’ ini mampu hidup dan tidur dalam rumah yang kotor macam tu. Haih muntah min rasa kalau duduk rumah macam tu!
Apa-apapun bagi korang kat luar sana tolonglah jangan aniaya tuan rumah macam ni. Kalau rasa-rasa tak reti kemas rumah, hirelah orang untuk kemaskan. Kalau tak mau, haa cubalah kemas sendiri.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/10/penyewa-rumah-lari-tinggal-rumah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29